Tidak dinafikan perut buncit akan menyebabkan penampilan seseorang itu jadi tidak cantik dan kurang menyelesakan.

Faktor utama kepada masalah ini adalah disebabkan diet yang tidak seimbang atau selepas melahirkan anak.

Jadi pelbagai cara dllakukan termasuk makan pelbagai jenis produk untuk mengempiskan perut, namun segalanya sia-sia.

Sebenarnya tidak perlu bajet mahal, sebaliknya kita boleh melakukannya hanya dengan melalukan beberapa senaman mudah.

Ini antara senaman yang boleh dlakukan untuk mengempiskan perut dengan lebih berkesan.

Cara-Cara Mengempiskan Perut Yang Berkesan

Berbasikal – Senaman ini merupakan aktiviti kardio berimpak rendah yang boleh merangsang pembakaran lemak dalam badan. Anda boleh mendapatkan mesin basikal yang statik di dalam rumah atau membeli basikal sebenar dan berkayuh di taman sambil menikmati udara yang segar.

Berjoging – Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini sememangnya tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja. Namun, ianya penting untuk meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Senaman kayuhan basikal – Dalam bahasa Inggeris, senaman ini dinamakan ‘bicycle crunches’. Hal ini kerana pergerakan senaman ini seperti anda berkayuh basikal tetapi dalam posisi terlentang. Cara melakukan senaman ini adalah mudah. Baring di atas tikar yoga anda.

IKLAN

Letakkan tangan di belakang kepala. Mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Ulang dengan menyentuh lutut kiri dengan siku kanan. Pergerakan ini akan seiras mengayuh basikal.

Berjalan pantas – Ini merupakan pilihan jika anda tidak larat untuk berjoging atau berlari Mekanismenya sama dengan berjoging. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan berjalan pantas dapat mengekalkan kadar degupan jantung dalam fasa membakar lemak.

Aktiviti berjoging yang terlampau boleh memasukkan badan dalam fasa membakar otot. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa.

Squats – Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini. Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu.

IKLAN

Tekan tubi – Senaman ini sangat popular sebagai senaman untuk menguatkan otot. Kedudukan awal adalah dengan memposisikan diri anda dalam plank tinggi(tangan lurus). Kemudian, rendahkan badan dalam posisi ini sambil menegangkan abdomen anda. Pastikan siku anda selari dengan badan anda apabila dibengkokkan. Tolakkan badan anda ke posisi plank tinggi semula. Ulangi pergerakan ini sebanyak yang mampu.

‘Crunch/sit-ups’ – Senaman ini merupakan senaman yang menyasar otot di abdomen. Terdapat pelbagai variasi ‘crunch’ yang boleh dilakukan. Contohnya, ‘vertical leg crunch’, ‘long arm crunch’, ‘side-to-side crunch’ dan sebagainya. Pergerakan asasnya adalah baring di atas tikar yoga  dengan kaki dibengkokkan/lurus ke atas kemudian tegangkan otot abdomen sehingga badan anda diangkat dari lantai.

Plank – Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.

Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.

IKLAN

‘Burpees’ – Senaman ini berfungsi untuk bukan sahaja bahagian abdomen, tetapi juga dada, bahu, dan kaki. Senaman ini juga akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Untuk melakukan burpees, berdiri dan jarakkan kaki anda seluas bahu anda.

Kemudian, turunkan pinggul anda ke belakang sehingga mencecah posisi squat rendah. Letakkan tangan anda di luar tapak kaki anda dan lompatkan tapak kaki anda ke belakang sambil menurunkan dada anda ke lantai.

Anda sepatutnya dalam posisi meniarap sekarang. Kemudian, gunakan tangan anda untuk menolak badan anda dari lantai dan masuk ke dalam posisi plank. Lompat kembali ke dalam posisi squat rendah lalu tolakkan badan anda ke atas setinggi yang boleh menggunakan tumit anda.

Sumber: Doctor On Call

Artikel Berkaitan:

Buat 5 Senaman Ini Bantu Hilangkan Lemak & Kurangkan Berat Badan Sepanjang PKP

Senaman Bersungguh, Tapi Hasilnya Tetap Sama. Ini Perlu Anda Lakukan Untuk Kesan Berganda!

Ini Senaman Dicadangkan Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari, Walaupun Kerja Dari Rumah