![papaya](https://cdn.rapi.com.my/2021/06/papaya-696x365.jpg)
Tidak semua orang yang menggemari buah betik. Jika diberi pilihan, pasti ramai akan memilih pisang, tembikai atau buahan tropika lain berbanding betik.
Tetapi sebenarnya betik juga mempunyai banyak khasiat. Selain sedap dibuat pencuci mulut, ada juga yang makan betik separuh masak dengan cicah bersama asam.
Ini antara khasiat betik jika diambil secara konsisten. Jadikan sebagai hidangan pencuci mulut kerana buahnya yang lembut sedap untuk dimakan dan manis secara semulajadi.
Khasiat Betik Yang Ramai Tak Tahu
1. Awet Muda
Buah betik kaya dengan vitamin C yang mana ia mampu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit yang mampu menyebabkan masalah kulit seperti kedutan dan kulit kering. Di samping itu, vitamin C turut mampu melindungi dan mencantikkan kulit serta melambatkan penuaan.
2. Atasi Masalah Sembelit
Buah betik jika dimakan ia mampu membersihkan dan melancarkan laluan penghadaman yang mana ia mampu mengelakkan seseorang daripada terkena sembelit. Pada masa sama, buah betik juga mampu memulihkan fungsi-fungsi yang terganggu akibat sembelit.
3. Menerangkan Penglihatan
Kandungan vitamin A dalam betik mampu memberi nutrien pada mata. Kekurangan vitamin A akan menyebabkan seseorang mengalami rabun malam.
4. Mengubati Tumit Pecah
Jika anda mengalami masalah tumit kaki yang pecah, gunakan buah betik untuk merawatnya. Ambil buah betik muda dan belah tengah. Ambil getahnya dan sapukan pada bahagian tumit yang pecah.
Ini antara khasiat buah betik yang baik untuk kesihatan dan juga merawat masalah kulit. Semoga bermanfaat buat semua.
Penulis: Suhaila Ali
Artikel Berkaitan:
Rutin Amalkan ‘Ice Facial’ Untuk Kekalkan Kesegaran Wajah, Cara Cantik Noryn Aziz Di Usia 40an
Masih Belum Ada Rezeki Dapat Anak, Ini 3 Cara Kesan Hari Subur Sebelum Bersedia Hamil
Halang Berlaku Strok Haba, Ini Manfaat Buah Tembikai Yang Ramai Tak Tahu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya
![Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya](https://cdn.rapi.com.my/2023/07/Untitled-design135.jpg)
Pelakon cantik Bollywood Kareena Kapoor mendedahkan amalan tip cantik yang diamalkan secara turun menurun. Jadi tak pelik melihat wajahnya yang glowing walau usianya telah mencecah 40-an.
Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, Kareena Kapoor lebih suka akan bahan semula jadi dan salah satunya adalah minyak badam.
Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya
Selain itu, ketika sesi temuramah bersama wartawan dari Vogue India, Kareena mengakui dia sering memakai mask yang dibuat sendiri dengan campuran minyak badam dan yogurt.
Menurutnya lagi, cara ini sangat berkesan untuk melembapkan kulit wajah secara semulajadi.
“Kombinasi minyak badam dan yogurt sangat baik untuk wajah anda terutama jika anda mempunyai jenis kulit kering. Hanya sapukan ke muka dan biar selama 30 minit.” Kata Kareena Kapoor.
Ini Amalan Tradisi Keluarga
Ternyata rawatan yang menggunakan bahan semulajadi ini telah menjadi tradisi keluarga mereka. Kareena telah menjalani rutin kecantikan ini selama bertahun-tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Seorang ahli dermatologi dari India iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta, yang juga pengasas klinik kecantikan ISACC LUXE juga mengesahkan bahawa minyak badam sememangnya sangat baik untuk semua jenis kulit wajah terutama kulit kering.
“Minyak badam terkenal dengan sifat yang ringan dan hypoallergenic dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Minyak badam juga bukan komedogenik, jadi mustahil untuk menyumbat liang pori pada kulit wajah.” Kata Dr.Geetika Mittal Gupta.
Minyak Badam Bagus Untuk Kulit Kering
Minyak badam terkenal sebagai pelembap kerana sifat anti-radang yang sangat efektif dan sangat sesuai untuk kulit kering.
Malah minyak badam juga mempunyai kandungan vitamin E yang berguna untuk mengurangkan bintik-bintik gelap di bawah lingkaran mata dan dapat menajdikan kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Anda yang mempunyai kulit kering boleh lah mencuba petua daripada Kareena Kapoor untuk penjagaan harian kulit wajah dengan cara yang lebih semulajadi. Yang penting selamat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman
![Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman](https://cdn.rapi.com.my/2021/02/girdle.jpg)
Setiap wanita pastinya mendambakan tubuh badang yang langsing dan ideal. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan saiz badan kekal seperti anak dara, walaupun melahirkan beberapa orang anak.
Salah satunya adalah dengan memakai bengkung. Penggunaan bengkung ini dikatakan dapat sembunyikan lemak yang ada pada tubuh.
Namun begitu, penggunaannya setiap boleh boleh mengundang padah apabila dikatakan akan meroskakkan organ dalaman dalam jangka masa panjang.
Ikuti pendedahan bahaya bengkung ini oleh Dr Yazeed Hair Johari.
Bengkung Perosak Organ Dalaman
Ini adalah bengkung .Atau nama mat salehnya waist girdle ,Corset , waist band dan macam macam lagi.
JENIS
1- Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut
2- Bengkung Penuh ( Chest to Hips )
Yang membaluti dari paras dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya) Tak kira lah jenis apa sekali pun…
![Bahaya Rupanya Pakai Bengkung Setiap Hari, Doktor Ini Dedah Boleh Rosakkan Organ Dalaman](https://cdn.rapi.com.my/2021/02/perlukah-memakai-korset-perut-setelah-melahirkan.jpg)
Bengkung ini selalunya digunakan untuk
1) Selepas BERSALIN ( Post delivery )
Selalunya lepas bersalin , Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut .Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja . Bila rahim dah sepenuhnya mengecut , Tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya.
2) Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang , Untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ini , Penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak . Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN …
Overclaim pulak tu. Boleh kurus , Boleh ramping ..
ANATOMI
Secara amnya , Dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen .. ..
Lapisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “ , Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul. Kalau diperhatikan fisiologi struktur lemak. Lemak ni mempunyai sifat pejal. Ianya tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual.
“ Kalau sapu losyen panas ni , Lagi cepat pecah lemak ..” Jangan ingat lemak tu macam buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ?
Menjual harapan adalah lebih mudah , memandangkan rakyat kita sibuk bekerja
Tak ada masa nak bersenam…
Tak boleh kawal nafsu makan …
Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk menjual harapan ..
“ Nak jadi lansing ?”
“ Sorok lemak , Dalam masa yang sama boleh shaping ..”
KEBURUKAN MEMAKAI BENGKUNG SETIAP HARI
1- GERD – Gastroesophageal Reflux Disease
Bengkung akan membuatkan , Organ perut dan paru paru , tertolak ke atas , Disebabkan tekanan yang tinggi. Bila perut kau dah tertolak ke atas , Injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi , Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( Salur makanan ) Dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati
2- Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas , Tahukah korang , kita bernafas menggunakan otot Diaphragma ? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik.Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung, dan pakai setiap hari ..
Bayangkan, ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “ dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .
3- Brain Hypoxia
Disebabkan itu, makin kurang lah kemasukan oksigen dalam badan , Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima. Akhirnya, akan mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan seharian produktiviti hidup akan berkurangan.
4 – Cardiac Pressure
Apabila paru paru pun dah tertolak ke atas , Maka paru paru tadi mula mencengkam Jantung . Jatung pula yang stress , Dahlah nak kena pam darah lagi , Tapi kena himpit pulak dengan paru paru
DARAH BEKU
Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “ Koagulasi “ Darah .
Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus …Bayangkan kalau darah beku tadi , tersekat di salur darah paru paru ? Pastinya mengundang PULMONARY EMBOLISM
Keadaan ini adalah emergency, 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan
Selain dari itu ..
5- Emotional Stress
6- Intraabdominal Muscle stress
7- Intraabdominal Swelling ( Bengkak)
Dan macam macam lagi …
Hanya kerana nak nampak kemas ?
Nak simpan selit lemak tu ?
Pakai bengkung tu pun tengok dah macam nak sesak nafas ..
Jangan temberang bila cakap benda tu selesa … Increase intrabdominal pressure .. Takkan pernah selesa….
Nak nampak kemas katanya …Tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan sendiri .. Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen ? Mereka perlukan ruang untuk bekerja ..
Perut , Diaphragma , Usus , Paru paru …
Ginjal , Hati dan sebagainya ..
Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja ,
Tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan
Malas nak komen pasal excercise dan pemakanan . Topik ni boring Semua orang tahu .. Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Sanggup belanja duit gaji beratus ratus untuk alat kelengkapan bengkung belum lagi dengan Seluar Shaping , Baju Panas , Teh detox , Pil kurus, Losyen panas lagi. Hanya kerana mahu kelihatan lebih anggun dan menawan ….
Kalau tengok pada gambar ni ,
Balut tengah tu elok dah, tapi degil, keluar atas dengan bawah
Sebab apa ?
Sebab lemak pun perlukan ruang mereka sendiri. Jadi rasanya boleh kawal susunan lemak tu ke? Jadilah pengguna yang bijak , Dari memudaratkan diri , Dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu ..
Share & Tag lah .. Supaya ramai yang buka mata. Sekali dua pakai , Boleh tahan lagi .Tapi kalau kerap ? Rasa organ dalam tu tak “ tercekik” Mintak nyawa ke ? Mereka pun sel sel hidup juga. Sama seperti anda semua yang perlukan ruang dalam hidup .
Kecantikan tu sementara, tapi kesan masa jangka panjang tu siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor. Salah diri sendiri tak perasan pulak …
Betul lah kata orang .. “ Beauty is pain Memang pain pun …Yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym. Duit pun masuk macam air ..Kadang kadang tengok , Bengkung tu sampai dah longgar , Dah tak ada elastik.. Tapi tuan punya badan macam tu jugak …
Nota Ringkas
* Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan . Jika bengkung ini dapat menyebabkan “ Increase Intraabdominal pressure “ Maka ianya membawa kemudaratan .
Tak Boleh terima kebenaran ?
Tepuk dada tanya sendiri
Bacaan lanjut
dryazeedhairi.com
Artikel Berkaitan:
Dengkur Boleh Ganggu Tidur Pasangan, Doktor Ini Kongsi Rawatan Terbaik Atasinya
Bahaya Pakai Kosmetik Luput Tarikh Boleh Sebabkan Cela Wajah, Ini Caranya Kenal Pasti Expired Date!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sering Pengsan & Tahan Kencing, Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang. Kini Strict Jaga Kesihatan
![Sering Pengsan & Tahan Kencing, Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang. Kini Strict Jaga Kesihatan](https://cdn.rapi.com.my/2022/09/acha-1.jpg)
Sering pengsan & tahan kencing, Acha Septriasa bergantung hidup satu buah pinggang. Kini strict jaga kesihatan. Masih terngiang-ngiang di telinga lagu popular My Heart nyanyian penyanyi dan pelakon Indonesia Acha Septriasa di samping rakan duetnya Irwansyah.
Siapa sanagka di sebalik kemerduan suara membawakan lagu itu serta lakonan mantap dalam beberapa filem berkenaan, pelakon popular ini rupa-rupanya hidup dengan hanya satu buah pinggang.
Sering Pengsan & Tahan Kencing
Artikel Lain: Rahsia Awet Muda Masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates & Pakai Masker Cegah Kedut Wajah!
Acha, 33 tahun mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyedari bahawa dirinya hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Menurutnya dia hanya menyedari tentang perkara itu sewaktu berusia 18 tahun ketika membuat pemeriksaan di hospital.
Ini juga adalah disebabkan tabiatnya yang jarang minum air putih serta suka menahan kencing telah membongkar keadaan dirinya.
“Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.
“Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh,” katanya.
Artikel Lain: Dedah Rahsia Awet Muda Lewat 30an, Anne Ngasri Rajin Makan Buahan Untuk Sumber Vitamin C
Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang
Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu buah pinggang sahaja,” ujarnya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementara itu, Acha berkata, mempunyai satu buah pinggang bukan masalah atau kekurangan bagi dirinya tetapi perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Kini Strict Jaga Kesihatan
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.
“Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya yang kini menetap di Australia disebabkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Bagi menjaga kesihatan, Acha tidak lagi minum sebarang pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Sumber: Mstar
Artikel Lain: Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka, Rahsia Wajah Comel & Awet Muda Mira Filzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI