Jika kita membeli makanan di luar sama ada tepi jalan atau restoran, ada sesetengah peniaga akan membungkus menggunakan kertas surat khabar.
Biarpun kita lihat tulisan tidak menyentuh secara langsung dengan makan, malah asal dapat menyerap minyak daripada makanan bergoreng.
Namun hakikatnya masalah pencemaran boleh terjadi sekiranya penjual makanan menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudian menyentuh makanan siap untuk dimakan secara langsung.
Baru-baru ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dalam entri Facebook mereka menjelaskan, bahan kimia pada dakwat surat khabar boleh mencemarkan makanan seterusnya memberi kesan berbahaya kepada kesihatan manusia.
Kata mereka, jika terpaksa menggunakan kertas surat khabar juga, jadikan ia sebagai lapisan kedua untuk membungkus makanan.
“Paling terbaik adalah gunakan pembalut makanan yang dikhaskan untuk makanan (food grade) bagi mengelak berlakunya pencemaran silang.
“Surat khabar mengandungi bahan kimia seperti karbon, logam berat dan pelarut. Apabila minyak yang diserap oleh surat khabar akan melarut dakwat dan seterusnya menyerap ke dalam makanan,” jelasnya.
Ads
Menurut Pusat Racun Negara pula, dakwat yang digunakan untuk mencetak akhbar mempunyai kebarangkalian yang tinggi menggunakan bahan kimia yang boleh manjadi punca kepada beberapa jenis penyakit kronik.
Lembaga Keselamatan dan Piawaian Makanan India juga melaporkan bahawa dakwat surat khabar mengandungi bahan yang boleh memberi pelbagai kesan negatif pada tubuh badan.
Kajian mereka juga menunjukkan terdapat dakwat surat khabar yang bersifat karsinogenik (punca berlakunya kanser) dan ia boleh meresap ke dalam makanan dengan begitu mudah sekali.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, juga berkata bahan pembungkus seperti plastik (lutsinar) atau daun pisang perlu digunakan sebagai lapisan pertama yang bersih dan bebas kotoran serta pencemaran.
Ads
Katanya, ini bagi melindungi sepenuhnya makanan itu daripada bersentuhan secara langsung dengan kertas surat khabar.
“Pembungkusan makanan sedia dimakan dengan surat khabar sebagai lapisan kedua hendaklah dikendalikan dengan kaedah yang dapat mengelakkan pencemaran dakwat daripada kertas surat khabar kepada makanan itu melalui apa jua cara.
“Contohnya, pencemaran boleh terjadi melalui tangan pengendali makanan yang sudah menyentuh kertas surat khabar terlebih dahulu dan kemudiannya menyentuh makanan sedia dimakan secara langsung.
Ads
“Kertas surat khabar hendaklah tidak digunakan bersentuhan secara langsung dengan makanan sedia dimakan seperti untuk menutup makanan atau menyerap minyak daripada makanan bergoreng,” katanya.
Dek kerana sayang nak buang, ramai lagi yang rela makan kentang bertunas. Memang beli pakai duit tetapi kalau ada kesan sampingan yang tak elok pada tubuh badan, eloklah kita ketepikan. Nak-nak pula kalau masak nak bagi anak makan.
Merujuk pada perkongsian Doktor Perubatan, Mazliana Mazlan pun ada menulis jelas tentang kesan daripada makan kentang yang bertunas. Nah, jemput baca ya.
Kentang Bertunas
Kentang kalau dah rupa macam ni, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid.
Kalau tak nak buang, tanam pun boleh.
Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.
Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.
Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.
Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil. Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.
Muntah. Cirit. Sakit perut.
Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.
Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.
Rendahkan tekanan darah. Tinggikan denyutan nadi. Demam. Sakit kepala.
Malah, boleh juga bawa kepada kematian.
Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.
Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.
Ada Kesan Sampingan
Dulu saya sayang juga nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal, dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.
Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.
Boleh ya, sama-sama kita cuba.
Macam mana? Rasanya anda boleh pilih makanan terbaik untuk anak-anak tersayang ya. Sebelum menjemput penyakit bahaya, lebih molek jika kita ada kesedaran untuk mengelak memberikan kentang bertunas pada anak-anak.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umur dah nak masuk 50, tetapi muka tak ada jeragat. Kalau ikutkan ramai yang tanya apa amalan penjagaan kulit yang Tengku Khalidah Tengku Bidin guna. Haaa.. jom kita bongkar!
Menurutnya, segan sebenarnya nak kongsi. Tetapi apabila orang dah bertanya, apa salahnya kongsi barang baik yang mungkin membantu masalah kulit orang lain.
Dah Masuk 50 Tahun Tapi Tak Ada Jeragat, Ini Rahsianya!
Malas macam mana pun, sebelum tidur pastikan tepek produk ini semua ya. Tak kisah lah produk jenama apa pun, selagi tak ada merkuri, tak ada hydroquinon, guna sajalah. Insya Allah membantu kulit kita kekal berseri dan kurang noda.
Paling best, bangun pagi dengan rasa yang aduhai bahagianya tengok kulit sendiri flawless.
“Saya tamak ler sikit. Siap guna bukan satu tau, tapi 3 atau 4 jenis sekaligus. Sebelum beradu tu pakai jer selapis demi selapis.
“Yang penting, jangan malas. Jangan skip. Bagitahu diri sendiri, kalau skip 1 malam, 1 titik hitam akan keluar esok pagi kat muka kita,” kongsinya lagi.
Perempuan kalau sudah berumur, fungsi anggota badan dah banyak berubah. Mudah diserang anasir penuaan.
Memanglah bila dah berumur, muka tetap akan tua. Tetapi sekurang-kurangnya kulit nampak sihat dan kurang kedut jika rajin pakai skincare.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak best nak ‘bawa’ kulit kusam ke mana-mana, rasa kurang yakin dan seolah-olah orang pandang wajah kita macam ada sesuatu yang tak kena. Bukan tak cantik tapi kurang berseri jadinya.
Jadi nak tak nak anda kena usahakan cara macam mana nak naikkan seri wajah yang hilang bila umur semakin meningkat.
Ini salah satunya, boleh pilih ikut kesesuaian anda ya.
Rawat Kulit Kusam
Lemon
Buah ini mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Cara: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
Minum air yang cukup.
Air
Bukan hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
Cara: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
Pisang dan Madu
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
Cara: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!