Tolak Air Manis, Minuman Bergas & Rajin Workout. Cara Pantas Yazmin Aziz Hilang 8KG Dalam Sebulan. Tidak mudah sebenarnya untuk menurunkan berat badan walaupun untuk beberapa kilogram dalam masa sebulan.
Namun begitu tidak mustahil jika seseorang itu melakukannya dengan bersungguh-sungguh terutama berdisiplin dalam pengambilan pemakananan seimbang.
Bagi penyanyi dan pelakon Yazmin Aziz, telah berjaya menurunkan berat 8KG dalam masa sebulan sebulan.
“Pertama, saya tak minum air manis. Tak minum teh tarik, teh ais dan air bergas. Hanya minum air kosong.
Ads
“Kedua, saya tak ambil sarapan. Saya hanya makan pada waktu tengah hari dengan protein seperti ayam, ikan dan paling penting sayur. Dan saya langsung tak makan nasi,” katanya.
Selain itu, dia juga turut melakukan workout dengan pergi ke gimnasium setiap hari untuk melakukan senaman bersesuaian.
“Akhir sekali, pergi gym atau home workout. Saya akan pastikan setiap hari pergi gym. Tapi ingat, kalau korang tak jaga makan, susah nak kurus,” ujarnya yang sangat mementingkan penjagaan pemakanannya untuk melenyapkan 8 kilogram.
Walaupun air soya sedap untuk diminum tetapi ada beberapa mitos yang tercetus mengatakan kacang soya itu sendiri tidak baik untuk kesihatan sehingga mengelirukan penggunanya.
Oleh itu, pakar pemakanan daripada Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof Madya Dr Hasnah Haron berkongsi empat mitos mengenai soya di bawah:
1. Mitos: Semua produk soya diperbuat daripada organisma terubah suai genetik (GMO)
Bukan semua produk soya diperbuat daripada GMO. Pelbagai tauhu, tempe dan susu soya tidak berasaskan GMO juga terdapat di pasaran.
Walaupun sesuatu produk berkenaan berasaskan GMO, tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa dengan memakan kacang soya GMO atau produknya akan memberi kesan buruk dari segi kesihatan.
2. Mitos: Risiko kanser payudara akan meningkat jika memakan soya
Mitos ini datang daripada kepercayaan bahawa isoflavon (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam soya boleh meningkatkan risiko kanser.
Kajian telah menunjukkan bahawa isoflavon soya, tidak kira daripada sumber apa pun, tidak mendatangkan sebarang kesan berbahaya kepada tisu payudara.
Sebaliknya, pengambilan soya yang tinggi mungkin boleh menurunkan risiko kanser payudara. Satu kajian prospektif ke atas 300,000 wanita di China dan kajian meta analisis yang berasaskan respon dos menunjukkan, pengambilan soya yang tinggi sebenarnya mungkin dapat memberi manfaat yang cukup besar bagi mencegah kanser payudara.
3. Mitos: Fitoestrogen soya menghalang fungsi tiroid
Pelbagai kajian dan tinjauan yang menyeluruh menunjukkan yang sebenarnya kedua-dua makanan berasaskan soya atau isoflavon tidak memberikan kesan buruk pada fungsi tiroid dalam lelaki atau perempuan dengan fungsi kelenjar tiroid yang normal.
Tambahan pula, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah juga menyimpulkan bahawa isoflavon tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada fungsi payudara, tiroid atau rahim bagi wanita menopaus.
4. Mitos: Soya menyebabkan lelaki bersifat feminin
Soya mengandungi fitonutrien yang dipanggil isoflavon soya. Kajian meluas telah menunjukkan bahawa pengambilan protein soya atau isoflavon tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap tahap hormon pembiakan dalam tubuh lelaki.
Kesimpulannya, perlu ditekankan sekali lagi bahawa soya dan produk soya adalah sumber protein lengkap yang baik. Ia kaya dengan nutrien yang pelbagai dan perlu dijadikan sebahagian daripada diet sihat kita.
Tak terkejut pun dengan kemenangan pelakon wanita popular, Ummi Nazeera apabila dia menang pelakon wanita terbaik dalam Anugerah Drama Sangat yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada malam tadi.
Ramai terbayangkan lakonan penuh emosi yang pernah dibintangi oleh pelakon wanita cukup hebat ini. Lakonannya memberikan kesan mendalam kepada penonton sekali gus membuatkan ia menjadi bualan hangat ramai.
Kalau Ummi Nazeera menangis dalam TV, kita yang menonton pun auto akan ikut sekali menangis. Punyalah ‘drama’ itu sampai dan dekat dengan jiwa.
Menerusi perkongsian di Instagram TV3 Malaysia, dipaparkan Ummi Nazeera menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya sebelum ini, Risik Pada Hati.
Haa.. masa inilah ramai yang ‘celik’ dengan kehebatan pelakon wanita berwajah manis ini. Malah air wajahnya terus tular di media sosial.
Ummi Nazeera Selayaknya Menang, Dia Cukup ‘Juara Di Mata Penonton
Namun bukan dalam masa yang singkat, pelakon wanita ini mendapat tempat di hati penonton selepas 16 tahun dalam industri.
Untuk info, drama Risik Pada Hati ini Ummi Nazeera membawakan watak seorang isteri yang tidak boleh memberikan zuriat kepada suaminya. Disebabkan itu, Ummi Nazeera sebagai Hayfa meminta suaminya untuk berkahwin lain.
Pelbagai kejadian yang berlaku dalam kehidupannya selepas itu. Bagaimanapun, untuk yang masih ingat ada beberapa babak lakonan dalam drama ini yang tular dan menjadi satu fenomena. Itulah kesan pelakon hebat seperti Ummi Nazeera bermain emosi penonton.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan kemenangan oleh pelakon ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan tersebut:
“Tahniah Umi Nazeera. Tak silap masa drama ni sedang ditayangkan dulu saya ada bagi komen mesti masuk anugerah..”
“Sepatutnya dari dulu memang layak menang. Tapi ye la baru tahun ni rezeki dia..”
“Memang selayaknya bukan drama ni saja tapi semua drama yang dia berlakon sangat berkesan..”
Tips Jaga Rambut Wanita Berhijab
Pernah berkongsi tentang penjagaan rambut dalam laman EH!, Ummi Nazeera pandai potong rambut sendiri ya.
“Sebenarnya sama saja. Dulu dengan sekarang. Cuma selepas saya berhijab, saya dapat a new trick on how to cut my hair. Sebab ianya agak susah untuk mencari salun dengan bilik privasi khas untuk wanita berhijab.
Jadi, saya belajar potong rambut sendiri. Sebab sebenarnya memang dari dulu, I don’t really do anything to my hair. Sebab saya percaya bila kita letak terlalu banyak bahan kimia ke atas rambut kita, ia akan merosakkan lagi rambut. So, my tips is not to do so much to the hair.
“Pastikan mencuci rambut sebanyak sekali dalam masa dua hari. I try not to wash everyday. Tetapi jika ada satu masa yang mana saya sibuk untuk penggambaran, saya akan cuci untuk menghilangkan kesan minyak pada kulit kepala.
It’s depends on daily routine. Juga jangan lupa untuk pastikan rambut kering sepenuhnya selepas dicuci dan barulah memakai hijab demi untuk mengelakkan rambut berbuah.” kata Ummi Nazeera.
Sementara itu, ini antara pemenang yang diterima oleh pelakon lain menerusi Anugerah Drama Sangat 2023:
Pelakon Antagois Terbaik
-Gambit Saifullah (Suamiku Lelaki Perdosa)
Penulis Skrip Terbaik
-Wan Mahani & Maizura (Ayahanda)
Drama adaptasi Novel Terbaik
-Melur Untuk Firdaus
Anugerah BBNU Tonton Terbaik
-Aniq Suhair (Tahyul)
Pasangan Drama Terbaik
-Meerqeen & Anne Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Ost Terbaik
-Nafas Cinta Khai Bahar & Aina Abdul (Kekasih Hati Mr Bodygrond)
Drama 8TV Terbaik
-My Dream My Wish
Pelakon Lelaki Terbaik
-Dato’ Aaron Aziz (Suamiku Lelaki Perdosa)
Pelakon Wanita Terbaik
-Ummi Nazeera (Risik Pada Hati)
Oppa Pilihan Tonton Dengan Kerjasama TVN Terbaik
-Cha Eun-Woo (True Beauty)
Pelakon Lelaki Popular Terbaik
-Redza Rosli (Kekasih Hati Mr Bodyguard)
Pelakon Wanita Popular Terbaik
-Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)
Drama Popular Terbaik
-Bisik-Bisik Gelora
Pengarah Terbaik
-Eyra Rahman (Suamiku Lelaki Perdosa)
Drama Sangat Terbaik
-Suamiku Lelaki Perdosa
Rapi juga ini mengucapkan tahniah kepada pelakon wanita, Ummi Nazeera di atas anugerah yang dia menangi. Moga terus berjaya dalam industri dan terbang lebih tinggi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda nak hilangkan bau ketiak dengan cara yang selamat dan jimat, coleh cuba tip ini. Cukup cuma ada daun limau purut!
Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun Limau Purut, Kulit Sensitif Pakai Deodorant Wajib Cuba!
Ya, sebab ada sesetengah orang memang mempunyai kulit yang cukup sensitif apabila menggunakan pewangi ketiak (deodorant).Kulit mudah merengsa kemerahan, lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan alkohol.
Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau ketiak ini dengan hanya menggunakan daun limau purut.
Ikut petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusufini sebagai panduan.
Hanya guna daun limau purut je untuk hilangkan bau ketiak. Cuma satu bahan sahaja tapi kesan nye, In Shaa Allah hilang terus bau yang kurang menyenangkan tu.
Meh Kak Ya nak share macam mane nak hilangkan bau ketiak tu.
Cara-Caranya:
1. Ambil beberapa helai daun limau purut, potong halus lepas tu ramas sehingga keluar bau.
2. Gosokkan daun limau purut tadi pada ketiak semasa mandi.
3. Semasa menggosok, pada mulanya akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat.Lama-kelamaan bau akan semakin hilang.
4. Amalkan selalu, nanti akan mendapat kesan yang menakjubkan.