Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
Panadol Boleh Rosakkan Hati Jika Diambil Kala Demam?
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Ads
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Ads
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ads
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.
Serik Dipanggil Makcik & Seksa Nak Solat . Wanita Berjaya Kurus Lepas Amal Ilmu Diet Betul! Jika dua tahun lalu, setiap kali naik penimbang, dia cukup takut melihat angka di penimbang cecah lebih 70KG.
Agak trauma untuk melihat angka berkenaan semakin naik menyebabkan dirinya nekad untuk menurunkan berat badan.
Bagi Mariati Abdul, ketika beratnya mencecah 75KG, dia mengakui gaya hidup tidak sihat diamalkan seperti makan tak ikut masa dan pulun makan apa saja janji kenyang.
Cara hidup yang tidak sihat itu menyebabkan dia merasakan badan rasa tidak sedap kerana datang sakit di sana sini.
Malah lebih teruk, setiap kali mahu duduk bangun solat pun begitu menyeksakan. Waktu itu umurnya sudah mahu memasuki fasa 40an. Malah dia juga tidak rela dirinya dipanggil Makcik’ kerana perubahan fizikal yang tidak sesuai dengan umur.
Ketika itulah dia sedar sesuatu perlu dilakukan dan bermulakan perjalanan dietnya demi memastikan berat badannya turut dan kekal langsing.
Tidak dinafikan dia turut berdepan dengan halangan dan rintangan untuk kuruskan badan. Dengan kata-kata sindiran dari orang sekeliling menyebabkan dirinya bersemangat meneruskan diet.
Pelbagai tip yang dipelajari ketika itu dari laman internet sebelum bertemu dengan seorang cikgu yang pakar dalam bab mengubah fizikal seseorang.
Dan kini dia bersyukur kerana dengan hasil diet berjaya melenyapkan 23KG dari berat 75KG ke angka 52KG. masih berazam untuk melenyapkan 5KG lagi.
Apabila sudah mendapat berat ideal, Mariati merasakan perubahan itu seperti berada di zaman anak dara kembali.
Pesannya untuk menjadi kurus, kenalah buat betul-betul dan lalui perjalanan dietnya itu dengan penuh sabar.
Nak jadi kurus itu sebenarnya tak susah mana jika ada cara yang betul, nekad dan bersungguh-sungguh untuk lakukan diet.
Tiada benda yang mustahil kalau kita nekad mahukan sesuatu perkara yang kadang-kadang kita sendiri tidak yakin.
Tambahnya paling best bila badan sudah kembali langsing, terasa diri seperti seorang remaja.
Badan jadi ringan dan rasa seronok itu hanya Tuhan yang tahu. Malah nak cari baju yang selesa pun tidak susah dan payah seperti dulu.
Tiada tip tertentu diamalkan hanya dengan diet mengikut ilmu yang betul. Dan jika ada masa terluang, dia akan berjogging serta membuat senaman tabata. Itu saja yang dilakukan kerana apa yang penting adalah ilmu dalam berdiet.
Agak sukar nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata tetapi kalau anda rajin, boleh cuba cara paling mudah dan jimat ini.
Apa yang menarik, petua Puan Aisyah Badar Bajrai ini cuma guna dua bahan mudah tetapi berkesan.
Anda pejam mata pun boleh buat. Tak perlu nak sukat guna penimbang bagai. Anda hanya kacau-kacau terus siap.
Serum Rawat Lingkaran Hitam Bawah Mata, Rajin Pakai Kedut Pun Hilang
Okay, jom tengok cara buat dia:
Bahan-bahan;
2 sudu besar gel aloe vera
2 kapsul minyak vitamin E
Cara buat:
Gunting softgel vitamin E, kemudian masukkan minyak dalam aloe vera dan kacau rata-rata. Nanti aloe vera akan jadi warna putih macam dalam gambar tu.
Cara pakai serum ni senang sahaja. Anda ambil calit sikit pada jari, selepas itu sapu lembut-lembut di bawah mata dengan kelopak mata. Pastu biarkan. Tak payah basuh. Pakai 2 kali sehari.
Tapi kalau dark circle anda kategori ‘nazak’, anda wajib konsisten pakai sekurang-kurangnya 2 minggu. Baru nampak kesan.
Serum ni bukan setakat boleh cerahkan gelap bawah mata je tau. Tapi bila konsisten guna, kedut bawah mata pun boleh kurang. Yang penting kena rajin.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Oleh kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di mana kes mencecah lebih 20 ribu sehari, jadi kita perlu sentiasa membuat persediaan dalam menghadapi segala kemungkinan.
Salah satu persediaan adalah dengan menyediakan ubat yang sesuai jika dijangkiti virus merbahaya ini.
Agaknya ubåt apa yang sesuai ada dalam peti ubat di rumah kita. Senang atau tidak untuk mencari stok ubat ini kerana pasarannya laku seperti pisang goreng.