Baru-baru ini puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke 19 April lalu.

Dikatakan sebagai ‘Wanita Melayu Terakhir’, ternyata aura pesona cukup terserlah pada keperibadian yang dimiliki oleh tengku Fatimatuz Zahra’, hingga berjaya mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian di laman Instagram @terengganu_royalfamily, gambar di muat naik sempena hari keputeraan, di mana Tengku Fatimatuz Zahra’ menggayakan busana  pakaian tradisional dan songket Terengganu yang cukup indah, menarik serta mendapat pujian ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @terengganu_royalfamily

mamat.wan.77 Cantiknya… selamat hari lahir tuan putri yg cantik berseri

miss_fathieya Cantik Manis sungguh Tuanku..Ampun Tuanku

noshazwani Cantik sgt tengku..slmt ulang tahun kelahiran YAM tengku.

IKLAN

shaheerashazlan Cantiknya tengku. Muka klasik melayu

nyunos64 Beautiful princess

__a.mokh Raut wajah melayu yg cantik. Selamat hari lahir Tengku Puteri

nurhairuniss Happy birthday Princess semoga sihat selalu so beautiful

Sebelum ini Tengku Fatimatuz Zahra’ juga adalah antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.

IKLAN

Terkenal dengan sifat lemah lembut dan senyuman yang sering terukir dibibirnya menjadikan penampilan dirinya tak jemu mata memandang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @terengganu_royalfamily

Mewarisi kejelitaan bonda dan ayahandanya yang juga sangat popular dalam kalangan rakyat terutamanya di Negeri Terengganu.

Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

IKLAN
Selain itu:  Dua Produk Mi Sedaap Ada Racun, Tapi Tiada Dijual Di Malaysia. Ini Pula Pesanan Untuk Peniaga Online!

Turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 25, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 23, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 21.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @terengganu_royalfamily

Artikel Berkaitan:

Gayakan Dress Putih Di Majlis Nikah, Dr Amalina Selebriti Kedua Tersiar Dalam Majalah Vogue Britain

Bermata Cantik & Dilabel Angelina Jolie Malaysia, Rupanya Dari ‘Baby’ Puteri Sarah Dah Pakai Contact Lens

Amalkan Kaedah 3S, Rahsia Kekal Cergas & Tak Letih Sepanjang Berpuasa

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI