Setiap wanita pastinya menginginkan tubuh badan yang langsing dan mahu memiliki kulit putih.
Justeru akan cepat terpengaruh dengan lambakan pelbagai produk kurus dan pemutih yang dibeli untuk memastikan impian kelihatan cantik jadi kenyataan.
Namun siapa sangka dek kerana terlalu percaya keberkesanan produk ini apabla taksub mahu putih menyebabkan seorang wanita terpaksa tinggal di hospital untuk beberapa hari.
Dalam satu perkongsian di TikTok seorang wanita yang menggunakan akaun nama @umiehafieza memberitahu jika orang lain sibuk merentas negeri, tetapi dia terpaksa masuk hospital selama 4 hari 3 malam.
Ini adalah kerana dia yang terpaksa dimasukkan air selama 11 botol dan 3 kali terpaksa diambil darah.
Kesan daripada drip disebabkan dirinya yang mengambil jamu dan minuman untuk ubat kurus hingga mengakibatkan dia mendapat masalah punca hati bengkak.
Ads
Disebabkan gara-gara mengambil jalan alternatif untuk kurus menyebabkan dirinya terlantar beberapa hari hospital.
Dia turut memberi pesanan buat mereka di luar sana yang nak cantik tetapi sihat atau cantik tetapi sakit.
Malah menurutnya buat masa ini dia terpaksa berpantang untuk makan. Banyak makanan yang tak boleh makan dari boleh makan.
Wanita ini turut memberi pesanan agar orang lain supaya menyayangi diri sendiri dulu dan jangan terpengaruh seperti dirinya.
Ads
Melihat di ruangan komen ramai yang turut bersimpati dengan dirinya dan mendoakan agar segera sembuh.
Ada juga yang menasihatkan jika mahu kurus, banyakkan minum air suam dan lakukan senaman ringan dan insyaAllah berat akan turun secara semulajadi. Malah ada yang turut menyarankan jika berpuasa sunat Isnin dan Khamis kerana lebih afdal.
Manakala pengguna lain turut memberi petua menggunakan vaseline untuk cerahkan kulit dan mengamalkan diet suku-suku separuh untuk kurus. Walaupun lambat tetapi lebih selamat.
Baru-baru ini tular dengan kisah air mineral yang dikatakan mahal berbanding jenama biasa.
Harganya sebotol berharga RM4.50 dan dianggap harga ‘kayangan’ yang hanya diminum oleh golongan atasan.
Kenapa agaknya air mineral jenama Evian ini mahal dan jadi pilihan ramai berbanding jenama lain.
Dikatakan air mineral ini mahal kerana qualiti yang baik dan bagus untuk kesihatan.
1. Baik Untuk Tulang, Jantung & Mampu Turunkan Berat Badan
Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.
2. Dari Sumber Semula Jadi
Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.
3. Pengiktirafan Dari Segi Kesihatan & Brand ‘Awareness’
Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.
4. Air Dari Perancis
Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.
Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.
5. Botol Dari Bahan Kitar Semula
Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.
Justeru Agensi Piawaian Makanan (FSA) berkata, syarikat coklat Ferrero menarik balik penjualan produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan lanjut diteruskan.
Namun begitu, sepanjang tempoh itu, tiada kematian dilaporkan dan keadaan semasa pesakit mesih belum dipastikan.
“Sekitar 77 peratus daripada jumlah 57 kes sebelum ini berumur lima tahun ke bawah. Namun organisasi itu berulang kali tidak dapat mengesahkan jumlah tepat apabila ditanya.
“Jumlah keseluruhan kes mungkin akan meningkat,” jelasnya.
Sebelum itu juga produk yang terjejas ialah Kinder Suprise 20 gram dengan tarikh ‘baik’ sebelum antara 11 Julai 2022 dan 7 Oktober 2022.
Antara kesan dijangkiti bakteria salmonella ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah seperti demam, cirit-birit, sakit perut, muntah dan loya.