Sejak minggu lalu kita dikejutkan dengan berita di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dimasukkan semula ke Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya tidak stabil.
Malah pihak media juga dilaporkan berkampung di luar IJN untuk memantau perkembangan Tun Dr Mahathir.
Namun kedaaan bekas Perdana Menteri kesayangan ramai ini sebenarnya berada dalam keadaan stabil.
Dalam satu perkongsian twitter oleh anaknya Datin Paduka Marina Mahathir semalam memberitahu bapanya menunjuk peningkatan hari ini.
Tun M dikatakan mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di IJN.
Ads
Mengetahui ramai yang memantau keadaan dirinya, Tun M turut mengucapkan terima kasih dan memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai kesihatannya.
Beliau akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan.
Sebaik muat naik status ini, ramai warga maya turut mendoakan kesejahteraan Tun Mahathir dan semoga Allah memberikan kesihatan baik kepada beliau.
Ads
Dikurniakan rahmat kesihatan & sembuh cepat
Moga Allah beri kesembuhan yang cepat kepada Tun M
Sejak tersebarnya virus Covid-19 di seluruh dunia, kita digalakkan melindungi diri dan salah satunya adalah dengan memakai pelitup muka atau facemask.
Pemakaiannya adalah diwajibkan sekiranya keluar ke tempat awam yang ramai orang bagi mengelak jangkitan virus ini.
Namun bagi mereka yang tidak tahan dengan pemakaian pelitup muka ini boleh menyebabkan masalah jerawat atau dikenali mask acne.
Menurut pakar dermatologi, Dr Sonia Hanifati, berikutan penularan Covid-19 yang berlaku di seantero dunia masyarakat sentiasa dinasihatkan berwaspada dengan memakai penutup muka.
“Pun begitu, dek kekerapan memakai topeng muka majoriti individu mengeluh kerana mereka kini terpaksa berdepan pula dengan masalah mask acne (jerawat dan iritasi).
“Perlu difahami masalah kulit wajah berkenaan berpunca apabila kelembapan terperangkap di dalam topeng muka.
“Secara tidak langsung, pori-pori tersumbat lalu meningkat pertumbuhan kuman atau bakteria penyebab jerawat,” jelasnya.
Justeru, bagi mengatasi masalah mask acne dan iritasi, terdapat 3 tip mudah boleh dilakukan. Antaranya ialah:
Disebabkan pihak kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng bermula pada 1 Ogos lalu, pastikan korang sentiasa memakainya sebelum keluar rumah.
Pada masa sama, simpan beberapa helai pelitup muka di dalam bekas atau pek yang bersih di dalam beg tangan. Langkah ini bertujuan memudahkan proses untuk menukar mask sekurang-kurangnya setiap tiga jam.
Elak menggunakan topeng muka sama dari pagi hingga malam supaya wajah tidak ‘berdampingan’ dengan bakteria yang melekat lama pada mask.
Sebelum keluar bersantai, membeli-belah atau ke pejabat pastikan kulit wajah dilapisi krim pelembap dan serum bagi mengekalkan kelembapan berpanjangan. Selain itu, pastikan krim pelembap pilihan mengandungi agen pelembut yang membantu meredakan jerawat dan masalah kekeringan.
Tidak salah untuk bersolek supaya wajah tidak kelihatan pucat. Bagaimanapun, wanita disarakan agar tidak menyapu krim asas terlalu tebal kerana ia mendorong pori-pori tersumbat, sekali gus menyebabkan jerawat dan iritasi.
Masih ramai yang terlepas pandang dan membuat kesilapan waktu cuci muka, dan ini yang membuatkan kulit wajah tiba-tiba bermasalah!
Ada kalanya kita tidak sedar ada melakukan beberapa perkara hingga boleh pertumbuhan jerawat.
Perkongsian Puan Farain Mohammad yang memberitahu 6 kesilapan yang dilakukan ketika mencuci wajah.
6 Kesilapan Jangan Buat Waktu Cuci Muka
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No.6 tu ramai tak yang buat?
Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka.
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.
Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Kematian penyanyi Adibah Noor baru-baru ini sangat mengejutkan ramai. Ini kerana tiada tanda dia menghidap sakit kronik sebelum ini.
Namun sebenarnya pemilik lagu Terlalu Istimewa ini rupanya menderita sakit kanser ovari tahap empat sebelum menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta.
Dalam satu perkongsian di laman twitter, Pakar Kanser ini memberi penjelasan mengenai kanser ovari ini.
Menurut “Malaysia National Cancer Registry Report 2012-2016”, Ovarian cancer tersenarai sbg top 10 (no.10) most common cancer di Msia (dgn percentage 3.1%), dan tersenarai sbg top 5 most common cancer dlm kalangan wanita di Msia dgn percentage 5.6%.
Apakah risk factors nya?
RISK FACTORS OVARIAN CANCER:
– Overweight or obese
– Having children later or never pregnant
– Taking hormone therapy after menopause
– Having family history of several other type of cancers (ovarian, breasy or colorectal cancer)
– Having family cancer syndrome
Using fertility treatment
– Having had breast cancer
– Smoking
FACTORS WITH UNCLEAR EFFECTS ON OVARIAN CANCER RISK
– Androgens
– Talcum powder
– Diet
FACTORS THAT CAN LOWER RISK OF OVARIAN CANCER
– Pregnancy & breastfeeding
– Birth control
For those yang overweight or obese dan masih tidak berkawin @ melahirkan anak dan makin lanjut usia….disarankan untuk buat screening ye.
SIGNS & SYMPTOMS OF OVARIAN CANCER:
– Abdominal bloating or swelling
– Feeling full too quickly when eating
– Weight loss
– Discomfort in the pelvic area
– Fatigue
– Back pain
– Changes in bowel habits (such as constipation)
– A frequent need to urinate
For those women yg dah develop any of these signs & symptoms, PLEASE immediately buat screening di hospital. So we can diagnose in the early stage of ur condition. Jangan tunggu da teruk baru nak pegi. Do not take this matter terlalu remeh ye
HOW OVARIAN CANCER IS TREATED
Basically kita bagi treatment depend on how far the cancer has spread. The doctors akan determine proper treatment plan depending pd patient punya situation.
Most likely the treatment plan involve:
– Chemotherapy
– Surgery (to stage the cancer & remove the tumor)
– A trial from 2018, tumor treatment fields (TTF) device in combination w/ chemo for recurrent ovarian cancer showed promising results & still in phase 3 trial.
– May 2020, clinical trial results were published new antibody conjugate (ADC) to treat platinum-resistant ovarian cancer.
– New targeted therapies r being studied, incl antibody Navicixizumab, the ATR inhibitor AZD6738, Wee1 inhibitor adavosertib.
All have shown sihns of anti-tumor activity.
– In 2020, phase 3 trial for Gene therapy (VB-11) also continued with promising results.
CAN OVARIAN CANCER BE PREVENTED?
So far, there is NO proven ways to totally eliminate the risk of developing this disease. HOWEVER, factors that have been shown to LOWER this risk include:
– Taking oral birth control pills
– Pregnancy
– Breastfeeding
– Surgical procedures
HOW MANY STAGES OF CANCER
basically, Stage 1-4.
Most cases jika patient masih di Stage 1,2 boleh kita diagnose & rawat dgn rawatan seperti surgery (buang tumor), chemo & follow up. Jika dah stage 3,4 & cancer da spread to other part of body…The chances to survive agak low.
Jadi, kesimpulannya, kaum wanita PLEASE always be aware towards your body. Aware dengan sign n symptoms & all risk factors di atas jika related. Segera pergi jump pakar untuk dptkan rawatan sebelum terlambat. Time sihat pon boleh je buat screening untuk tengok ada potensi boleh dapat ke x
Gimnasium sepatutnya jadi tempat yang selamat, tapi gangguan seksual boleh berlaku tanpa kita sedar. Kenali 5 jenis gangguan—daripada komen lisan hingga rakaman tanpa izin—dan ketahui langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.