Aishah pakai baju saiz S

Kalau Datuk Aishah terkejut boleh pakai baju saiz S, kita yang melihat perubahan ketaranya akan rasa teruja dan tumpang gembira. Malah sekarang boleh mengenakan pelbagai busana bersaiz kecil.

Aishah Terkejut Boleh Pakai Saiz S, Baju Lama Sedekah Pada Orang

Menerusi portal BH online, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, dia seolah-olah tidak percaya dengan perubahan berlaku kepada dirinya apabila kebanyakan pakaian sudah bertukar kepada saiz S.

“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya.

 

IKLAN

 

“Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil.

“Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mangsa banjir.

IKLAN

“Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju ‘show’ yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.

 

Rasa Seronok Dapat Pakai Baju Saiz S

Pelantun lagu Janji Manismu itu berkata, peluang menyarung pakaian bersaiz S sudah lama dinantikan selain menganggap ia adalah perkara paling menyeronokkan dirinya.

IKLAN

“Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu.

“Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baharu sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut.

“Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi.

Selain itu:  Lepas Bedah, Eina Azman & Suami Pula Disahkan Positif Covid-19. Juga Penyanyi Aishah, Tapi Semakin Stabil!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI