
Kebiasannya apabila selepas kita ditimpa sakit, pastinya selera makan akan hilang.
Tekak tidak rasa mahu makan apa-apa melainkan hanya mahu berehat sepuasnya.
Tetapi lain pula halnya dengan selebriti dari seberang, penyanyi Indonesia Aura Kasih yang mempunyai pengikut lebih 10 juta di laman sosialnya.
Menulis dalam posting di laman Instagramhya, dia memberitahu selera makannya bertambah-tambah selepas pulih dari Covid-19 sebulan lalu.
Malah menurutnya lagi, berat badannya juga sudah bertambah sebanyak lima kilogram disebabkan peningkatan selera makan ini.
Sebelum ini Aura Kasih dan anaknya Arabella juga turut disahkan positif virus berkenaan.
Biarpun berat badannnya bertambah, peminat Aura tetapi mendoakan dirinya sentiasa sihat dan pulih seperti sedia kala.
Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepadanya dalam berdepan dugaan ini.
wikemagis Yang penting sehat tetep cantik, tenang aja
jhonginting13 Cantik kak
driviaharun Yg penting ttp sehat dan happy cantik …
123ambarita Ndak papa teh…yg penting sehat selalu
cah_kerjo07 Tapi tetap cantikkk kak
Artikel Berkaitan:
Tak Perlu Risau, Hukum Guna Vaksin Covid-19 Harus, Wajid Diambil Golongan Ditetapkan” – PM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Nak Buang Whitehead Dan Blackhead, Bajet RM0.40 Saja Dah Settle!

Biasanya cara nak buang whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker. Namun ada sesetengah orang, dia lebih suka guna jimatkan kos dengan memilih menggunakan bahan-bahan alami.
Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Serius, bajet cuma RM0.40 saja!
Haa… macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.
Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.
Cara Nak Buang Whitehead Dan Blackhead, Bajet RM0.40 Saja Dah Settle!
Okay, pastikan anda sediakan bahan-bahan ini dulu dan kemudian boleh sapu pada bahagian yang anda rasa ada masalah whitehead dan blackhead.
BAHAN-BAHAN:
Sebiji telur (diambil putihnya)
3 keping kapas muka
CARA-CARA:
Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead dengan cara kilat.
1. Asingkan Putih Telur
Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.
2. Rendamkan Kapas
Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.
Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.
3. Wapkan Muka Dengan Air Suam
Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.
4. Tepekkan Kapas
Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.
Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.
5. Angkat
Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.
Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.
Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kekal Jelita Di Usia 53 Tahun, Maria Farida Beruntung Dikurnia Wajah ‘Baby Face’. Kongsi Tip Awet Muda!

Setiap kali melihat lakonannya di kaca televisyen, mata pasti terpukau dengan kecantikan dan keanggunan wanita kelahiran Kuala Langat Selangor ini
Malah tatkala melihat raut wajahnya penuh kelembutan dengan susuk tubuh yang langsing bagaikan tidak percaya aktres berdarah Filipina-Melayu ini sudah menjangkau usia 53 tahun.
Dalam satu artikel Astro Gempak, Maria yang ditanya pengikutnya di laman InstaStory bagaimana dia menjaga tubuh, rambut dan kulit memandangkan Maria kelihatan lebih muda daripada usia sebenar.
Dia juga sebenarnya sangat beruntung kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewariskan wajah baby face dan tiada masalah kulit.
Artikel Lain: Ambil ‘Cauliflower Rice’ Ganti Nasi. Rahsia Puan Seri Tiara Jacquelina Jaga Kesihatan Di Usia 55 Tahun!
Menurut pelakon serba boleh ini, segala yang menyerlahkan kecantikan seseorang itu bermula dari minda.
“Segalanya tentang minda. Jika kamu terasa muda dan gembira, ia akan terlihat pada penampilan kamu. Oleh sebab itu kamu perlu sentiasa berpandangan positif dalam hidup dan jangan benarkan perkara negatif memasuki hidup kamu.
“Untuk kekal muda pula kita kena jaga kesihatan, mangan merokok, selalu menjadi baik dan mangan kuat mengumpat,” katanya mengingatkan pengikutnya supaya melakukan perkara digemari untuk kekal muda, selain sentiasa berfikir benda-benda elok saja.
Manakala dalam satu temubual di Majalah Nona, Maria yangmempunyai pesona aura jelita seperti anak dara ini memberitahu dia sebenarnya tidak mempunyai rutin penjagaan kulit wajah yang khusus.
Artikel Lain: Ahli Kimia Kongsi Cara Mudah Cuci Bilik Air Guna Bahan Peluntur, Tanpa Bahaya
“Sebenarnya dahulu saya tidak menjaga kulit dengan begitu serius. Namun, bila usia dah meningkat 50 tahun dan bila lihat perubahan ketara pada kulit saya jadi risau.
“Malah apabila berada dalam industri ini memerlukan saya untuk menjaga kecantikan diri. Kalau tidak, tak ada produser yang akan panggil kita berlakon lagi. Saya tak boleh duduk diam dan masih nak berlakon. Oleh sebab itu barulah saya risau tentang penjagaan diri.
“Sejujurnya saya tidak ada rutin penjagaan kulit kerana kulit saya sangat sensitif. Saya tak boleh guna produk yang diaplikasi ke kulit secara terus. Jika salah produk pasti akan keluar ruam atau kulit jadi gatal.
“Cara saya menjaga kecantikan kulit adalah membersihkan kulit dengan tisu basah sahaja, itu pun dengan jenama tertentu sahaja,” katanya yang menolak rawatan cucuk wajah kerana lebih suka yang natural.
Menurut pemilik nama Maria Farida Atienza ini juga memberitahu susuk tubuhnya yang langsing bukan sebab dia tak makan nasi. Seperti orang lain, Maria juga makan nasi dengan lauk kegemaran.
“Siapa kata saya tak makan nasi. Hari-hari saya makan nasi dengan lauk kegemaran saya. Cuma bila saya on set shooting, saya akan kurangkan nasi. Ini kerana bila shooting kita akan nampak besar. Jadi bila tak shooting time itu saya akan gasak semua nasi,” ujar ibu kepada 3 anak ini yang turut melakukan kaedah diet intermittent fasting.
Menurut isteri kepada Datuk Abdul Rahman Shakur dia akan berhenti makan sebelum pukul 8 malam dan makan semula pada pukul 12 tengah hari.
Artikel Lain: Kongsi Tip Simple Mekap Tak Luntur & Maintain Glowing Seharian Ke Rumah Terbuka
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF

Isi Kandungan
ToggleSukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF. Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Namun ada insan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semulajadi walaupun setelah beberapa lama berkahwin.
Kata orang belum ada rezeki dan selagi itulah kita akan terus berusaha untuk hamil walau dengan apa cara sekalipun.
Artikel Lain: Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun!
Begitu juga situasi bagi pemilik nama Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu apabila mencuba kaedah rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil anak pertamanya.
Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil
Ternyata rezeki selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya pasangan ini disahkan hamil anak pertamanya melalui kaedah IVF ini.
Namun begitu, proses menjalani IVF ini bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi empunya diri dalam pengorbanan mendapatkan zuriat sendiri.
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurut wanita cantik ini, fasa itu agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar.
Artikel Lain: Dah 43 Tahun Tapi Macam 30an. Minum 2 Liter Air Kosong Sehari, Rahsia Awet Muda Sarimah Ibrahim!
Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
Cabaran Dialami Madammu
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
“Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental.
“Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
“Bukan mudah untuknya mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberi kekuatan,” ujarnya yang turut mengalami perubahan emosi sepanjang menjalani proses ini.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.
Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
“Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Madammu perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022.
“Pada tarikh ini bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya,” tambahnya memberitahu jika berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Ternyata segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Dirinya sah mengandung 5 minggu hasil prosedur IVF yang dilakukan. Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil.
“Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya. Buat masa sekarang kalau scan tidak nampak apa-apa dan akan membuat rawatan susulun minggu berikutnya,” ceritanya lagi.
Sebelum Hamil Lepas Buat IVF
Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home,” pesan pakar yang merawatnya.
Kredit: Pa&Ma
Artikel Lain: Diet Biasa Tak Menjadi, Akhirnya Melly Geoslew Pilih Buat Bariatrik. Dah Berusia Mahu Jadi Lebih Sihat!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI