Tak mudah sebenarnya untuk seseorang itu mengubah bentuk fizikal dari sebelumnya kepada saiz yang lebih ideal.

Tanpa usaha dan semangat yang kuat, pasti angañan mendapat tubuh badan ideal hanya sia-sia.

Semalam tular kisah di mana salah seorang menteri yang mana penampilan jadi lebih baik dari sebelumnya. Ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mengubah penampilan menjadi sangat cantik dan bertubuh langsing.

Tertarik mengupas isu ini, Dzuriasikim Dzulkifli yang juga pengasas produk K’ Hermosa Skincare & Puteri Saadong ini turut berkongsi pengalamannya pernah mengalami situasi berkenaan.

Menerusi akaun Facebook, wanita yang berusia 51 tahun ini juga akui setiap perempuan sememangnya menyimpan hasrat untuk memilik tubuh yang kurus dan menawan.

Menurutnya jika kita mahukan sesuatu, kita boleh lakukannya dengan syarat ada kesunguhan, disiplin, komitmen dan doa.

Bukan mudah terpaksa korbankan diri sendiri sepert dirinya yang keluar pagi untuk bersenam, perlu tahan nafsu makan serta elak emosi tidak menentu agar tidak terus makan dan makan setiap kali ada masalah.

Dia juga mengingatkan apa yang buat bukan untuk mendapat pujian, sebaliknya perlu ikhlas dan hasilnya jadi akan membanggakan diri kita sendiri.

Ikuti perkongsian ibu kepada 5 orang anak ini yang sangat berinspirasi dan boleh kita jadikan panduan.

Ada Duit Semua Boleh Jadi

“Bariatric surgery…RM30K…  ada duit semua boleh jadi…”.  “Owh hidung pun dah mancung.  Made in China tu…”.

“Begitu komen netizen….

IKLAN

“Sebenarnya, bila kita makin kurus…  Sudah tentulah bentuk wajah berubah dan hidung jadi lebih mancung.

“Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi topik hangat hari ini.

“Banyak juga kata-kata tidak baik dan cemuhan dari netizen yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

“Bagi saya, memang teruja habis! Saya adalah manusia yang suka memandang sudut positif untuk setiap perkara. Menjadi langsing dan sihat adalah salah satu impian yang tak pernah padam untuk semua wanita!

“Jika kita benar-benar mahu, kita pasti boleh. Tetapi semua perkara perlu dilakukan dengan kesungguhan, keikhlasan, disiplin, dedikasi, komitmen, doa dan apa sahaja. Tidak mudah tetapi boleh.

Awal Pagi Dah Keluar Bersenam

“Hendak keluar bersenam awal pagi pun bukan mudah. Melainkan jika benar-benar mahu. Orang lain sedang enak tidur, kita terus turun dari rumah selepas Subuh.

“Jika kita seorang ibu pula, perlu masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga dan kita sendiri hanya makan pada kadar yang perlu sahaja.

IKLAN

“Tidak boleh makan lewat malam. Tidak boleh ambil gula berlebihan. Tidak boleh makan makanan berminyak. Harus rajin bersenam. Tidak minum air manis. Banyak perkara. Tidak ada shortcut jika hendak berjaya baik dari segi menjaga kulit wajah, kesihatan badan dan berat badan. Kita adalah apa yang kita makan dan amalkan.

“Jika kita lihat kejayaan orang seperti penampilan menteri wanita itu, kemudian kita ketawakan dengan tulisan yang tidak baik. Dapat pula sokongan orang yang sependapat dengan kita (dengan cemuhan yang tidak baik juga)… Itu menjadikan kita secara tidak sengaja membentuk “tribes” yang mempunyai minda negatif. Saling menyokong, tetapi merugikan.

“Saya selalu mengajak wanita untuk sayangi diri. Sayangi diri itu adalah dengan menghargai diri dengan menjaga apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita dengan sebaik mungkin.

“Jangan kerana kecewa atau frust kita duduk di hadapan TV dan makan sebanyak mungkin. Jangan kerana putus cinta atau kegagalan dalam rumahtangga kita menangis berbulan hingga tak buat kerja. Nangis sekejap sahaja… Itu biasa. Jangan kerana rasa tidak dihargai kita hendak merosakkan diri supaya orang jadi simpati.

Bukan Untuk Cantik Tapi Untuk Kesihatan

“Kutip balik hati yang berkecai tu…”. Be the best that you can be… The best version of you. Jika dulu berisi, jaga pemakanan dan turunkan berat badan. Bukan untuk cantik, tapi untuk kesihatan. Jika dulu tidak sempat melanjutkan pelajaran, sekarang sambung study. Jika dulu tidak reti menjaga diri, sekarang jadi seorang yang lebih menghargai diri. Kita kena hargai diri kita dahulu, barulah nanti orang akan menghargai kita.

“Lagi satu, buat semuanya untuk diri… Buat bukan kerana kita mahukan pujian dari orang atau kerana hendak bersaing dengan orang. Atau kerana mahu membalas dendam kepada orang yang kecewakan kita. Buat apapun biarlah ikhlas. Barulah kita tidak lelah.

Gambar Dulu & Kini

“Nah, saya guna gambar saya sendiri. Ketika berisi dulu. Ketika saya terlupa dengan istilah sayangi diri dan lebih menyayangi orang lain. Apa-apa, saya utamakan orang lain, jaga hati orang sehingga tidak jaga hati sendiri. Meninggalkan kerjaya demi untuk membahagiakan orang lain…

IKLAN

“Gambar baru adalah gambar saya terkini. Saya berasa lebih ceria dan sihat juga lebih berkeyakinan. Kita usaha berserta doa. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Sayangi diri.

Dzuriasikim Dzulkefli

Sebelum

“Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

Selepas

“Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

“Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

“Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

“Bila Kurus, Bentuk Wajah Berubah & Hidung Lebih Mancung” – Wanita Ini Dedah Rahsia Transform Menakjubkan!

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Terus Cut Sugar & Buat Diet 'Eat Clean' - Rahsia Pantas Gadis Ini Kembali Langsing

“Saya Berbasikal, Selain Amalkan Diet Sihat” – Ini Rupanya Rahsia ‘Kurus’ Rina Harun Hingga Tarik Perhatian

Alami Alahan Teruk Hingga Ganggu Pernafasan, DJ Lin Terpaksa Dikejarkan Ke ICU. Berat Pun Susut 4KG!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI