sulam bedak

Tular sulam bedak yang dikatakan jadikan kulit cantik, malah ramai yang sanggup buat untuk dapatkan efek glowing dan flawless dalam sekelip mata.

Salah satu cara untuk dapatkan efek tersebut adalah teknik sulam bedak (atau BB Glow) yang tular semula di TikTok.

Sulam Bedak Buat Kulit Cantik, Tapi Ini Pesanan Doktor!

Sulam Bedak Buat Kulit Cantik, Tapi Ini Pesanan Doktor!

Sama fungsi seperti pakai foundation atau BB Cream setiap hari, tetapi sulam bedak ini tak perlu dipakai setiap hari, malah anda akan dapat kesan ‘makeup ready face’ setiap masa. Walaupun trend ini menjimatkan masa dan wang, tetapi tak bahaya ke? 

Nak tahu jawapannya, baca perkongsian doktor dermatologi berikut;

‘Tatu’ foundation atau BB Cream hanya sekali saja

Menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling, teknik ini fungsinya untuk menyamarkan cela di wajah; hiperpigmentasi, kemerahan, lingkaran hitam, pori, parut dan banyak lagi.

IKLAN

Hanya perlu lakukan sekali, kesannya adalah separa kekal dan tak perlu top-up dengan kerap.

Disebabkan kita guna kaedah ‘tatu’, sulam bedak ini tak akan hilang walaupun anda dah cuci wajah berulang kali, mandi atau berpeluh.

@glamandglowph Get your glow on now ✨✨✨ #glamandglowph #bbglowph #glamandglowuae #bbglowdubai #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypp ♬ Nalalasing Ako Sa Iyong Ganda – MARUEL🇵🇭

Memang best, tapi doktor dermatologi pula kata ini…

IKLAN

Berdasarkan Doktor Arthur, SpKK, FINSDV, di TikTok berkongsikan teknik sulam bedak ini dari segi tujuan dan kaedah rawatannya.

Katanya sulam bedak ini merupakan tatu tetapi ianya tidak dilakukan terlalu dalam seperti tatu yang kebiasaannya. Tujuan sulam bedak ini dilakukan adalah untuk  menutup cela di wajah seperti bekas jerawat, parut, bintik hitam dan banyak lagi.

@dokterkulitkucom Masih ngehitz ga sih ginian? aku sungguhan nanya #edukasikesehatan ♬ original sound – dr.Arthur,SpKK | dokterkulitku

IKLAN

 

Selain itu:  Patutlah Orang Minum Susu Sebelum Tidur, Rugi Tak Buat!

Walaupun sulam bedak beri kesan yang segera, tetapi doktor ini mendedahkan ramai yang alami kesan sampingan yang buruk.

Ada yang alami alahan, jerawat makin muncul dengan banyak dan kulit makin rosak. Bukan itu sahaja, sulam  bedak boleh juga akibatkan kesan seperti:

  • Penggunaan micro needle secara berulang boleh mendedahkan pengguna pada HIV atau cross-contamination Hepatitis B/C. 
  • Menyebabkan kerosakan sel kulit wajah, alergik yang teruk dan paling berisiko adalah kanser kulit.
  • Sulam bedak tinggalkan pigmen di bawah kulit secara kekal dan ianya mengandungi lebih 40 bahan kimia (yang mungkin berbahaya untuk jangka masa panjang).

Agak-agak, anda sendiri berminat tak nak buat sulam bedak?

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI