Berat badannya pernah mencecah sehingga angka 90 tetapi kemudiannya cuba diet dan berat berjaya dikurangkan sedikit.
Walaupun proses penurunan agak perlahan tetapi wanita ini Hanuur Jain Jawahir berjaya sehingga melenyapkan 11kg dari Julai 2020 hingga May 2021.
Selain itu turut bersyukur kerana tekanan darah normal dan tiada masalah kesihatan. Malah doktor juga puji kerana dirinya berjaya turunkan berat berbanding tahun 2019 walaupun BMI masih overnight (tinggi 158cm dengan berat 74kg).
Menurutnya kunci utama untuk kurus adalah sabar dengan proses untuk turunkan berat badan ini.
Jangan fikir lepas dua minggu berdiet berat akan turun berkilo-kilo. Berkat kesabaran itu, dia akhirnya berjaya lenyapkan sehingga 30kg tanpa penggunaan sebarang produk.
2013 (setahun kawen) vs 2021(ank 2 orang) Sedih rasanya tengok diri sendiri masa bmi obes tahap 3 . Tapi tulah saya di tahun 2013 sebelum turun berat sebab sakit pada 2014 dan buat dsss betul-betul bermula penghujung 2019.
Journey saya memang lama sebab gemuk dari kecil. Umur 12 tahun dah 66kg. 2013 lepas kahwin berat naik dari 82kg ke 98kg . 2014 saya sakit radang tonsil sampai kena operation. Masa itu seingat saya berat turun ke 94kg selepas operation n Tahun berikutnya saya diet untuk pregnant dan dengan berat 90kg, alhamdulillah lekat anak pertama .
Lepas habis pantang saya dah dapat berat 86kg tapi sayangnya tak jaga makan lepas habis pantang. Berat naik balik sampai ke angka 96kg (masa ni 2017) . Maka pada tahun 2018 saya diet semula dan lekat anak no 2 dengan berat 93kg. Berat last sebelum bersalin anak no 2 ialah 105kg. Huhuhu berat nya tapi syukur. Asal diet je lekat .
Panjang kan sejarah weight lost saya hehe. Lama sangat ambik masa nak dapat macam pakai baju purple tu . Itu pun masih overweight. Maka saya masih berjuang untuk dapat bmi normal dan kesihatan yang lebih baik.
Ads
Now saya jadikan bersenam dan jaga makan sebagai gaya hidup. Bukan untuk kurus semata-mata. Sebabnya kalu saya pikir nak kurus sahaja, saya memang takkan berjaya sebab saya memang takkan kurus sampai bila-bila . Cukuplah saya dah dapat kesihatan yang lebih baik sekarang dan berjaya hamil selepas diet .
Point sebenarnya saya nak bagi tahu kat semua. Kalau nak berjaya kurus, TOLONG SANGAT2 SABAR dengan diri sendiri. SABAR dengan process nak turun berat itu. Jangan pikir nak turun berat berkilo-kilo lepas 2 minggu diet. Jangan pikir nak perut yang kempis selepas 2 minggu diet. Dan janganlah give up hanya selepas 2 minggu diet dan senam berat tak turun. Baru sangat lagi diet nak kurus dah. Gemuk pun Bertahun-tahun, sebulan 2 nak kurus dah ke
Semuanya ambik masa. Saya sendiri cuma lost 12kg setahun. 2020 berat saya 86kg dan 2021 paling ringan 74kg. Now turun naik 76-75kg. Turun dann naik berat itu normal sebenarnya sebab kita kan manusia. Ada masa kelaut, dah tentu berat naik. Ada masa di darat turunlah berat tu .
Lagi 1 saya nak pesan kalau nak kurus, jangan tinggal bersenam. Mungkin orang akan cakap bersenam cuma mempengaruhi 20% proses penurunan berat tapi bagi saya yang 20% itu sebenarnya impact dia sangatlah besar. Ramai orang yang saya jumpa bila kurusdengan bersenam, diorang takkan gemuk balik ke asal. Badan fit, body cantik, kesihatan lebih baik. So kalau nak kurus sampai bila-bila, rajinkan lah badan tu bersenam.
Buatla ape pun jenis senaman janji konsisten k. Tak perlu buat senaman yang korang tak mampu buat hanya sebab org lain cakap bakar banyak kalori, bla bla bla
Ads
Lastly saya nak share total lost saya paling banyak setakat ini is 30kg. Ok dah tu je
Turut berkongsi motivasi untuk menurunkan berat badan dengan cara menyimpan wang. Setiap 1kg berat badan turun, akan simpan RM30 jadi kalau hilang 10kg terus dapat simpan RM300.
Caranya mcm ni: Setiap 1kg berat badan yg korang lost, simpan RM30. Lost 10kg berat badan, dapat RM300. Tambah sikit duit simpanan yang ada, dapat dah cincin sebentuk . Ni untuk perempuan.
Ads
Untuk lelaki pulak, target nk beli apa-apa sahaja barang yang korang suka dan minat. Kalau nilai nya lebih besar, simpan lebih banyak duit untuk setiap kg berat badan yang hilang.
1 kg berat badan yang hilang, dapat simpan RM30. Imagine if berjaya lost 30kg, 40kg atau mungkin 50kg dan lebih. Lagi bagus kalau target simpan duit lebih lagi dan berat badan yang perlu di buang pun banyak .
Kurus dapat, emas dapat, apa yang dihajati nak beli dapat dan in shaa allah sihat pun dapat
Saya dapat idea ini pagi td lepas solat subuh. Mungkin Allah bagi idea ini malam tadi sebelum tidur untuk saya share dengan org lain hari ini .
Untuk suri rumah sepenuh masa, boleh try tanya en suami, abang nak bagi hadiah apa kat sayang kalau berjaya kurus dan turunkan berat badan. Jadikan hadiah itu sebagai target disamping jaga makan dan diet untuk diri sendiri juga. Tapi pastikan korang betul-betul kejar target lah. Baru betol namanya MOTIVASI dan cabar diri sendiri kan
Just nak share, cincin daun ketum tu saya ‘terpaksa’ beli selepas cincin nikah bentuk bunga tu longgar ya amat hahaha. Hasil menabung selepas berjimat cermat dengan diet dan ada sumbangan juga dari en suami
Bila diet, kurangkan makan luar, dan kerap masak menu sendiri ni memang jimat sangat-sangat kan. Dapatlah simpan sedikit demi sedikit duit makan bukan2 tu untuk beli emas. Semoga membantu korang yg baru nk start diet. Feel free untuk tag pasangan korang kat status ini ye.
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
5 Kebaikan Senaman Burpees
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
1. Dapat Melatih Banyak Otot Dalam Satu Senaman
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
2. Dapat Membakar Kalori dan Lemak Secara Berkesan
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
3. Baik Untuk Melatih Kekuatan Abdomen
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
4. Dapat Membaiki Postur dan Fleksibiliti Badan
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
CARA MELAKUKAN SENAMAN BURPEES
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
TIPS PENTING UNTUK BEGINNER
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Bertahun Diet Tak Jadi, Terus Cut Sugar & Konsisten Senaman. Hasilnya Dapat Berat Ideal Lepas 2 Tahun! Pernah cuba diet untuk tempoh dua tahun tetapi hasilnya lambat. Malah pelbagai diet juga telah dicuba seperti keto, intermittent fasting dan low carbo tetapi hasilnya hanya sementara dan berat naik kembali.
Namun bagi Ameer Hamzah Mokhtar tidak mudah mengalah dan akhirnya mengambil keputusan mencuba diet cara lain.
Dia mencuba bahagikan diet kepada 3 fasa iaitu, gula, makan dan fizikal. Setelah melakukan cara ini akhirnya berjaya mengurangkan berat badan.
Hasilnya dia mendapat berat badan ideal dan akan terus memastikan berat yang ada terus kekal begitu kerana katanya untuk gemuk makan masa bertahun, takkan jika nak kurus sebulan dua sahaja.
Jika sebelum ini beratnya sekitar 105 kilogram, setelah hampir dua tahun, dia berjaya melenyapkan sehingga 25 kilogram dan berat terkininya 80 kilogram. Masih target untuk mencecah berat 75 kilogram menggunakan cara sama.
Bertahun Diet Tak Jadi, Terus Cut Sugar & Konsisten Senaman
2020 – 2022 105kg – 80kg (Target 75kg)
Turun 25kg dalam 2 tahun, lambat tapi konsisten. Saya dah cuba macam2 diet, spt keto, if & low carb tapi semua kejap je lepastu naik baik.
Jadi saya ambil keputusan start slow untuk biasakan badan dengan matlamat ubah tabiat secara keseluruhan di akhirnya.
FASA 1 Masalah utama saya adalah GULA sbb saya suka minum air manis & 3in1.
Bulan 1-2 : Kopi sy tukar 3in1 kepada Nescafe Gold + 2 sudu susu pekat. (sebab saya boleh kawal kadar kemanisan tu)
Bulan 3-4 : Nescafe Gold + 1 sudu susu pekat.
Bulan 5 : Nescafe Gold + 1/2 sudu susu pekat. Bulan 6 : Nescafe Gold tanpa susu pekat tapi tak sedap jadi saya tukar Nescafe Gold + susu segar.
Sebelum
Hasilnya Dapat Berat Ideal Lepas 2 Tahun
Lepas tu saya dah tak minum air manis tapi masalah baru timbul iaitu Mood Swing & baru tahu yang gula meningkatkan hormon dopamine iaitu bahan neurotransmitter yang menyebabkan rasa seronok dan gembira apabila kita makan benda manis.
Dua cara saya buat untuk nak pulihkan benda ni adalah dengan bersenam & amalkan madu tualang pagi & malam sebelum tidur.
Bersenam : Hasilkan endorphin semula jadi yg dapat meningkatkan hormon serotonin dan dopamin.
Jadi saya mula dengan berjalan santai 1km setiap hari & naikkan jarak sikit2 bila dah selesa, kadang2 tu joging & lari sikit2.
Madu Tualang : Sumber nutrien & vitamin semula jadi yang rendah GI & kalori. Elok juga untuk penghadaman & suprisingly hilangkan gerd saya waktu malam.
Secara mudahnya, saya potong gula & bersenam secara berperingkat tanpa stresskan badan & otak. Slow & steady.
Terkini
Saya tak jaga makan lagi di fasa ni, lepas dah potong gula secara total baru saya mulakan
FASA 2 dgn Diet Suku2 Separuh & Puasa Sunat. Nak gemuk ambil masa bertahun takkan nak kurus sebulan dua je kan.
Sempat nanti sy sambung FASA 2 & 3. Moga bermanfaat.
Ada Pakej Jadi Model, Tapi Selesa Pilih Bola Sepak. Diiktiraf Pemain Paling Cantik Di Dunia! Siapa sangka sekali pandang lagaknya seperti supermodel dengan ketinggian mencukupi serta dikurniakan seraut wajah yang cantik.
Namun rupanya wanita tinggi lampai ini, Ana Maria Markovic lebih senang memilih kerjaya sebagai pemain bola sepak wanita berbanding menjadikan bidang peragaan sebagai pekerjaan tetap.
Berbekalkan kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, Markovic juga turut aktif dalam bidang peragaan tetapi hanyalah sebagai mencari pendapatan sampingan.
Ada Pakej Jadi Model, Tapi Selesa Pilih Bola Sepak
Penampilannya yang tangkas di padang sangat memukau dengan gayanya yang menawan menjadikan dirinya sangat mencuri tumpuan dunia.
Malah dirinya juga muncuk menjadi antara antara berita sensasi media sosial tahun ini. Bukan itu saja, beliau Markovic yang berusia 22 tahun ini juga turut mendapat jolokan pemain bola sepak paling cantik di dunia.
Lihat sahaja setiap beraksi dengan set lengkap jersey yang tersarung dibadan serta boot menjadikan gayanya sangat menarik sebagai seorang pemain bola sepak.
Popularitinya di media sosial semakin meningkat apabila sejak enam bulan lalu hampir berjaya menggandakan pengikut di laman Instagram dengan melepasi angka sejuta peminat di platform tersebut.
Namun begitu bagi wanita ini, dia sebenarnya lebih selesa dikenali sebagai pemain bola sepak paling cantik di dunia, empunya diri bagaimanapun tidak gemar jika ada media yang menggambarkannya sebagai seksi.
“Saya suka ada artikel yang menyebut saya pemain bola paling cantik atau salah seorang yang paling cantik. Itu membuatkan saya senang mendengarnya.
“Pun begitu, ada juga media lain yang menggambarkan saya sebagai pemain paling seksi. Saya tidak suka.” ujar beliau yang menceburi sukan bola sepak ketika usia 14 tahun.
Dalam portal Wolipop melaporkan, Markovic pernah ditanya yang mana satu tim bola sepak kegemarannya?
“Chelsea Dan tentu saja saya mahu ikat kontrak dengan Chelsea,” ungkapnya yang menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya kerana kagum dengan etika kerja pemain terkenal tersebut.
Dalam pada itu, keberaniannya wanita tersebut sangat terserlah apabila beliau pernah bersuara menuntut kesaksamaan dalam sukan bola sepak terutama berkaitan dengan gaji pemain wanita.
Terbaharu tentang dirinya, Markovic memuat naik gambar berpakaian seperti kucing menjelang perayaan Halloween.
Namun perkongsian tersebut bagaimanapun dilihat tidak begitu mengujakan. Mungkin kostum yang dikenakan tersebut paling ringkas yang dimilikinya.