Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Ads
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Ads
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.
Sesekali anda kena buat senaman kuruskan pipi kalau anda jenis orang yang tak suka pipi tembam. Nak-nak waktu pakai tudung, kalau nampak isi pipi terkeluar banyak daripada lipatan tudung waktu nak senyum, rasa ralat.
Hah, jangan risau, anda boleh cuba buat senaman pipi ini untuk hilangkan tembam yang mengganggu pandangan mata anda itu.
Senaman Kuruskan Pipi, Yang Tak Suka Nampak Tembam Boleh Buat!
1. Chew gum
Bukan sahaja gula-gula getah menenangkan saraf anda dan menyegarkan nafas anda, tetapi ia juga boleh membantu anda menurunkan berat badan dari pipi anda. Dengan hanya mengunyah berulang-ulang akan membantu menguatkan rahang anda. Anda boleh mengunyah gula-gula getah hanya beberapa minit setiap kali selepas makan. Hanya pastikan anda tidak mengunyah gula-gula sehingga boleh mencederakan rahang anda.
2. Senaman X-O
Lafazkan huruf XO sekurang-kurangnya lima belas kali. Berehat dan mengulangi latihan ini tiga kali. Ini adalah satu cara mudah yang akan membantu anda menggerakkan rahang anda dalam dua cara yang berbeza, yang akan mengukuhkan rahang anda dan membakar lemak dari pipi anda. Anda boleh melakukan latihan ini bila-bila masa.
3. Buka rahang
Buka mulut tahan pose ini selama beberapa saat. Kemudian, rehatkan rahang dan ulangi senaman ini sembilan kali untuk satu siri sepuluh ulangan. Anda boleh mengulangi langkah ini tiga kali sehari.
4. Senaman ‘cheek lift’
Angkatlan pipi anda ke arah mata setinggi yang boleh. Gunakan sudut-sudut mulut anda untuk membantu mengangkat pipi anda. Anda harus berasa seperti anda cuba untuk membentuk tegang, senyuman janggal. Anda juga boleh menutup mata untuk membantu mengangkat pipi anda. Lakukan selama sepuluh saat dan ulangi beberapa kali.
5. Senaman ‘fish lips’
Lakukan senaman ‘fish lips’ daripada bibir atas dan bawah anda. Biarkan selama sepuluh saat dan ulanginya dengan sebanyak 10 kali.
6. Senaman ‘puffy cheeks’
Tutup mulut, isi pipi dan mulut anda dengan udara. Lakukan sepuluh kaki. Ulangi latihan ini tiga kali sehari.
7. Senyum
Senyum juga merupakan senaman otot muka. Anda hanya perlu senyum, tahan senyuman selama sepuluh saat dan ulangi selaman ini sepuluh kali. Yang baiknya ialah anda bukan sahaja akan kehilangan berat badan dari pipi anda, tetapi ia boleh membantu anda berasa lebih positif sepanjang hari.
8. Massage pipi
Selepas melakukan latihan muka, perlahan-lahan menggosok jari anda ke atas pipi dan rahang dalam gerakan membulat. Ini akan membantu meredakan ketegangan dan kesakitan selepas bersenam.
Nampaknya semua orang boleh buat senaman kuruskan pipi ini santai-santai di rumah. Kalau konsisten anda dapat tengok perubahan dalam masa yang singkat, yang penting kena cepat mulakan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menariknya, ada orang buang sel kulit mati guna berus gigi saja untuk jadikan bibirnya warna pink semula jadi. Ada tak sesiapa yang pernah mengamalkan petua seperti ini?
Biasanya orang guna buah beet, skrub gula, lemon dan madu atau berus gigi untuk gosok bibir.
Contoh yang biasa guna lemon dan madu: Lemon dan madu boleh dianggap sebagai salah satu gabungan rawatan terbaik. Ia boleh membersihkan bibir anda dan juga melembapkan secara mendalam, yang membuatkan ia menjadi bersih, lembut, dan merah jambu.
Buang Sel Kulit Mati Guna Berus Gigi, Ini Rahsia Model Jaga Bibirnya
Namun lain pula yang diamalkan oleh seorang wanita ini. Sebenarnya rahsia penjagaan bibir ini daripada model, Josephine Skriver.
Katanya, teknik memberus bibir bagus untuk membuang sel kulit mati dan meningkatkan aliran darah sekaligus memberi bibir merah secara alami.
Tapi betul ke bagus? Tiada kesan sampingan jika dilakukan setiap hari?
Bila ditanya pakar, ternyata cara ini perlu dielakkan. Kenapa?
Berus gigi direka untuk gigi dan bulu-bulunya terlalu keras pada kulit bibir yang lembut dan nipis.
Bibir sangat sensitif. Berus tidak cukup lembut untuk menangani kulit halus di kawasan bibir.
Doktor gigi juga mengesyorkan supaya anda elak menggunakan berus gigi untuk membersihkan lidah kerana bakteria dari gigi sudah melekat.
Ini boleh menghapus lapisan dari bibir yang sebenarnya direka untuk melindungi.
Jadi, cara apa yang terbaik dan lebih sihat?
Haa… doktor menerangkan idea sepatutnya untuk menggosok bibir bukan dengan berus tetapi dengan jari. Pengelupasan bibir dengan cara yang betul boleh menjadikan bibir yang sihat serta merah idaman.
Mengurut dan membuang sel kulit mati dari bibir setiap hari meningkatkan peredaran darah, ini membolehkan bibir kelihatan lebih sihat, penuh dan tebal.
Penjagaan Bibir
Ada banyak penyelesaian yang ada untuk menyembuhkan dan melindungi bibir anda.
Cara tradisional adalah untuk minum air yang banyak, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
Kedua, membawa dan memakai balsem yang mengandungi SPF sepanjang masa. Seterusnya, tambah lebih banyak sayur-sayuran dalam diet anda untuk mendapatkan khasiatnya.
Paling penting sekali, buang tabiat menjilat dan menggigit bibir!
Anda mungkin selalu membasahkannya dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi masalah kekeringan yang anda hadapi.
Awas, tindakan ini sebaliknya membuatkan ia menjadi lebih kering! Air liur mengandungi asid yang merengsakan. Tambahan pula, menjilatnya secara berterusan boleh menjadikannya lebih kering.
Nanti jangan lupa cuba tip di atas ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda ikuti perkembangan pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo, dia dilihat kerap berkongsi aktiviti bersukan di akaun media sosialnya. Malahan dengan tubuh badan yang slim, wajahnya juga seolah-olah tak makan dek usia. Cantik!
Suka melakukan aktviti sukan, ini adalah salah satu hobinya. Jadi tak pelik jika da memiliki raut wajahnya yang jelita dan tubuh badan yang ‘elok’.
Dian Sastrowardoyo Kongsi 10 Menu Sihat
Dian Sastrowardoyo memilih tenis, berbasikal dan berjoging sebagai sukan tetapnya. Bagi pelakon berusia 40 tahun ini, senaman sangat penting dalam menjalani gaya hidup sihat.
Badan yang sihat adalah aset penting agar dapat terus bekerja dan melihat anak-anak membesar.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40 tahun.
Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Pelakon yang memegang watak Aruna dalam filem ‘Aruna Dan Lidahnya’ ini juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
ROTI GANDUM & PISANG
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
MEE GORENG VEGAN
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
DAGING & TELUR
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
SUP AYAM
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
KENTANG, SALAD & DAGING
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
NASI MERAH & TEMPE
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
BROKOLI JAGUNG
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
CROISSANT
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
MEE UDANG SAYUR
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
NASI PERANG, AYAM VEGAN & SAYUR TUMIS
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging.
Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrowardoyo.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!