Tidak dinafikan memang tak selesa berjalan apabila terasa peha bergesel antara satu sama lain. Itu salah satu tanda bahawa badan anda sudan naik tanpa disedari.

Jangan risau kerana ada beberapa senaman mudah dilakukan bagi mengelak peha menjadi lebih besar dan menyebabkan sellar lama sudar tidak boleh digunakan.

Namun, sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan.

Seluar Tak Muat Gara-Gara Peha Besar. Ini 4 Senaman Mudah Nak Kecilkannya!

Artikel Lain: Senaman Plank Terbaik! Lakukan Lebih Lama Atau Sekejap, Mana Satu Lebih Baik?

Ini antara  empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor dalam proses mengecilkan peha yang semakin membesar.

1. Kaki Bersilang

Menarik mengenai senaman ini, ia boleh dilakukan di atas katil. Menyerupai gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.

Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.

IKLAN

Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.

2. Kayuh Udara

Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun ia dilakukan secara berbaring.

Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.

Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.

IKLAN

Artikel Lain: 7 Aplikasi Bantu Senaman Terbaik Pilihan RAPI, Barulah Rutin Jadi Lebih Menarik!

3. Squat

Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan. Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).

Selain itu:  Individu 40 Tahun Ke Atas & Berkomorbiditi Layak Diberi Dos Penggalak. KJ Pesan Hadir Janji Temu!

Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.

Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.

IKLAN

Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki. Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.

Seluar Tak Muat Gara-Gara Peha Besar. Ini 4 Senaman Mudah Nak Kecilkannya!

4. Angkat Kaki Sisi

Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi. Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.

Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.

Sekiranya anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.

Justeru, secara ringkasnya berikut antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Artikel Lain: 100 Peratus Diet Lakukan Exercise & Jaga Makan. Rahsia Wanita Lenyap 30KG Tak Sampai Setahun!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI