Pernah atau tidak anda mengalami masalah seperti adanya lebihan daging yang tumbuh terutama di bahagian jari tangan.
Ini dipanggil ketuat yang mana kehadirannya sedikit sebanyak menghilangkan rasa kurang keyakinan kerana mengangap diri seperti orang cacat.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad ketuat ini adalah ketumbuhan kecil disebabkan jangkitan sejenis virus.
KETUAT PADA KULIT
Ketuat adalah ketumbuhan kecil pada kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV). Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dengan pelbagai jenis gejala.
Setakat ini, sebanyak 100 jenis HPV telah dikenalpasti dan ia boleh menyebabkan ketuat pada mana-mana bahagian badan. Kawasan yang sering dijangkiti adalah pada tangan, jari,dan kaki.
APAKAH JENIS-JENIS KETUAT?
1. Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari-jari.
2. Ketuat plantar – terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam
3. Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.
APAKAH PUNCA KETUAT?
Ketuat boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain. Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.
RISIKO MENDAPAT KETUAT
Sesiapa sahaja boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti oleh virus ini. Hal ini disebabkan oleh sifat HPV yang mudah untuk merebak dan oleh sebab itu, ketuat berjangkit dengan cepat.
Ads
Anda boleh dijangkiti ketuat hanya dengan menyentuh ketumbuhan yang sama berada pada badan anda sendiri atau badan orang lain. Selain itu, berkongsi tuala atau pisau cukur dengan seseorang yang sudah dijangkiti juga akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat virus ini.
Kebarangkalian tersebut juga semakin bertambah sekiranya anda mempunyai luka pada tempat sentuhan di mana ia memudahkan virus HPV untuk menyelinap masuk ke bahagian bawah kulit.
Oleh sebab itu, amalan korek ketuat adalah dilarang kerana ia boleh merebak dengan mudah pada tangan atau muka anda. Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.
Jangan kongsi tuala.
RAWATAN
Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat masalah ini. Akan tetapi perlu diketahui bahawa majoriti daripada benjolan ini boleh hilang dengan sendirinya.
Jika anda merasakan perkara tersebut tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda dan ia tidak terlampau besar, membiarkan ia baik dengan sendirinya adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat. Akan tetapi jika benjolan itu semakin membesar ataupun mengganggu penampilan anda, beberapa rawatan boleh digunakan.
1. Ubat sapu
Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu
Ads
2. Cryotherapy
Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik. Cara rawatan seperti ini mungkin akan mendatangkan parut dikawasan kulit.
LANGKAH PENCEGAHAN DARI MENDAPAT KETUAT
1. Jaga kebersihan diri yang baik
2. Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
3. Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
4. Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera.
5. Jangan cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
Ads
6. Penjagaan kulit. Jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
7. Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
8. Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.
9. Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.
10. Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gym.
Pasti kita pernah berdepan dengan situasi atau melihat di mana seorang rakan anda yang tidak mahu makan kerana takut gemuk.
Simptom ini dikenali dengan nama anorexia nervosa atau kecelaruan tabiat pemakanan.
Penjelasan Dr Ahmad Samhan di twitter memberitahu apa komplikasi boleh terjadi jika anda mengalami situasi ini.
Apakah Anorexia Nervosa?
Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus dan senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.
Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
1. Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat atau nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
2. Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
3. Rambut & kuku menjadi rapuh & pecah
4. Rambut akan gugur
5. Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
6. Remaja perempuan akan lewat datang haid
7. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ
Jom sharekan pada semua tentang Anoreksia Nervosa. Semoga dapat membantu untuk yang memerlukan.
Dr. Ahmad Samhan
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.
Umur dah nak masuk 50, tetapi muka tak ada jeragat. Kalau ikutkan ramai yang tanya apa amalan penjagaan kulit yang Tengku Khalidah Tengku Bidin guna. Haaa.. jom kita bongkar!
Menurutnya, segan sebenarnya nak kongsi. Tetapi apabila orang dah bertanya, apa salahnya kongsi barang baik yang mungkin membantu masalah kulit orang lain.
Dah Masuk 50 Tahun Tapi Tak Ada Jeragat, Ini Rahsianya!
Malas macam mana pun, sebelum tidur pastikan tepek produk ini semua ya. Tak kisah lah produk jenama apa pun, selagi tak ada merkuri, tak ada hydroquinon, guna sajalah. Insya Allah membantu kulit kita kekal berseri dan kurang noda.
Paling best, bangun pagi dengan rasa yang aduhai bahagianya tengok kulit sendiri flawless.
“Saya tamak ler sikit. Siap guna bukan satu tau, tapi 3 atau 4 jenis sekaligus. Sebelum beradu tu pakai jer selapis demi selapis.
“Yang penting, jangan malas. Jangan skip. Bagitahu diri sendiri, kalau skip 1 malam, 1 titik hitam akan keluar esok pagi kat muka kita,” kongsinya lagi.
Perempuan kalau sudah berumur, fungsi anggota badan dah banyak berubah. Mudah diserang anasir penuaan.
Memanglah bila dah berumur, muka tetap akan tua. Tetapi sekurang-kurangnya kulit nampak sihat dan kurang kedut jika rajin pakai skincare.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!