Bagaimana jika pasangan anda kenal dan yang mahu dijadikan suami/isteri yang sah memberitahu dirinya mempunyai penyakit thalassemia.
Apakah penyakit ini akan menjadi punca kepada sebuah perhubungan yang mahu dicipta. Sejauh mana bahayanya penyakit ini yang berpunca daripada genetik.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberitahu secara detail mengenai penyakit thalassemia ini.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2: ▪️Talasemia major ▪️Talasemia minor * Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka : ▪️25% risiko anak = pesakit (major) ▪️50% risiko anak = pembawa (minor) ▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major: ▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali ▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul) ▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan. ▪️Tidak berkahwin ▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological) ▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan
Setiap kali melihat perkembangan Datin Lisa Surihani, rasa sejuk mata memandang. Bermula dengan tukar penampilan memakai hijab dan terus memilih pakaian longgar dan terkini baiki bacaan al Quran.
Selayaknya dia dijadikan inspirasi buat wanita yang mahu ‘berhijrah’ dalam fesyen dan gaya hidup.
Datin Lisa ada berkongsi tentang penglibatannya dalam sebuah program tadarus al-Quran. Kalau ikutkan dia rasa kurang yakin dengan bacaan ketika mengaji namun bagi menangani situasi itu, Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 37 tahun mengambil pelbagai inisiatif dengan menyertai pelbagai kelas mengaji termasuk usaha melawan masalah pelat huruf R.
“Beberapa kali dipelawa untuk terlibat dalam program tadarus al-Quran tetapi saya selalu menolak dengan baik sebab terfikir cara bacaan agak merangkak, segan dan banyak lagi alasan diberi.
“Sementara itu, saya pasang niat supaya hubungan dengan al-Quran diperbaiki lagi. Saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kejiranan kawasan perumahan, mengaji online dan mendaftar kelas tajwid serta tadabbur.
“Subhanallah memang sukar ditambah pula dengan pelat sebutan huruf R. Syukur saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” tulisnya dalam Instagram.
Pelakon itu turut berpendapat tidak mengapa bacaan kurang sempurna namun sekurang-kurangnya mempunyai usaha untuk menjadikan al-Quran sebagai sahabat baik.
“Tahun ini saya berdoa agar dipasangkan niat dengan betul. Anggap ini satu kelas mengaji yang dipantau oleh qari dan qariah.
“Sekiranya penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang lalui kesukaran seperti saya untuk jadikan al-Quran kawan baik mereka, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudah usaha mereka,” jelasnya.
Ujarnya lagi, setiap individu juga tidak perlu terlampau memikikan pandangan negatif orang ramai sekiranya bacaan al-Quran masih kurang mahir.
Bahkan, meskipun seseorang itu sudah fasih membaca al-Quran, kita tetap perlu belajar atau berguru kerana masih banyak intipati tersirat yang boleh diteroka.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular satu video Che Ta atau nama penuhnya Rozita Che Wan di Instagram tentang macam mana dia boleh maintain kurus walau usianya sudah 50-an.
Dalam video tersebut, kelihatan Che Ta memakai baju dan seluar denim bewarna biru sedang berjalan dan ditanya oleh perakam video.
Rozita dalam video itu ditanya mengenai dirinya yang kekal kurus dari dahulu. Sambil jalan dengan penuh yakin, dia memaklumkan bahawa dia akan berkongsikan kepada peminat mengenai rahsia dia kekal kurus.
Sambil berjalan berlalu pergi, Che Ta dengan secara selamba memaklumkan dia tidak perlu potong usus walaupun mahu kurus.
Diruangan komen, ramai yang kagum dengan Che Ta. Malah ada juga yang terhibur dengan ayat yang digunakan oleh Che Ta yang mengatakan dia tidak perlukan proses memotong usus.
Bukan itu saja, netizen juga turut memuji dengan kacantikkan yang ditampilkan oleh Rozita yang dikatakan kekal cantik sejak dari muda lagi.
Sering sakit pinggang selepas seharian bekerja? Jangan biarkan ia melarat! Ketahui 3 regangan mudah yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja untuk melegakan kesakitan dan mengekalkan keselesaan tulang belakang anda.