Jika seseorang itu mengalami sakit belakang, adakah boleh melakukan senaman.
Sekiranya boleh boleh, senaman bagaimana yang dibolehkan agar tidak memudharatkan lagi keadaan.
Sakit belakang biasanya datang dalam 2 bentuk iaitu akut dan kronik.
Kesakitan akut timbul apabila anda tercedera akibat terjatuh, mengalami kecederaan sukan, atau mungkin mengangkat berat dengan cara salah. Ia akan berlaku secara tiba-tiba dan anda segera merasakannya.
Ini mungkin angkara disc atau otot yang tertarik, tetapi apa pun penyebabnya, jika ia berlaku, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan!
Bagi sakit kronik pula, sebaliknya, ia akan meningkat dari masa ke masa. Menariknya, ia berpunca daripada salah satu penyebab ini: aktiviti yang terlalu banyak atau tidak mencukupi.
Dan bagi mereka yang mengalami sakit belakang, ini antara señaman boleh dilakukan bagi mencegah atau mengurang rasa sakit di belakang.
Full body roll-up
Langkah ini akan menguatkan teras anda dalam gerakan perlahan dan terkawal, mengajar anda untuk mengartikulasikan tulang belakang dan meregangkan otot di bahagian belakang serta kaki yang menyebabkan rasa ‘ketat’.
1. Berbaring telentang dengan tangan di atas kepala.
2. Tarik nafas, hembuskan nafas, dan perlahan-lahan bangun dan melengkungkan badan seperti huruf C, seakan cuba menyentuh jari kaki.
3. Hembuskan nafas semasa anda hendak kembali kepada posisi telentang.
Pastikan kaki anda tetap di tikar semasa melakukan pergerakan ini.
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Ads
Glute bridge
Senaman ini akan menguatkan glute dan hamstrings termasuklah bahagian bawah belakang anda.
Bukan itu sahaja, ia juga akan memberikan regangan bahagian dada dan bahu yang baik.
1. Baring telentang dengan keadaan lutut membengkok dan kaki terletak di atas lantai, di bawah lutut.
2. Libatkan teras dan tekan bahagian glute anda semasa mengangkat pinggul ke atas. Tahan seketika dan kembali baringkan badan anda.
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Regangan kucing
Pose kucing tradisional daripada senaman yoga ini akan meregangkan keseluruhan tulang belakang dengan berkesan serta meningkatkan kelenturan badan.
Ads
1. Mulakan pada tangan tepat di bawah bahu dan lutut anda di bawah pinggul.
2. Mulakan dengan tulang belakang anda dalam posisi neutral atau panjang, kemudian perlahan-lahan tarik belakang anda dan turunkan bahagian kepala, sehingga bahagian belakang kelihatan seakan membulat.
Sama juga, lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali.
Bird dog
Senaman ini pula mengajar tubuh menggunakan kestabilan teras, menguatkan perut dan seterusnya, bahagian bawah belakang.
Di samping itu, ia juga memanjangkan spinal column dan memperbaiki postur.
1. Berada dalam posisi dengan keempat tangan dan kaki di atas lantai. Angkat satu lengan ke hadapan, regangkan bahagian perut, dan angkat kaki arah bertentangan jauh ke belakang.
2. Kemudian, ulangi di sisi lain.
Ads
Lakukan senaman ini sebanyak 6 ke 8 kali setiap sisi. Bergerak secara perlahan dan stabil, bertahan dengan posisi tersebut buat sementara waktu sebelum menukar sisi lain.
Downward dog
Pergerakan ini mampu meregangkan bahagian bawah belakang, hamstrings, betis dan juga kaki.
1. Mulakan dalam keadaan berlutut di atas tikar anda dengan tangan yang berada di bawah bahu, manakala jari melebar.
2. Letakkan jari-jari kaki ke bawah dan tekan perut semasa anda menolak badan ke atas sehingga hanya tangan dan kaki yang menyentuh tikar.
3. Melalui tolakan tangan anda, dekatkan dada secara perlahan ke arah paha sehingga tumit menyentuh tikar.
4. Rehatkan kepala dan leher serta cuba untuk bernafas sepenuhnya. Lakukan senaman posisi ini selama 30 saat.
Ini barang baik untuk tumit kaki merekah, kalau jenis kasar tu kejap sahaja hilang. Tetapi kena rajin sapu lah, baru lah elok hasilnya.
Heel stick ni ada vitamin E untuk melembutkan, melicinkan dan menghilangkan tumit merekah. Jemput baca perkongsian daripada Puan Aisyah Nailah Mohd Razman ini dulu:
Nanti anda cuba tengok bahan-bahan yang ada dalam produk ini, memang membantu sangat untuk merawat masalah tumit.
Minyak peppermint pula melegakan kaki anda yang penat banyak berjalan. Apa yang best, senang guna stick macam ini, tak comotkan tangan.
Nanti cuba lah sapu ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lemon madu ini salah satu minuman berkhasiat untuk tubuh badan, elakkan letak gula putih, memang anda akan dapat perubahan. Serius dapat gerakkan jarum penimbang jadi lebih ringan tubuh badan.
Petua yang pernah dikongsikan oleh Puan Zarina Rahim ini viral dan menurutnya dia suka amalkan dua kali sehari.
Sebenarnya lama jugak dah tak buat. Tahun lepas masa diet sebelum kahwin memang ini lah yang saya minum setiap hari. Pagi dan malam. Campurkan dalam Green Tea atau bancuh dengan air suam saja pun boleh. Bagus untuk mengurangkan berat badan.
Insya-Allah berkesan bila digandingkan dengan penjagaan makan yang betul dan bersenam.
Cara Nak Buat Lemon Madu
Hiris lemon.
Buangkan bijinya.
Potong kepada 4 bahagian (kalau tak nak pun tak apa)
Masukkan dalam bekas kedap.
Tuang madu hingga penuh.
Penat nak buat? Jangan risau minuman lemon madu ini boleh simpan sehingga 1 minggu. Nak lagi sedap anda boleh masukkan dalam peti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tidak mengenali penyanyi jelita Wany Hasrita. Walaupun mempunyai seraut wajah lembut tetapi siapa sangka selain aktif di pentas nyanyian, gadis ini juga sangat sukakan aktivit lasak terutama dalam bidang pemotoran apabila terbabit dalam aktiviti lumba kereta di litar.
Oleh kerana sering terdedah dengan sinaran ultaungu penyanyi lagu Menahan Rindu ini berkongsi tip untuk memastikan kulit wajahnya kekal bersih dan mulus serta penjagaan kesihatan badan.
Wany Hasrita Pastikan Buang Solekan Sebelum Tidur
Walaupun letih dan pulang larut malam dek kerana memenuhi jadual aktiviti pentas seni, rejim penjagaan wajah lazimnya, sebaik sahaja tiba di rumah sebelum tidur Wany akan memastikan kulit wajahnya bebas daripada sebarang kotoran dan tampalan solekan.
“Langkah tersebut harus dititikberatkan bagi mengelakkan kondisi kulit wajah rosak memandangkan alat kosmetik mengandungi pelbagai bahan.
“Selepas menanggalkan solekan menggunakan makeup remover, saya akan membersihkan wajah dengan pencuci muka mengikut jenis kulit.
“Kemudian, disusuli pula toner (penyegar) untuk membuang lebihan minyak ataupun kotoran yang tertinggal pada kulit wajah termasuk mengecilkan pori-pori.
“Langkah seterusnya, menyapu lembut serum dan krim pelembap bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah serta krim malam.
Pakai Krim Pelembap & Krim Pelindung Sinaran Matahari Pada Waktu Siang
“Pun begitu, pada sebelah siang, selepas memakai krim pelembap, saya akan mengoles krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar rumah sama ada untuk bekerja ataupun beriadah.
“Sebelum melangkah keluar rumah wanita mengoles krim pelembap dan krim pelindung sinaran matahari untuk melindungi kondisi kulit wajah.
“Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan krim pelindung sinaran UV amat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Disebabkan itu, kita sentiasa disarankan mengaplikasi krim tersebut seawal usia remaja.
“Saya pula beranggapan telah terlambat kerana apabila menginjak usia 27 tahun, barulah mempunyai kesedaran untuk memakai krim sinaran UV. Ikut kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
“Jangan sesekali membiarkan wajah berterusan terdedah kepada cahaya matahari tanpa pelindung kerana ia akan merosakkan kulit muka. Selain penuaan dan kanser kulit, sinaran UV yang menembusi jauh ke dalam kulit juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jeragat.
“Perkara sedemikian turut berlaku kepada ibu, Norita Jaafar yang terpaksa mengambil masa lama untuk menangani masalah jeragat,” terang Wany.
Dalam pada itu, perlu diingatkan, pemakaian krim sinaran UV bukan bersifat sekali sahaja iaitu oles pada sebelah siang dan berkekalan hingga malam. Krim tersebut harus diaplikasi dari masa ke masa.
“Misalnya, saya akan oles sekitar jam 8 pagi. Selepas menunaikan solat Zuhur dan Asar, maka saya akan ulang rutin penjagaan wajah yang sama seperti memakai toner, serum, krim pelembap dan krim sinaran UV.