Menurutnya kalau diberi peluang dia tidak mahu keadaan ini berulang. Justeru dia mengambil inisiatif untuk belajar ilmu diet dengan betul.
Tidak susah pun untuk belajar diet dengan betul kerana apabila sudah tahu caranya, tidak mustahil badan akan kembali langsing dengan cepat.
Tak Ambil Produk & Senaman
“Saya kembali dapat berat ideal tanpa sebarang pengambilan produk. Sebelum itu berat sekitar 93 kg dan kini sudah 67kg. Lebih kurang 26kg lenyap dalam masa 5 bulan.
Ads
“Sepanjang proses diet itu selain tidak ambil produk, saya juga tidak buat apa-apa senaman.Tetapi lebih kepada cara belajar ilmu diet yang betul.
“Semuanya bermula waktu PKP lalu di mana seorang teman mencadangkan kepada saya untuk belajar ilmu dengan Coach Izi Yahya,” ujarnya yang terpanggil untuk menguruskan badan disebabkan sebelum itu sering diejek dan dikeji orang sekeliling.
Ditambah dengan masalah kesihatan apabila sering mengalami masalah sakit belakang walaupun usia masih muda dengan wajah yang kusam serta tidak cantik.
“Saya diajar oleh Coach dengan ilmu pemakanan sihat dan makan apa saja kita suka makan tetapi dengan teknik yang betul.
Ads
“Misalnya waktu pagi, saya akan ambil telur rebus dua biji dengan kopi kosong tanpa gula.
“Untuk lunch pula saya makan ayam sambal bersama sayur dan nasi. Coach tak pernah ajar makan makanan yang direbus, grill atau bakar. Boleh makan apa saja kita mahu tetapi kena jaga portion.
“Untuk snack pula saya ambik kekacang atau buah. Dan makan malam pula saya akan makan dua biji telur rebus bersama timun,” ujarnya yang mengamalkan cara pemakanan diajar oleh Coach terlatih.
Ads
Kini Jadi Lebih Cantik & Fit
Hasil sepanjang lima bulan proses diet bermula Oktober tahun lalu, dia akhirnya berjaya mendapat berat idaman.
Bukan itu saja malah kesan lain juga turut kelihatan hasil mengamalkan diet yang betul. Antaranya perut buncit sudah hilang, peha dan lengan yang besar juga mengecil.
Menurutnya lagi bagi mereka yang mahu kurus dengan sihat dan selamat, tidak rugi belajar ilmu diet yang betul kerana ia sangat berbaloi.
Dan tambahnya paling penting gembira dengan perubahan pada diri kerana kini jadi yang lebih cantik dan fit.
Artikel Lain:
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang kagum melihat penampilan terbaru penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sudan semakin langsing selepas melahirkan anak keduanya.
Walaupun masih mahu turunkan 10 kg, namun sebaik lepas melahirkan Muhammad Afwa, Siti berjaya lenyapkan 20 kg berat badannnya.
Menyedari dia perlu jadi sihat dan kekal berpenampilan cantik, Siti akui perlu menjalani kehidupan sihat selepas bersalin.
Penyanyi berusia 42 tahun ini berkata dia cukup mementingkan pemakanan sihat selain rutin senaman yang dilakukan setiap hari.
“Selepas bersalin anak kedua, saya kerja keras untuk kekal cergas dan cerdas. Kalau kebiasaannya orang berpantang selama 44 hari, saya lanjutkan kepada 100 hari.
“Bila nak kembali bekerja, kenalah jaga bentuk badan semula agar penampilan diri di pentas nampak cantik.
“Jadi perlu kerja keras dengan bersenam dan jaga makan. Memanglah takkan boleh nak dapatkan balik bentuk badan asal tapi apa yang penting saya boleh mengekalkan tenaga bila kembali bekerja nanti,” ujar penyanyi lagu Anta Permana ini.
Selain itu, beliau juga sering mengingatkan dirinya sendiri supaya bersikap positif terutama kala berdepan dengan tekanan.
Malah beliau yakin setiap cabaran dan dugaan itu Allah sedikakan hikmah dan kebaikannya.
Siti yang berkahwin dengan Datuk Khalid Muhammad Jiwa menunggu 11 tahun sebelum dikurinakan dua orang cahaya mata, Siti Aafiyah 3 tahun dan Muhammad Afwa, 3 bulan hasil melalui kaedah rawatan In-Vitro Fertilization (IVF).
Rupanya mask pakai 2 kali dalam seminggu akan buat kulit lebih cantik dan bersih daripada segala cela. Inilah rahsia kulit glowing orang Korea!
Haa… tip cantik ini pernah tular dikongsi oleh Puan Sakinah Omar, rahsia cantik orang Korea setelah lama dia menetap di sana.
Jom kita selongkar apa yang diamalkan oleh orang Korea dalam kecantikan wajahnya.
Mask Pakai 2 Kali Seminggu, Cara Orang Korea Buat Kulit Glowing!
Sepanjang menetap di Jeju, ada banyak perkara yang kina belajar daripada orang korea. Antaranya ialah cara orang Korea jaga kulit dan badan.
Kalau anda datang korea mesti perasan kulit mereka banyak yang putih, bersih, dan badan pun slim je kan? Kina pernah tanya sendiri dengan kawan-kawan Korea cara diaorang jaga kecantikan.
Jadi di bawah ni kina list kan beberapa secret tips yang diaorang bagitahu dan hasil dari pemerhatian kina sendiri:
1) Penjagaan kulit yang wajib ada:
Pencuci muka (kina perasan ada yang cuci muka guna berus muka pobling tu, ni memang sangat-sangat berkesan)
– toner
– moisturizer
Ketiga-tiga benda kat atas ni adalah benda asas yang setiap orang ada. Ada banyak lagi seperti serum, eye cream, night cream, essence dan sebagainya. Tapi tiga-tiga di atas adalah yang paling basic.
Jadi kalau malas sangat nak ada cream banyak, sekurang-kurangnya yang tiga tu mesti ada.
2) Peeling Gel
Ini roomate Korean kina sendiri yang kongsi, peeling gel macam scrub yang exfoliate kulit-kulit mati dan daki-daki.
Wajib pakai sekurang-kurangnya seminggu sekali, paling afdhal 2 kali. Depends dengan jenis kulit juga, kalau jenis kulit kering pakai seminggu sekali je. Peeling gel untuk badan pun ada, sebab tu kalau tengok kulit badan diaorang pun flawless dan licin.
Dulu kina pernah jual peeling gel brand Nature Republic. Tapi sekarang dah stop sebab tak larat nak urus. Kalau anda nak cari boleh tengok kat setiap kedai cosmetic brand Korea, mesti ada Peeling gel ni. Kalau brand Nature Republic Kina recommend Aqua Peeling.
3) Sunblock
Kalau di Malaysia orang kita pakai time nak pergi tepi pantai je kan, tapi orang Korea pakai HARI-HARI. Kina pernah berbual dengan beauty consultant yang bekerja dengan It’s Skin dan dia sangat menekankan pemakaian sunblock ni.
Tak pakai makeup tak apa, asalkan pakai Sunblock. Bukan setakat muka, tangan pun sapu. Bila tak pakai sunblock kulit akan mudah kadi kusam, tumbuh bintik-bintik jeragat, jerawat, dan sunburn. Bagi orang Korea, sunblock ni benda basic juga dan sangat penting.
4) Tidak makan makanan yang berminyak, tidak bergula, dan jumlah garam yang minimum.
Kalau tengok menu makanan Korea, sangat jarang jumpa yang berminyak dan manis. Banyak yang dibakar atau direbus je. Sebab tu kulit diorang terjaga dari dalam lagi, dan ini juga rahsia kenapa orang korea slim.
5) Banyak makan sayur
Kalau sesiapa yang pernah pergi Korea mesti tau pasal ni, menu makanan diorg biasanya 1 mangkuk nasi + 1 main dish (ikan/ayam/sotong) + 6 jenis sayur. Dah la main dish tak berminyak, sayur pula 6-8 jenis. Rasanya semua orang tahu pasal kelebihan-kelebihan sayur ni dan tak perlu dijelaskan lagi.
6) Banyak bersukan
Waktu Kina masih tinggal di dorm universiti, dorm tersebut memang sediakan bilik gym. Dan setiap hari gym tu mesti penuh. Kina perhatikan dalam bilik gym tu bukannya diorang setakat main gym je, ada yang buat yoga dan ada yang buat zumba. Yang ini kalau di universiti, kalau di luar pula lain ceritanya. Kina pernah jadi private tutor english kepada 2 orang veteran korea (umur dh 50 ke atas).
Setiap weekend diaorang pergi hiking gunung Hallasan gunung tertinggi Korea tu. Umur dah 50+ ok dan badan memang slim, kulit pun tegang macam baru 45+. Kina sendiri pernah panjat Hallasan tu sekali je.
Haa… apa kata kita rakyat Malaysia ni dari spend weekend tengok wayang atau window shopping, cuba tukar aktiviti pergi bersukan pula. Tak kan nak kalah dengan makcik-makcik kat Korea ni kan.
7) Pakai Face Mask 2 kali seminggu
Kawan-kawan Korean kat dorm dulu memang rajin sangat la pakai face mask ni dan siapa yang pernah sampai Korea mesti tau betapa banyaknya face mask dijual kat kedai sampai pening tak tau nak beli yang mana.
Mask ni sangat membantu untuk lembutkan dan buat kulit rasa refresh. Kina perhati kawan-kawan yang rajin pakai mask, kulit diaorang licin jenis berkilat tu. Sangat glowing.
Kalau anda tak mampu beli face mask Korea, buat face mask sendiri pun boleh. Kina selalu pakai telur je. Asingkan telur putih dan telur kuning. Pakai telur putih dulu kat muka, lepas telur tu dah mengeras, bilas dengan air. Lepas tu sapu telur kuning pulak. Paling best bila perah lemon / limau kat telur tu. Buat 2 kali seminggu.
Makan seaweed
Seaweed dalam makanan Korea ni dah macam wajib ada. Ada seaweed yang dah diproses, ada juga seaweed fresh yang dimasak sup. Seaweed ni mengandungi banyak collagen yang sangat bagus untuk kulit. Dan orang Korea selalu guna seaweed dalam masakan diorg. Siapa pernah makan seaweed sup? Sedap kan? Favourite kina tu.
9) Tauhu
Orang Korea juga sangat banyak makan tauhu, sama juga macam seaweed, tauhu pun ada banyak khasiat untuk kulit. Kina pernah pergi visit rumah kawan Korea dan dia serve tauhu mentah + kimchi. Mula-mula pelik tapi bila makan sedap! Tauhu tu diaorang makan dengan Kimchi macam makan kopok lekor cicah sos.
10) Kosmetik surgey
Of course, ni tak boleh disangkal lagi. Tapi surgery ni diaorang buat untuk betulkan mata, hidung, rahang muka dan sebaginya untuk penjagaan kulit dan dalaman adalah semua yang dah disenaraikan kat atas tu.
Jadi boleh dirumuskan kat sini, orang Korea banyak jaga kesihatan dan kecantikan dari dalaman lagi, pemakanan, aktiviti sukan.
Lupa nak mention, mereka sangat menjaga kesihatan sebab health care kat sini sangat-sangat la mahal. Jadi sebolehnya mereka elakkan dari jatuh sakit dan masuk hospital.
Sebab itu kalau kat Jeju ni nenek-nenek umur 70-90 tahun masih boleh diving dalam laut sedalam 20meter. Dahsyat kan?
Semoga info ini memberi manfaat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan itu saja, penyanyi yang berdarah Cuba-Amerika juga sering dapat perhatian di majlis-majlis anugerah kerana wajahnya yang sangat cantik dengan solekan mampan.
Namun sebenarnya penyanyi yang mempunyai follower lebih 50 juta ini mengakui sangat selesa tanpa sebarang solekan jika tidak terikat dengan sebarang persembahan atau hal berkaitan kariernya.
Mungkin itu adalah sebab kena wajahnya cantik secara semulajadi kerana bahan kimia pada solekan sebenarnya tidak bagus untuk kulit.
Selain itu, Camila juga mempunyai rahsia dalam menjaga kecantikannya. Beliau tidak perlukan rawatan mahal, sebalinya hanya gunakan masker putih telur untuk disapu pada wajahnya.
Tambahnya dia belajar tip dan keadah DIY ini melalui ibunya sendiri. Kata Camila dalam satu temuramah bersama majalah Glamour, tip tersebut disampaikan oleh ibunya sendiri kerana putih telur amat berkesan untuk mengecilkan liang pori pada kulit.
“Saya dan ibu sudah menjadikan putih telur sebagai rutin. Ia mempunyia asid amino dan protein untuk ditukar fungsi kepada masker. Kulit pun mudah menjadi lembut dan tegang,” katanya.
“Selain masker, Camila juga suka memakai skrub muka untuk membersihkan sel mati. Air putih juga dijadikan tabiat minumannya selain wajib mencuci muka sebelum tidur.
“Tak kiralah sepenat mana pun kamu setelah sampai di rumah, muka perlu dicuci,” tambahnya lagi.
Jadi kepada yang mahukan cara tradisional yang lebih selama untuk kecantikan kulit wajah, boleh ikuti petua diamalkan Camila Cabello ini.