Sebelum ini pelakon, Nabila Huda telah disahkan positif Covid-19 beberapa hari sebelum Syawal dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Namun dek kerana rezeki, Nabila Huda telah mendapat slot untuk jadi penerima vaksin dan melakukan tangggng jawab itu beberapa hari lalu bersama suaminya.

Namun dia dituduh mengggunakan kabel dan potong barisan oleh sesetengah netizen. Bukan itu saja, mereka turut mempersoalkan tindakan doktor membenarkan Nabila divaksin walaupun dia disahkan positif Covid-19 sebelum itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Tampil menjelaskan itu ini di laman Instagramnya, Nabila memberitahu dia pergi mengikut tarikh ditetapkan dan menafikan telah memotong barisan bagi mendapatkan vaksin, malah juga doktor sudah mengetahui status kesihatannya.

Ini penjelasan Nabila Huda bagi mengelak sebarang salah sangka terhadapnya.

Sampai rasa bersalah…

Nah ni untuk sesiapa yang tengah bercakap belakang mempersoalkan atau sedang menyiasat kenapa doktor membenarkan saya di vaccine sampai cakap doktor tak ikut procedure lah.

Ada yang dm kata saya guna cable sebab golongan kayangan la, selfish la, sebab artis la, call orang dalam percepatkan vaccine dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya..

IKLAN

Sampai saya pulak jadi bersalah sedangkan saya tak salah apa-apa pun..saya pergi ikut tarikh ditetapkan and tak potong que pun. Saya bagitau jujur kat doktor status saya,then dia proceed saya ke bilik yang nak amik AZ vaccine.

Untuk bagi awareness

Saya post gambar saya sudah di vaccine bukan niat nak menyakiti hati orang,saya post sebab saya nak share awareness untuk bagi hint yang saya ex covid dan saya dapat vaccine saya after a month dan boleh bagi semangat kat korang yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan macam diheboh2 kan.

Tapi jadi lain pulak..But it’s ok,saya maafkan..kkm update info ni pada 31 may 2021.. kepada mereka yang marah dengan saya semalam yang sampai sanggup cari balik conversation saya dengan fiza on twitter pada 25hb may tu, macamana boleh terlepas pandang info dari kkm ni ek??

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

i think start from today onwards, selain dari pada kita sibuk scroll up and down instagram or tiktok nak tengok update kehidupan orang, ringankan tangan untuk tengok jugak update terkini sebelum fitnah orang. Yang dah dapat tu patut kita bersyukur je la untuk dia bukan mempersoalkan.

IKLAN

Sama lah macam masa i positive covid i cakap i kena sebab kecuaian orang,tapi korang kutuk cakap tak payah la salah-salahkan oraang ni kan ujian dari Allah,kita kena redha, Allah dah pilih kita untuk kena..

Covid survivor tak payah tunggu lama untuk vaksin

Sama la macam vaccine ini, semua ini dah tertulis. Kita kena redha. Orang itu dah terpilih. Allah bagi rezeki kan? Yang mana kawan-kawan and followers saya yang belum dapat vaccine, or masih menunggu tarikh, saya doakan anda akan dapat secepat mungkin ok..Guys!!

Yang penah positive dah tak payah tunggu dah lama-lama..wuhooo!! Good news untuk semua covid survivor..Tapi apa-apa pun, kena tanya doktor jugak masa consultant tu ok? Stay home and stay safe everyone! 

Terdahulu, Nabila dalam satu hantaran di Instagram berkongsi maklumat daripada KKM mengenai Soalan-Soalan Lazim Tentang Vaksin Covid-19.

IKLAN

Dalam poster itu, soalan nombor 7 berbunyi, saya pernah positif Covid-19, bolehkag saya nak cucuk vaksin?Jawapan kepada soalan itu adalah, ya, boleh. Anda boleh menerima vaksin dalam tempoh sebulan hingga enam bulan selepas anda positif Covid-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Kredit Foto: Instagram Nabila Huda

Selain itu:  Sejak Remaja Diajar Amal Minum Herba Buatan Ibu. Rahsia Tya Arifin Kekal Menawan & Aktif!

Artikel Berkaitan:

Mula-Mula Ayah, Kemudian Ibu Pula Dijemput Ilahi. Lima Beradik Hilang Insan Tersayang Korban Covid-19!

Sedih Lihat 2 Jiran Sebelah Meninggal, Lelaki Syukur Sembuh Lepas Dijangkiti Covid-19 Tahap 4

Happy Hypoxia Dianggap Pembunuh Senyap Pesakit Muda Covid-19. Kenal Pasti Kesan Simptomnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI