Pelakon wanita, Ummi Nazeera mendedahkan badannya pernah diejek kerana fizikalnya agak besar ketika di bangku sekolah.
Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin berkata, memiliki tubuh badan yang agak berisi dan tinggi telah menyebabkan dia diejek seperti itu.
“Dulu semasa saya kecil dalam umur 11 tahun, badan saya berisi sebab saya tinggi. Memang ada orang body shame saya ketika itu dengan memanggil saya godzilla.
“Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma saya tinggi.
“Sudah semestinya saya rasa sangat triggered. Yang cakap itu pula budak lelaki. Macamlah saya gemuk sangat,” ceritanya.
Jangan Body Shaming
Justeru itu, aktres berusia 33 tahun tersebut sama sekali tidak bersetuju fizikal seseorang dijadikan sebagai bahan ejekan.
“Saya sangat tidak setuju dengan body shaming terutamanya apabila berlaku di sekolah.
Ads
“Tetapi hal tersebut telah membentuk saya. Ia berlaku ketika usia saya 11 tahun, pada umur 12 tahun saya terus kurus,” kongsinya lagi.
Walau bagaimanapun, Ummi memilih untuk tidak memberi respons terhadap individu berkenaan malah menjadikan kritikan itu sebagai pembakar semangat.
“Saya tak beri sebarang reaksi terhadap individu tersebut, tetapi saya buat perubahan dan buktikan terhadap diri saya sendiri.
“Saya ambil perkara yang tidak elok itu kemudian cuba buat yang terbaik untuk diri saya,” katanya.
Ummi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Andai Tiada Dia yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ads
Kurang keyakinan diri
Ibu kepada dua orang anak tersebut mengakui perkara berkenaan telah memberi kesan terhadap keyakinan dirinya.
Bagaimanapun, Ummi tetap kuat untuk menghadapinya kerana mempunyai seorang abang yang bertindak menjadi pelindung diri.
“Ini mengganggu keyakinan diri saya terutama apabila berlaku pada usia muda.
“Tetapi disebabkan saya ada seorang abang yang berada di sekolah yang sama dan lindungi saya, jadi perkara itu tidaklah begitu mengganggu saya sehingga tidak mahu ke sekolah,” katanya lagi.
Ads
Gembira Dengan Berat Sekarang
Bercerita lanjut, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu berkata, dia kini tidak lagi menerima sebarang kritikan malah gembira dengan tubuh badannya sekarang.
Masih dalam BMI normal dan saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.
Sekarang saya tak pernah terima sebarang body shaming malah ada yang minta saya kongsikan tips bagaimana untuk menurunkan berat badan.
Dalam perkembangan lain, Ummi tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Diayang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 21 Oktober ini.
Pernah mengalami kenaikan berat badan sehingga mencecah 68KG, penyanyi Alyah mengakui dirinya juga turut berpengalaman melakukan prosedur bariatrik disebabkan faktor kesihatan.
Malah melalui prosedur yang dilakukan tahun lalu menyebabkan berlaku perubahan pada saiz fizikalnya kerana kelihatan lebih susut berbanding sebelumnya.
Tidak lokek berkongsi pengalaman itu di laman Instaramnya Alya berkata dia berdepan masalah kesihatan seperti gastrik yang teruk sehingga mengalami muntah-muntah.
Malah disebabkan itu juga dia turut dilabel mengandung gara-gara sukar untuk menjaga dietnya.
Orang tahu alyah pernah besar dulu 68kg dan ada macam-macam penyakit yang paling teruk gastric sampai muntah-muntah.Kalau siapa yang follow alyah dari dulu pasti ada baca alyah masuk hospital Sebab gastric teruk….
Dan bila badan makin naik makin naik nak diet memang susah sbb gastric yang alyah alami.
Sampai ada yang kata alyah pregnant ke?Kalau betul tak Pa Alhamdulillah. Masaalahnya belum ada Rezeki lagi, terus bersangka baik pada Allah swt.
Cerita pasal kerja pulak ya… Ada waktu alyah tolak nak p show Sbb tak boleh nyanyi dengan baik kejap-kejap semput kejap-kejap lelah….
Dan bila orang sibuk menegur size badan kita Alyah mula rasa down ya down sangat….Sebab kita tak pernah sebesar ini sebelum ini
Sampailah alyah decide untuk berjumpa dgn @dr.mustafamt & kak @rafeahariffin Dari situ sedikit Demi sedikit semua berubah dan kembali seperti saya 12 tahun lepas. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt bukan size yang alyah nak tekankan tapi sihat yang selalu diminta…
Mohon doakan kesihatan alyah k Dan alyah selalu doakan untuk korang juga
Alyah pernah melakukan bariatric operation 5 bulan lepas. Dan tiada rahsia untuk alyah sembunyikan…
Mengenang kembali macam mana Alyah pernah ulang alik pergi klinik dan hospital. Dan Allah swt bagi jalan untuk kembali cergas dalam beribadah, bekerja & beriadah. Sebesar besar syukur saya panjatkan pada ilahi
Niatnya pada mula hanya mahu turunkan berat badan tanpa mengambil kira perkara lain.
Namun di sebalik usahanya untuk mendapatkan berat badan ideal, dia juga turut mendapat kelebihan lain apabila hasil kulit wajah jadi cantik.
Ikuti perkongsian sahabat dari grup Diet Suku-Suku Separuh Khuzai Bo Art yang bukan saja dapat turunkan berat badan tetapi kulit wajahnya juga jadi lebih cantik.
Sebelum itu dia yang mengalami obesiti (ketika 19 tahun berat capai 148kg) berjaya menghilangkan 75 kg dari berat badan asal. Mengambil masa tiga tahun untuk capai berat terkininya iaitu 79 kg.
Berat Turun, Kulit Pun Jadi Lebih Cantik
Memang lepas turun berat kulit jadi putih eh?
Soalan paling saya dapat selama ini. Niat saya mula-mula tak ada pun nak putih or kulit cantik.
Nak turun 10kg je dulu.. tiba-tiba terturun sampai 75kg. Bonus kulit pun jadi better. Hilang dah kerak-kerak dekat leher/tepi hidung/cuping telinga..
Orang badan besar memang tak boleh lari dari hitam-hitam dekat muka nih..
Tak ada rahsia apa-apa pun. Just jaga makan. Kalau dok melantak macam-macam, macam mana kulit nak cantik. Minum air masak, bukan air manis
Dok berhabis beribu-ribu beli skin care..tapi makan tak jaga..start dari dalam. Baru laa kulit pun ikut sama cantik.
Lagi pun saya dah 8 tahun jaga mkan. Bukan sebulan dua ya. Tak ada cucuk-cucuk or rawatan muka bagai. Cukup jaga mkan and minum air kosong
Gula punca utama acne and sebum kat muka ya. Cuba kurangkan gula and minum air kosong. Insya-Allah lama-lama cantik laa kulit tu.
Jika sebelum ini tidak pernah ambik kisah dengan kenaikan berat badan hinggalah terngiang-ngiang kata-kata seorang kawan menyebabkan dirinya nekad untuk berubah.
Namun dek kerana agak terasa dengan kata-kata seorang teman menyebabkan Saidatul Nazrah dengan diam-diam cuba mencari jalan untuk jadi kurus dengan cara lebih sihat.
Apatah lagi ketika itu dalam masa sama kaki menjadi sakit ketika sujud setiap kali mahu bersolat menjadikan dirinya bersemangat untuk berusaha menurunkan berat yang telah mencecah 80 kg.
Tidak menggunakann sebarang produk sebaliknya melihat semula posting terdahulu dalam Grup Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) bagaimana mendapatkan berat badan ideal yang sesuai dengan BMI dan apa sesuai dimakan.
Untuk tiga bulan pertama, dia cuba menepis godaan mengurangkan minuman manis, fast food atau processing food. Malah dia juga rajin membawa bekal ke tempat kerja.
“Saya juga rajin berpuasa Isnin dan Khamis bagi mengelakkan untuk makan di tempat kerja.
“Malah pada bulan Rejab lalu, boleh kira berapa hari saja yang saya tak berpuasa. Dalam perjalana diet ini, saya memang tak ambil sebarang suplemen kerana nak cabar diri boleh atau tidak berjaya dengan menggunakan cara DSSS ini.
“Selain itu saya juga turut melakukan senaman tetapi tidak terlalu berat sangat. Misalnyazumba atau jalan kaki.
“Atau kadang-kadang berulang alik jalan dalam rumah untuk cukupkan 10 ribu langkah,” ujarnya yang menjaya menurunkan berat badan daripada 77 kg hingga 60.5 kg dalam masa 6 bulan.
Tambahnya lagi dia mula diet bermula November tahun lalu hinggalah sekarang. Walaupun masih mengidamkan untuk mencecah angka 57 tahun tetapi bersukur kerana berjaya menurunkan berat lebih 17 kg dengan cara sihat dan selamat.