Seperti yang kita tahu demam berpanjang, selesema dan batuk sebagai simptom awal jangkitan virus Covid-19.
Namun sebenarnya ada petanda lain yang juga mungkin anda dijangkiti virus merbahaya ini.
Walaupun tiada bukit sahih, namun data ini telah diamail daripada beberapa pesakit yang telah dijangkiti Covid-19.
Satu kajian baharu mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku tangan seseorang, lapor akhbar Mirror UK.
Menurut ciapan Twitter seorang pakar, Profesor Tim Spector pada Mei lalu, terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan yang boleh menunjukkan sama ada seseorang itu berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak.
Ads
Kini, terdapat pendapat beberapa pakar kesihatan lain yang mendakwa jika kuku tangan kelihatan pelik atau mempunyai garis putih melintang yang ketara, ia mungkin petanda mereka dijangkiti Covid-19.
“Tiada bukti sahih mengenai kaitan kewujudan garisan yang dikenali sebagai ‘Mees Lines’ ini dengan petanda badan dijangkiti virus berbahaya.
“Namun, beberapa pesakit Covid-19 dikesan memilikinya selepas mendapat jangkitan wabak ini,” jelas sekumpulan pakar itu.
Ads
Sementara itu, Presiden Dermatologi Britain, Dr. Tanya Bleiker menjelaskan bahawa antara kesan ketara Covid Nails adalah garisan di kuku sekitar 5 millimeter serta pembentukan garisan seperti bulan sabit berwarna merah dan oren adalah yang sering dialami pesakit di Eropah.
Tanda terakhir adalah kuku tercabut tanpa sebarang kesakitan atau bengkak awal. – Agensi
Cerita tentang kecantikan, pelakon wanita, Yana Samsudin ada kongsikan tip cantik dan sempat tinggalkan pesanan ‘manis’ buat anda yang jenis suka bermekap.
Terserlah aura seorang ibu, Yana sebenarnya mengelakkan diri daripada melakukan solekan tiap hari. Nak tahu kenapa? Jom kita selongkar…
Haa.. Pasti anda tertanya-tanyakan? Apakah satu perkara yang perlu dielakkan menurut Yana tu?
Jelas Yana, muka akan lebih ketara kelihatan kusam sekiranya anda kerap menggunakan solekan yang tebal untuk menatarias wajah setiap hari.
Memanglah solekan akan naikkan seri tetapi jika selalu sangat mekap nanti wajah akan hilang aura ‘wow’ itu waktu membawa wajah ‘bogel’.
“Kalau nak bersolek, pastikan tak bersolek setiap hari. Sebab orang yang dah selalu make-up setiap hari ni, bila tak pakai make-up, orang akan nampak muka anda automatik kusam dan tiada seri (dull).
“Tapi kalau anda tak nak muka kusam, gunalah Nivea Luminous 630, sebab dia mencerahkan dari dalam,” katanya sambil berseloroh mempromosikan produk, sebagai duta Nivea.
Selain itu, Yana juga mengingatkan hijabi di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih.
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Haa… selepas ini jangan lupa ikut petua cantik Yana Samsudin ini ya, pastikan rajin cuci muka dan mekap nipis-nipis sudah lah. Janji ada serinya. Paling penting jangan skip pakai skincare!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar atau tidak ada antara kita yang mengalami tulang belakang bengkok. Apa sebenarnya maksud penyakit ini dan apakah bahaya yang akan dialami oleh seseorang.
Adakah jika kita mengalami penyakit yang juga dipanggil skoliosis ini akan menyebabkan pergerakan atau aktiviti terbatas.
Dengarkan penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan skoliosis ini yang boleh terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa.
Tulang belakang membantu menyokong badan berkedudukan tegak. Setiap orang mempunyai bengkokkan semula jadi di mana sedikit daripada bengkokkan itu diperlukan untuk mengimbangi kedudukan badan, bergerak dan berjalan dengan sempurna.
Ia adalah satu keadaan di mana tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul.
Istilah skoliosis diambil daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘bengkok’.
Melalui X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C yang sepatutnya kelihatan lurus.
1. Kanak-kanak
‘Infantile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun. Mungkin disebabkan oleh:
• Kecacatan sejak lahir
• Penyakit saraf dan otot (distropi otot atau cerebral palsy)
• Kecederaan
• Jangkitan
• Ketumbuhan
‘Juvenile scoliosis’ – Berlaku pada kanak-kanak berumur 3 – 10 tahun. Ia jarang berlaku.
2. Remaja
‘Adolescent idopathic scoliosis’ – skoliosis yang tidak di ketahui puncanya. Ia terjadi selepas seseorang itu berumur lebih daripada 10 tahun dan kerap di temui.
3. Dewasa
Skoliosis dewasa berpunca daripada penyakit yang dihadapi semasa kanak-kanak tetapi gagal di kesan atau di rawat pada peringkat awal.
Selalunya ia bermula dengan keabnormalan yang sederhana dan akan menjadi lebih teruk kerana tidak dirawat. Boleh juga berlaku akibat dari proses penuaan.
Jika ada ahli keluarga mendapat skoliosis kemungkinan ahli keluarga yang lain menghidapi skoliosis agak tinggi iaitu hampir 20%.
Jika ada ahli keluarga yang mengalami masalah pembengkokan tulang belakang yang tidak normal, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Kebanyakannya tidak di ketahui. Kebanyakan kes-kes berlaku sejak lahir akibat kecacatan tulang belakang kongenital. Ia tidak berpunca dari duduk membongkok, duduk dalam keadaan janggal tau tidur di atas tilam lama/nipis.
Skoliosis selalunya lebih menonjol atau menjadi lebih teruk semasa fasa pertumbuhan mendadak di alam remaja.
Selalunya tidak sakit pada usia remaja dan belia. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika tidak di rawat. Aduan utama pesakit adalah kecacatan bentuk badan. Tanda-tanda lain termasuk:
1. Penstrukturan otot belakang yang tidak sama rata
2. Penonjolan tulang bahu
3. Aras pinggul dan bahu yang tidak sama antara kanan dan kiri
4. Kedudukan atau saiz payudara yang tidak sama
5. Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
6. Baju yang dipakai kelihatan senget
Jika dibiarkan tanpa rawatan, Skoliosis dewasa yang teruk akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.
Bagi kes skoliosis ringan, pemerhatian berkala akan dibuat oleh doktor sehingga tahap kematangan tulang hampir sempurna. Doktor akan memeriksa perkembangannya untuk memastikan pembengkokan tulang belakang tidak menjadi teruk. Pesakit juga akan diminta untuk rawatan ulangan setiap 3 ke 6 bulan.
Selain itu, ada juga peralatan khas untuk menyokong tulang belakang (“Bracing”). Matlamat utama adalah untuk menghalang tulang belakang menjadi lebih bengkok. Doktor akan mencadangkan untuk memakai peralatan khas (braces) yang sesuai.
Rawatan pembedahan akan dicadangkan kepada pesakit yang mengalami skoliosis yang teruk. Pembedahan memerlukan penanaman tulang yang diambil daripada tulang pinggul dan rusuk. Skru, wayar dan besi khas akan digunakan untuk meluruskan kembali tulang belakang tersebut. Selepas pembedahan pesakit boleh berjalan tanpa memakai “braces” badan hari ke-2 atau ke-3. Pesakit akan dibenarkan pulang dalam masa seminggu, seterusnya boleh melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti biasa. Untuk bersukan hanya dibenarkan selepas 6 ke 9 bulan selepas pembedahan.
Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal.
Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas. Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:
1. Bahu kelihatan tidak sama tinggi
2. Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
3. Pinggang kelihatan senget sebelah
4. Pinggul kelihatan tinggi sebelah
5. Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.
Pelakon, Maya Karin ini termasuk golongan awet muda, walau sudah berusia 43 tahun tetapi auranya terserlah walaupun tidak mengenakan sebarang mekap.
Cukup dengan mekap yang nipis, dia nampak jelita dengan penampilan ringkas. Pasti ada amalan tertentu yang dia amalkan dalam kehidupan hariannya, jom semak!
Menerusi laman instagram miliknya, dia berkongsi amalan minum air suam setiap hari dengan secukupnya. Ini kerana air suam boleh meningkatkan suhu badan dan metabolisme dalam badan. Bukan itu saja, air suam juga dapat membantu tubuh badan kita membakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
Guna bahan semula jadi di dapur untuk kecantikan
Selain daripada air suam dia juga sering amalkan petua yang pernah diajarkan kepadanya ketika muda. Antaranya adalah memakai mask rambut dan wajah, scrub serta serum rambut.
Haa… jangan terkejut ya, Maya buat sendiri masker untuk disapu pada wajahnya. Mengikut budaya Indonesia, bahan utama yang Maya guna untuk buat mask adalah buah avokado. Kalau nak tahu avokado sangat bagus untuk rambut dan wajah kerana mengandungi pelbagai vitamin serta minyak yang diperlukan oleh badan.
Maya turut amalkan diet pemakanan yang seimbang memandangkan dia alah pada kekacang dan hasil tenusu. Paling penting, Maya akan cuba elakkan dan kurangkan mengambil makanan fast food, tin dan siap dibungkus.
Bagi peminat setia yang mengikuti perkembangan Maya di laman sosial, anda pasti nampak aktiviti sihat yang dia selalu kongsikan dan Maya nampaknya seorang yang menjaga pemakanan apabila dilihat sukan makan ulam-ulaman dan tidak kekok berada di dapur.
Pernah dia berkongsi, “Saya hanya makan makanan yang baru dimasak tanpa bahan pengawet. Contohnya, makanan di kedai nasi campur kerana saya tahu mereka masaknya pagi tadi. Dan antara makanan yang akan saya pilih adalah sayur bayam, pucuk paku dan tempe.”
Agak-agak susah tak nak ikut cara Maya Karin jaga kecantikan dan kesihatannya? Rasanya tips kecantikan Maya Karin ini paling senang nak amalkan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.