Susuk tubuhnya yang tinggi lampai menyerlahkan penampilannya sebagai bekas atlet bola jaring kebangsaan suatu ketika dulu.

Malah siapa sangka pembabitannya dalam sukan bola jaring selama 5 tahun rupanya telah menjadi batu loncatan untuk dia yang juga bekas peragawati kini memulakan kerjaya baharu.

Melihat pada penampilannya terbaru yang sudah berhijab, ibu kepada tiga cahaya mata ini masih kelihatan anggun dan langsing seperti anak dara.

Dalam satu artikel, Fadzlun Abas memberitahu rahsia awet muda adalah hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berfikiran positif sepanjang masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZDLUN ABAS (@fazdlun)

Artikel Lain: Lepas 4 Bulan Berjaya Turunkan Berat Badan. Wanita Kongsi Rahsia Hanya Amal Diet Konsisten!

Pentingkan Gaya Hidup Sihat

“Jika sesiapa kenal saya, anda tahu saya jenis sukakan aktiviti lasak dan mementingkan gaya hidup sihat. Saya juga suka dedahkan anak-anak kepada aktiviti luar dan bersukan.

“Secara tidak langsung mereka dapat ilmu mengapa kita perlu ada kehidupan yang sihat. Kita juga perlu berfikiran positif dalam apa jua situasi dan persekitaran di sekeliling kita kerana ia turut mempengaruhi ‘body maintain’ seseorang,” katanya yang kini mengusahakan perniagaan produk kesihatan yang ada kaitanya dengan dirinya sebelum ini iaitu sebaqgai bekas atlet dan juga model.

IKLAN

Walaupun sudah bersara dari dunia sukan, tetapi Fadzlun mengakui minatnya terhadap sukan bola jaring tidak pernah luntur.

Malah sehingga hari ini, dia masih lagi mengendalikan klinik kejurulatihan bola jaring di kalangan kanak-kanak perempuan yang baru mula berjinak-jinak dalam sukan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZDLUN ABAS (@fazdlun)

Jika diimbau, Fadzlun Abas  mula terpilih negara pada 1998 ketika berusia 16 tahun dan berpeluang menyertai kejohanan mewakili Sukan Komanwel yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun itu.

Selain itu:  Bayam Brazil, Sayur Hijau Kerinting Banyak Khasiat. Paling Digemari Bantu Turunkan Berat Badan!

Beliau juga terpilih dalam barisan skuad kebangsaan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia pada 1999, dua minggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

IKLAN

Seterusnya pada 2001 pula Pada 2001 pula, Fazdlun yang merupakan lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membantu pasukan Malaysia meraih pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZDLUN ABAS (@fazdlun)

Artikel Lain: Setahun Tak Sentuh ‘Fast Food’ & Skipping 40 Minit Setiap Hari. Rahsia Kembali Pakai Baju Size S!

Terus Minat Jika Suka Sukan Bola Jaring

“Selepas memilih untuk bersara sebagai atlet bola jaring pada 2003, saya mula menceburi bidang peragaan dan tidak dinafikan ia menjadi lebih mudah kerana orang sudah mengenali saya sebagai pemain bola jaring ketika itu.

“Selain itu, penyertaan sebagai atlet juga banyak melatih saya untuk lebih berkeyakinan bila berdepan khalayak ramai, sentiasa merendah diri, berdisiplin, belajar bertanya dan bijak berkomunikasi.

IKLAN

“Orang mungkin melihat sukan ini sekadar beraksi di padang atau dalam gelanggang tetapi sebenarnya banyak aspek tersembunyi yang dipelajari sepanjang proses latihan dan pertandingan itu sendiri,” katanya kepada Sinar Bestari.

Dia juga sempat menitip pesan jika ada pelajar di luar sana berminat ceburi sukan bolang jaring, supaya teruskan hasrat kerana sukan berkenaan banyak laluan pengajian dan kerjaya masa depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAZDLUN ABAS (@fazdlun)

Ekstra Tip Kecantikan Fadzlun:

Cara kekal langsing:
– Pastikan anda mempunyai tidur yang mencukupi, sebaik-baiknya tidur awal.
– Banyakkan minum air suam setiap hari, mulakan dengan minum dua gelas air pada waktu pagi.
– Amalkan pengambilan makanan yang sihat, terutama dengan memperbanyakkan buah-buahan.
– Elakkan tekanan, sentiasa bersikap positif dan tenang bagi mengurangkan tekanan.

Selain itu:  Pakai Mekap Tebal Dengan Cuaca Panas, Ini Yang Akan Berlaku Pada Kulit!

Cara jaga kulit:
– Pengambilan air yang mencukupi amat penting bukan sahaja untuk kurus, tetapi juga untuk memperoleh kulit yang halus dan licin. Minum air setiap jam.
– Paling penting, jangan ambil produk penjagaan kecantikan sembarangan. Gunakan produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi.

Artikel Lain: “Jangan Banyak Stresskan Otak,” – Rahsia Melissa Saila Kekal Cantik & Awet Muda Di Usia 50 Tahun

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI