
Isi Kandungan
ToggleBibir kering antara salah satu masalah yang boleh mengganggu tahap penampilan diri kaum wanita.
Masalah akan jadi lebih serius jika kulit di sekitar bibir mula menggelupas dan akan menyebabkan rasa pedih jika termakan makanan pedas.
Pekongsian melalui twitter @twtkecantikan memberitahu panduan untuk mengatasi masalah bibir kering ini.
Ini tipnya elak bibir kering
Jangan sesekali jilat atau gigit bibir
Banyakkan minum air putih
Lagi satu elakkan kupas kulit bibir kering ini
Cari dan pakai lipbalm bersesuaian
Juga pakai lip mask, bibir akan rasa tak kering
Pemilihan lipstik/lipmate juga penting untuk elak bibir hitam & kering
Sekali sekala bibir kena juga scrub untuk buang sel kulit mati
Jangan sambil lewa bersihkan bibir lepas pakai lipstik
Kalau ada bajet boleh buat treatment untuk bibir.
Artikel Berkaitan:
Bella Hadid Wanita Tercantik Di Dunia, Supermodel Berdarah Palestin Miliki Dagu 99.7% Sempurna
Positif Covid-19, Nabila Huda Kongsi Vitamin & Suplemen Diambil Sepanjang 10 Hari ‘Self Quarantine’
Gemar Lakukan Aktiviti Lasak & Sering Terdedah Sinaran UV, Ini Cara Wany Hasrita Jaga Kecantikan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Kahwin Haid Jadi Tak Teratur. Pakar O&G Jelaskan Salah Satu Sebab Masalah Berat Badan!

Bagi mereka yang baru berkahwin sering dikaitkan dengan masalah kedatangan haid yang tidak teratur.
Situasi ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan terutama bagi mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahayamata.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.
Perkongsian Pakar Obstrerik dan Ginekologi Dr Anna Liza Roslani, mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur.
Ayuh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”
Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira!
Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?
Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’
Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’
Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!
Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.
Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.
Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.
Dr Anna Liza Roslani, Pakar Obstetrik & Ginekologi
Artikel Berkaitan:
Tolak Air Sejuk & Amal Minum Air Suam. Rahsia Fiza Elite Kekal Cantik Walaupun Usia Masuk 40-an!
“Jangan Makan Apa-Apa, Tapi Minum Air 500ML” – Tengku Zafrul Kongsi Tip Sebelum Berlari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penampilan Wan Sharmila Jadi Inspirasi, Wajah Tetap Comel Dalam Usia 40-an

Isi Kandungan
ToggleMasih tampil dengan imej yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna, pelakon, Wan Sharmila selalu menjadi inspirasi kepada golongan wanita yang mahu melawa dengan gaya menutup aurat.
Penampilan Wan Sharmila
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab, penampilan pelakon manis ini sering menjadi buah mulut netizen berikutan pemilihan pakaian yang semakin longgar dan tudung yang semakin labuh.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya (IG), pelakon berusia 42 tahun ini yang lebih mesra dipanggil Lala banyak berkongsi momen ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah masjid dengan berpakaian patuh syariah.
Susulan daripada itu, rakan artis serta peminatnya meluahkan rasa kagum dengan penampilannya yang cantik dan manis ketika menutup aurat dengan sempurna di samping turut mengenakan niqab dalam video berkenaan.
Jaga Wajah Dengan Produk Organik
Menyentuh soal kecantikan, Lala ada berkongsi tentang penggunaan skincare di media sosial miliknya. Dilihat lebih suka memilih produk organik yang sudah tentu tidak membahayakan kulit wajah. Patutlah maintain cantik, ya!
Apa pun, didoakan moga Wan Sharmila istiqomah menjaga penampilannya yang dilihat mampu menarik minat anak muda untuk turut memilih pakaian longgar dan bertudung mengikut syariat.
Kredit gambar: Wan Sharmila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sering Pengsan & Tahan Kencing, Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang. Kini Strict Jaga Kesihatan

Isi Kandungan
ToggleSering pengsan & tahan kencing, Acha Septriasa bergantung hidup satu buah pinggang. Kini strict jaga kesihatan. Masih terngiang-ngiang di telinga lagu popular My Heart nyanyian penyanyi dan pelakon Indonesia Acha Septriasa di samping rakan duetnya Irwansyah.
Siapa sanagka di sebalik kemerduan suara membawakan lagu itu serta lakonan mantap dalam beberapa filem berkenaan, pelakon popular ini rupa-rupanya hidup dengan hanya satu buah pinggang.
Sering Pengsan & Tahan Kencing
Artikel Lain: Rahsia Awet Muda Masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates & Pakai Masker Cegah Kedut Wajah!
Acha, 33 tahun mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyedari bahawa dirinya hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.
Menurutnya dia hanya menyedari tentang perkara itu sewaktu berusia 18 tahun ketika membuat pemeriksaan di hospital.
Ini juga adalah disebabkan tabiatnya yang jarang minum air putih serta suka menahan kencing telah membongkar keadaan dirinya.
“Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.
“Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh,” katanya.
Artikel Lain: Dedah Rahsia Awet Muda Lewat 30an, Anne Ngasri Rajin Makan Buahan Untuk Sumber Vitamin C
Acha Septriasa Bergantung Hidup Satu Buah Pinggang
Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.
“Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu buah pinggang sahaja,” ujarnya.
Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.
Sementara itu, Acha berkata, mempunyai satu buah pinggang bukan masalah atau kekurangan bagi dirinya tetapi perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.
Kini Strict Jaga Kesihatan
“Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.
“Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis,” katanya yang kini menetap di Australia disebabkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Bagi menjaga kesihatan, Acha tidak lagi minum sebarang pewarna tiruan, malah minum air masak lebih banyak dari orang lain demi memastikan sistem kumbahan badannya dapat berfungsi dengan baik.
Sumber: Mstar
Artikel Lain: Rajin Buat Rawatan ‘Ice Facial’ Segarkan Kulit Muka, Rahsia Wajah Comel & Awet Muda Mira Filzah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI