Kebanyakan golongan wanita obses nak kulit putih, padahal warna kulit asli Melayu itulah cantik. Begitulah pandangan pelakon dan pengara wanita, Nabila Huda tentang warna kulit.
Memiliki rupa paras dan bakat yang seiring menjadikan Nabila Huda ini antara selebriti yang memiliki pakej lengkap dalam industri hiburan tanah air.
Nabila Huda Pelik Orang Obses Dengan Kulit Putih
Namun baru-baru ini menerusi luahan Nabila Huda di Twitter, pelakon ini meluahkan rasa peliknya apabila ramai perempuan yang obses untuk miliki kulit dengan warna cerah. Umum sedia tahu pelakon ini memiliki kulit sawo matang yang diakui kecantikannya.
Menerusi ciapannya di akaun Twitter milik peribadi pelakon ini, Nabila Huda pelik wanita Melayu nak kulit cerah.
Ads
“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik. Brown sugar is sexy you know. I love my skin so much and I am so proud of it..”
Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih..Korang sedar tak, kulit asli warna kite ni sebenarnya menggambarkan wanita melayu tu cantik..Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..
Pesannya ringkas, “Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Hargai lah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri awak ok. We are beautiful in our own way! Tak perlu nak jadi orang lain. Just be you and love yourself more.”
Baginya, kalau semua wanita melayu berkulit gelap bertukar jadi putih, hilang lah keaslian orang kita sebagai wanita Melayu.
Ads
Malah, dia turut mengatakan bahawa ketagihan mengubah warna kulit asal juga akan mengundang pelbagai penyakit kerana kemasukan bahan kimia merbahaya menerusi rongga kulit.
“Seriously, rugi gila kalau korang ubah warna tu sebab once korang ubah the colour,dah macam-macam chemical masuk dalam kulit. Imagine bila dah tua nanti, adakah dia akan kembali brown seperti asli atau mungkin dia akan jadi kelabu sebab yang putih dibuat-buat tu dah expired?” Terangnya untuk memberikan kesedaran kepada golongan wanita yang obes dengan warna kulit putih.
Nabila Huda juga turut akui yang warna kulit ‘brown’ inilah yang paling senang untuk dijaga. Sempat juga pelakon ini memberikan tips.
“To be honest kan, our brown skin ni lah yang paling senang jaga and tak banyak kerenah. Korang hanya perlu jaga dia untuk sihat and glow. Brown skin paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi golden brown! Sexy.” Tulisnya di Twitter.
Sekadar info, Nabila Huda selamat disatukan dengan suaminya Mohd Izwan pada 25 Disember 2015 dan pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata bersama. Namun hasil perkahwinan pertamanya dahulu, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan yang semakin cantik, Keisya Laila.
Ketara sungguh melihat transformasi penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslow yang dapat menurunkan beratnya sebanyak 30 kilogram (kg).
Gembira dengan kejayaannya menurunkan berat badan, Melly Goeslow berkongsi kisah perjalanannya selepas melalui proses potong usus atau batriatrik memberitahu mahu turunkan lagi 2kg.
Terbaru dia berkongsi cerita tentang beratnya, “Baru sahaja timbang berat sudah 57kg dari 87kg. Jadi jumlah keseluruhan berat yang turun sudah 30kg.
Tinggal 2kg lagi dari target yang dia inginkan,” kongsinya lagi.
Pelantun lagu Jika itu berkongsi berita gembira berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini itu, Melly memuat naik foto bentuk badannya yang terkini. Malah isteri kepada Anto Hoed gembira kerana sudah dapat memakai baju bersaiz kecil.
“Senang sangat dah pakai seluar jeans saiz 27, baju pun sarung saiz XS. Walau pun punggung jadi sedikit ‘nipis’ tapi bersyukur sangat sudah tidak diabetes lagi. Sihat!” kongsinya di ruangan kapsyen yang turut berterima kasih kepada doktor yang merawatnya.
Kalau ikutkan, Melly bukan sahaja mencuri perhatian dengan postur tubuhnya yang kelihatan lebih kurus dan awet muda, malah dari segi fesyennya yang berani.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penularan virus Covid-19 yang semakin meningkat begitu membimbangkan negara kita.
Varian terbaru yang dikatakan tiada simptom dan boleh menjangkiti sesiapa sahaja menyebabkan kes terbaru dan kematian meningkat setiap hari.
Bagi yang disahkan positif akan dinilai mengikut tahap jangkitan sebelum dibawa ke pusat kuarantin.
Bagi saudara Ainol Amriz Ismail telah menceritakan pengalaman sepanjang bergelar pesakit Covid-19 di sana sebelum dibenarkan pulang.
Catatan berdasarkan pengalaman ini adalah untuk memberi kesedarán kepada semua dan menceritakan sendiri susana sebenarnya di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang seperti juga dokumentari khas baru-baru ini oleh Majalah Tiga.
Dia yang dikuarantin sebelum Syawal dan berpeluang menyambut lebaran di pusat kuarantin berkenaan.
Tahun ini – sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021 sangat berharga. Berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), MAEPS bermula malam raya sehingga satu tarikh yang belum pasti, memperkenalkan saya dengan semangat insaniah.
Semua kami dikategorikan positif Covid-19 termasuk saya. Kuarantin di rumah sejak 3 Mei dan hari ini dihantar ke Maeps sebab faktor kesihatan memberi ruang untuk saya melihat sendiri suasana pusat kuarantin ini.
Saya melihat bagaimana frontliner bertugas dan terharu pada apron plastik mereka di tulis “Selamat Hari Raya”, “Nasi Impit Hari Raya”, “Kek Hari Raya”, “Raikan Hari Raya”. Ya mereka berkorban untuk rakyat Malaysia. Hari raya mereka di pusat ini.
Wajah petugas frontliner di Maeps ini sangat mesra, senyum dan hari pertama saya di sini, menyenangkan kerana merasa dijaga dan diberi perhatian.
Lebih menarik – ada dalam kalangan pesakit bersama2 memainkan peranan menyambut pesakit baru yang mendaftar masuk. Saya dibantu untuk ke katil, diberikan sarung bantal, selimut dll.
Sebentar tadi selepas solat maghrib dan Isya dialunkan Takbir Hari Raya. Sayu dan ramai yang merakamkan peristiwa ini. Sejarah kata mereka. Penyakit Covid ini mengganas di luar sana tetapi petugas frontliner menguruskannya dengan baik.
Esok, pesakit akan bersama2 mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Sejarah lagi kata pesakit di Maeps. Banyak Hall (dewan) di Maeps. Saya yakin semuanya melaksanakan solat sunat Aidilfitri esok.
“Perkampungan Covid : Ceria dalam kesederhanaan dan kewaspadaan”
Seawal subuh, takbir Hari Raya sudah bergema di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps ini. Solat sunat Aidilfitri berlangsung di dewan pada pukul 8 pagi dihadiri semua pesakit Covid-19 beragama Islam, manakala rakan yang lain meraikan bersama selepas selesai solat.
Ruang kaca yang memisahkan pesakit dengan petugas kesihatan (frontliner), nampak tenang.
Yang menariknya hari ini ialah seramai 160 lebih pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selepas selesai menjalani kuarantin dan rawatan di Maeps ini.
Apa lagi yang menarik ?
Begini .. jam 7 pagi, jemaah Covid-19 sudah menyusun sejadah di ruang lapang untuk sama2 bertakbir. Jam 7.30 pagi, jemaah bertakbir dalam saf. Mereka duduk rapat kerana semuanya positif Covid. Ya, positif – kami sama di sini. Solat sunat Aidilfitri bermula jam 8 pagi dan selesai sekitar jam 8.45 pagi.
Kami bersurai ke katil masing-masing. Sebahagian yang dibenarkan pulang, sudah mula mengatur beg di laluan keluar.Yang bersamping, berbaju Melayu, kain berikat kemas, wow Raya sungguh di Maeps ini. Anak kecil pun ada di sini.
“Sejarah betullah beraya di Maeps ni. Makan bersama, sama2 bertanya kesihatan jiran sebelah katil. Siapa sangka dapat solat sunat Aidilfitri dan berjemaah dalam musim Covid,” kata Roslan, jiran sebelah katil berasal dari Jelebu.
Hari ini kan hari raya. Rupanya ada yang istimewa … dapat lontong kuah kacang, nasi impit dan rendang ayam. Perghhh … lagu raya pun dimainkan. Aduhai tak terasa sedih sebab inilah ahli keluarga kami – pelbagai kaum di perkampungan Covid-19.
Makin kuat lagu raya. Akhir lagu nyanyian Allahyarham Sudirman pun berkumandang …. oooo oooo ooo balik kampung. Tersengih 160 lebih pesakit tadi. Untunglahhhh .. heh heh heh
Dalam jam 10 pagi, ucapan Selamat Hari Raya dari frontliner untuk kami. Apa lagi, semua datang di cermin untuk “selfie” dengan petugas kesihatan.
“Jangan gelabah atau gabra”
Salam Jumaat, catatan 2 Syawal 1442 Hijrah di Maeps
Ramai orang tanya, takutlah hendak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Maeps. Kata mereka yang “gelabah” atau “gabra”, lokasi di Maeps itu sebagai zon gelap dan menakutkan. Hellooooo…
Di pusat kuarantin Maeps ini terutama dalam Hall C di mana saya ditempatkan adalah sangat memuaskan. Hendak minum air panas, hendak buat mee atau bubur segera, hendak basuh baju, hendak menonton televisyen, hendak main karom, eh semuanya ada dalam Hall C di pusat kuarantin ini. Sikit-sikit kekurangan itu biasalah, al maklumlah, penghuni ramai, tapi semuanya sabar dan senyum tenang. Heh heh heh.
Dalam video ini, saya kongsikan sedikit tips kalau tiba-tiba : “Encik / Puan perlu ke Maeps ya, kuarantin di sana.” Jangan pula, lepas dengar arahan Dr, terus rebah dan pengsan.
Ini adalah pengalaman saya, jadi apa yang saya berikan tips ini hanyalah sebagai panduan dan membantu anda, selebihnya ikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa yang hendak saya kongsikan di sini ialah, hentikanlah kesombongan kita, kononnya Covid-19 ini tidak bahaya. Saya berada di pusat kuarantin ini, saya lihat ada yang memerlukan oksigen, batuk, selsema, deman dan pelbagai simptom.
Saya nasihatkan anda di luar sana, berhenti dari mengkritik soal SOP, atau langkah kerajaan perkenal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Patuh saja, itu lebih mudah. Cara kerajaan menguruskan hal itu, perkara lain. Isunya, Covid-19 ini bahaya… kalau anda tidak melawannya maka wabak akan terus menular. Kami tidak tahu siapa pembawa, kadangkala tiada simptom, kadangkala sedikit sangat, tetapi bila melakukan swab, kami positif Covid-19.
Tolong, Covid-19 bukan cerita rekaan, data yang diberikan jangan dipersoalkan. Saya melihat yang masuk di dalam Hall C ini sahaja sentiasa ada. Kadangkala sehingga jam 2 pagi. Yang bayi, kanak-kanak, remaja dan wargaemas, semua ada.
Aktiviti harian pesakit Covid-19
Hari 4
video ini melebihi 4 minit. Saksikan perkongsian ini
Sebaik selesai solat subuh berjemaah, sekitar 7 pagi, kami sudah mula balik ke katil – ada yang membuat air dan mengambil oat dan biskut sebelum beraturuntuk mengambil sarapan pagi yang disediakan.
Hanya jam 8 pagi sarapan diedarkan oleh sukarelawan dalam kalangan pesakit. Bagi saya, tiada yang tidak sedap, semuanya sedap untuk dimakan, kecuali yang hilang selera makan.
Pada waktu yang sama, nama pesakit sudah dipanggil oleh jururawat dan staff kesihatan untuk pemeriksaan kandungan gula dalam badan, tekanan darah dan kandungan oksigen dalam badan. Ada juga diarah bertemu doktor atau sampel darah di ambil untuk proses rawatan seterusnya.
Rutin pagi macam biasa, pesakit yang dibenarkan pulang sudah mengatur beg. Nama dimaklumkan sehari awal untuk tujuan ini.
Sekiranya anda memerlukan ubat tetapi nama tidak dipanggil, pesakit boleh sahaja ke kaunter jururawat dan maklumkan sakit apa, dirujuk pada doktor dan ubat diberikan.
Jika ada pesakit yang tidak mampu bangun, doktor dan jururawat akan membuat pemeriksaan di katil pesakit. Sama sahaja caranya seperti di hospital.
Selepas proses pagi ini selesai, maka bermulalah aktiviti harian pesakit. Ada yang berjogging, melakukan senaman, bermain karom, catur dan menonton telivesyen. Ada ke sudut bacaan dan bersembang, serta membaca al Quran. Makan biskut, kek, roti yang dibawa mereka, dikongsi bersama.
Kanak-kanak pula dibangunkan oleh atuk dan pakcik atau abang yang ada,diajak bersama makan. Urusan lain, mereka melakukan sendiri, buat air, mandi dan lain-lain. Bagi warga emas, mana yang sihat akan membantu mengambilkan makanan, minuman begitu juga jika mereka hendak mandi atau ke tandas. Jiran sebelah katil atau yang berdekatan akan bantu.
Aktiviti petang dan malam masih sama dan panggilan nama untuk pemeriksaan tidak berhenti. Jika ada masalah pernafasan, pesakit akan segera dibantu. Jika keadaan tidak berubah, mereka akan dibawa ke hospital segera dengan ambulan atau di bawa ke Hall lain, dimana segala peralatan kecemasan disediakan. Jika perlukan Xray, pesakit akan dibawa berbuat demikian. Bilik pemeriksaan dan rawatan kesihatan ada sahaja di Hall ini. Pendek kata, rawatan ada dan diberikan sebaiknya oleh staff kesihatan. Doktor pula sentiasa ada.
Waktu malam, seperti biasa riuh sebab pesakit baru akan mendaftar masuk. Masa inilah sukarelawan bersedia membantu staff kesihatan. Ya, kami berterima kasih kepada staff kesihatan, mereka penat tapi melaksanakan tanggungjawab penuh komitmen. Wajah mereka letih tetapi kekal bersemangat.
Hari 5
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
Kenapa ? Tolonglah percaya. Saya masih di MAEPS. Memang sangat mencabar. Ramai yang masuk menerima rawatan. Pagi, petang, malam, awal pagi. Belum pernah berhenti !!! Semalam bersama rakan yang menjadi sukarelawan membantu menempatkan pesakit yang baru mendaftar masuk Hall C.
Eh, jam pada waktu itu sudah hampir 1 pagi. Wargaemas dan kanak-kanak. Yang kanak-kanak ini (2 orang), ayahnya keluar hari ini, tetapi dua anaknya baru mendaftar masuk awal pagi tadi. Aduiii, tak sanggup tengok pagi tadi anaknya lambai dan cium tangan ayah. Ya, itulah realitinya.
Percayalah !!
Simptom saya – batuk2, selsema, sakit kepala, sakit badan, cirit birit. Yang saya lihat di Hall C – berkaitan pernafasan, kurang selera makan, hilang deria rasa dan bau. Ya walaupun saya berada dalam keadaan stabil dan diperiksa petugas kesihatan, tetapi saya ada diabetes dan tekanan darah tinggi. Ia tetap berisiko.
KISAH “ALBAB” DI MAEPS
Catatan Hari 6
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS – 17 Mei 2021)
saya mohon sahabat share sebanyaknya catatan ini supaya khalayak tahu Covid-19 ini adalah realiti. Tolong saya. Jasa anda kami hargai
Pertamanya, saya nak ucapkan Selamat Pagi buat semua Frontliner yang banyak berkorban kepada semua pesakit Covid-19.
Tak banyak yang hendak saya kongsikan hari ini, kecuali kisah “albab” yang satu ni.
Tapi “albab” atau pintu di semua Hall dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid – 19 kini sangat menjadi tumpuan. Itulah pintu untuk masuk dan keluar Hall. Satu2nya pintu yang ceritakan kesedihan dan keceriaan.
Pintu ini hanya boleh dibuka oleh petugas kesihatan mahupun keselamatan. Untuk makluman Hall C ini boleh memuatkan sehingga 1,000 pesakit Covid-19 pada satu masa.
Apa fungsi “albab” @ pintu ini ? Sebelum anda masuk melalui pintu ini, anda akan disemak identiti oleh petugas kesihatan. Ditanya tahap kesihatan, alergi pada makanan dan dipakaikan gelang putih dimana ditulis nama anda, nombor kad pengenalan dan nombor katil.
Kemudian pesakit akan dibenarkan masuk tetapi duduk dahulu di kerusi untuk pendaftaran masuk dan semakan oleh Doktor. Disini anda akan ditanya soalan berkaitan – Bila swab, sejarah kesihatan, simptom terkini, ubatan yang sedia ada (yang pesakit makan harian) dan nama ubat yang dimakan.
Selepas proses ini selesai Doktor akan benarkan untuk penempatan ke katil. Waktu inilah sukarelawan mengambil khidmat membawakan beg, sediakan bantal, selimut, sarung katil dan bantal, serta makan malam (jika belum makan) ke katil mengikut apa yang ditulis oleh staff kesihatan pada gelang putih. Maka berehatlah pesakit untuk proses rawatan pada sebelah pagi, petang dan malam sehinggalah dibenarkan keluar.
Selepas berada dalam tempoh tertentu dan dipastikan sihat, pesakit dibenarkan pulang. Prosesnya mestilah telah melalui pemeriksaan doktor (ambilan sampel darah, tekanan darah tinggi, gula dalam darah, oksigen dalam badan dan lain-lain).
Pemakluman pulang ini dibuat sehari awal melalui senarai nama yang ditampal pada papan kenyataan. Hanya waktu malam surat pelepasan diedarkan kepada pesakit.
Hari pulang ke rumah, pesakit akan beratur dan berjalan ke kawasan menunggu pengangkutan. Sama ada menaiki bas atau kenderaan lain, mereka bebas. Selamat pulang ke pangkuan keluarga. Saya doakan semuanya sihat dan ceria.
In Syaa Allah giliran saya akan sampai juga dengan IzinNya.
Catatan Hari 7
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
Salam. Soalan saya, kenapa perlu laporkan hal negatif, sedangkan banyak yang positif tidak dilaporkan dalam pusat Kuarantin. Soalan saya, apakah tidak ada satu kebaikan pun yang terdapat di pusat kuarantin MAEPS ini sehingga anda melihat semua itu bala dan negatif. Kemonnn lahhh.Aaauukkkk betullahh !
“U kalau masuk pusat kurantin, otak u dah set untuk terima negatif, u akan terus mengkritik. Tapi kalau u tau, Covid ini satu penyakit, u akan rasa ada perlunya u masuk dan kuarantin di MAEPS atau u rasa cukup sihat untuk kuarantin di rumah, tidur atas katil empuk, tengok TV, mandi dalam bilik air dalam bilik, u kena tabahlah,” Ainol cakap.
Hallooo, saya pun penulis, tapi saya memilih untuk menulis yang positif supaya tak ada unsur menakutkan khalayak terhadap penempatan pesakit di pusat kuarantin ini. Saya tidak memilih untuk menulis negatif kerana saya melihat tidak ada faedah melainkan menimbulkan kemarahan khalayak terhadap pengurusan pesakit Covid-19.
Sebab itu kalau anda ada rasa kejam dan tidak kasihan dengan segala usaha frontliner, anda akan mengkritik walaupun sampah plastik yang ada di katil anda, dianggap sebagai menjijikkan dan perlu disapu segera oleh frontliner (makcik atau pakcik cleaner). Kotor ? tapi anda tidak pernah memikirkan kenapa aku tidak ambil penyapu dan bantu bersihkan.
Saya ada sahabat namanya Ben, seorang lelaki Cina bersama saya, menjadi sukarelawan dalam Hall C ini. Eh, kami bersatu bersama beberapa yang lain membantu petugas frontliner. Bukan hal perubatan tetapi kebersihan, khidmat menunjuk arah pesakit ke katil, membersihkan katil sebelum menerima kemasukan pesakit baru.
Saya puas, kerana saya melihat suasana sehari sebelum Aidilfitri, hari raya Aidilfitri, solat Jumaat di sini (teringat suasana di Mekah dan Madinah..bilalah dapat ke sana lagi, semoga dipermudahkan). Di pusat kuarantin ini kami melihat suasana cemas dan kepantasan petugas memberikan bantuan kecemasan kepada pesakit.
Saya dan Ben, pernah menolak troli yang menempatkan cadar, selimut dan sarung bantal, pernah rasa dimarah pesakit … ya kerana mereka stress sedangkan saya mahu memberikan makanan sebaik mereka mendaftar masuk jam 12.30 tengah malam. Saya kan pesakit juga … heh heh heh.
Saya dan Ben pernah memegang penyapu dan menyapu sekitar kawasan dalam dewan ini. Ben tetap tersenyum … saya ok. Saya dan Ben tidak mendaftar sebagai sukarelawan rasmi (dapat sijil) kerana bagi kami, berkhidmat itu sesuatu yang perlu dan tidak menunggu mendaftar baru berkhidmat.
Sehari dua lagi, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Sebelum saya dan Ben, ada beberapa lagi insan yang menghulurkan khidmat. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa. Jadi, janganlah ada agenda melihat negatif sebagai keutamaan info.
Kalau pembesar suara kuat sekalipun untuk sampaikan informasi ketika anda hendak tidur atau sudah sampai ke pantai Baywatch sekali pun, insaflah ia bukan untuk merimaskan anda. Ada pesakit lain memerlukan info. Saya dan Ben tidur lampu terang benderang, rakan2 ketawa dan berbual. Bendengkur macam biasa aje
Tak apa lah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Hari ini rambut lain-lain warna, hati lagilah lain-lain.
Saya dan Ben bersama rakan yang berikan khidmat sudah menyatakan terima kasih cara kami kepada frontliner. Anda ?
Catatan Hari 8 (Akhir)
(Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19, MAEPS)
SAYA “ALUMNI” PESAKIT COVID-19
Assalamualaikum wbt
Hari ini adalah hari akhir saya berada di pusat kuarantin MAEPS.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan terima kasih kepada :
1. Doktor
2. Jururawat
3. Petugas kesihatan
4. Anggota keselamatan
5. Abang dan kakak cleaner
6. Sukarelawan
7. Pemandu bas dan ambulan
8. Semua rakan FB dan sahabat serta pesakit Covid-19 khususnya di Hall C, MAEPS
9. Semua yang terlibat dengan pengurusan Covid-19
10. Yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan pesakit Covid-19
11. Keluarga
Sekarang, kita sendiri yang perlu memainkan peranan masing-masing. Jaga SOP. Saya tidak sanggup melihat derita dan kesedihan pesakit Covid. Sepanjang berada di pusat Kuarantin ini, dua berita kematian melibat orang tersayang pesakit Covid meninggal dunia di hospital. Dia berada di MAEPS tidak dapat melihat wajah akhir insan tersayang sebelum dikebumikan.
Ya, saya dibenarkan balik hari ini. Alhamdulillah dan terima kasih kepada sahabat, rakan dan saudara yang mendoakan kesejahteraan saya. Allah swt membalas kemurnian hati kalian.
Saya doakan semoga yang masih berada di pusat kuarantin dan hospital agar segera sembuh.
Buat frontliner,
Anda telah melakukan tanggungjawab yang sangat dihormati. Jika ada penghargaan pada dewasa ini, andalah selayak penerimanya.
Anda “Patriot Perang Covid” yang saya kagumi. Saya tinggalkan kalian dalam jagaan Allah swt.
Hanya mesej ini diharap memberikan sedikit kesedaran. Saya tidak peduli jika ada yang mengkritik selepas menonton video ini kerana itu hak anda, tetapi apa yang saya minta adalah jangan disakiti dan mengecewakan frontliner ketika anda ketawa menjadi perosak dalam lembah kesakitan.
Ayuh rakyat MALAYSIA. Nyatakan terima kasih kita pada semua frontliner dan PERANGI COVID-19.
Patutlah ramai yang suka gosok ketulan ais pada muka, hasilnya memang bagus pada kulit. Nak-nak anda yang amalkan sebelum mekap dan selepas cuci muka.
Kalau nak cuba, ini petuanya. Hanya perlukan kiub ais yang ada dalam peti ais. Owh ya, tahu tak ketulan ais ini ada 7 keajaiban lain buat muka cantik, memang best sangat amalkan setiap hari.
Ambil ketulan ais dalam dua ketul pun dah cukup, kemudian masukkan dalam kain dan gosok pada wajah anda. Elok amalkan pada selepas cuci muka atau sebelum mekap.
Okay, ini kelebihan lain yang anda dapat hasil daripada amalan petua ini:
Ais adalah ‘resepi’ paling efektif untuk kecilkan pori diwajah.
Biasanya, mata sembab ni disebabkan kurang tidur, stress dan mata Tak cukup rehat.
Sebelum mekap, tekapkan ais diwajah dulu. Mekap tahan lama dan cantik.
Kalau naik jerawat, boleh gosokkan ais diwajah. Jerawat akan kecut dan kurangkan bengkak.
Sesetengah orang ada banyak bulu roma diwajah. Jangan tak tahu, ais boleh kurangkan bulu-bulu tu.
Apabila letakkan ais diwajah, secara automatik nya akan melancarkan pengaliran darah. Rasa sejuk ais tu membuatkan mukà rasa segar.
Ais sangat berkesan dalam mencegah kedutan Dan bintik-bintik hitam di mukà. Kalau korang rajin amalkannya.
Caranya boleh rujuk pada gambar, ikut langkah demi langkah mudah ini. Jimat bajet anda kalau rajin amalkan, tetapi hasilnya kulit jadi sihat dan anjal.
Selamat bercantik-cantik!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.