Tak best nak ‘bawa’ kulit kusam ke mana-mana, rasa kurang yakin dan seolah-olah orang pandang wajah kita macam ada sesuatu yang tak kena. Bukan tak cantik tapi kurang berseri jadinya.
Jadi nak tak nak anda kena usahakan cara macam mana nak naikkan seri wajah yang hilang bila umur semakin meningkat.
Ini salah satunya, boleh pilih ikut kesesuaian anda ya.
Rawat Kulit Kusam
Lemon
Buah ini mengandungi vitamin C yang membantu mencerahkan kulit. Khasiat lemon juga mampu membuat kulit tampak lebih bersih dan turut membantu dalam masalah bintik hitam yang biasanya disebabkan oleh jerawat dan sinar matahari.
Ads
Cara: Potong lemon kepada dua bahagian lalu perah air jus lemon ke dalam mangkuk bersih. Celupkan kapas bersih ke dalam jus lemon dan sapukan kapas tersebut pada kulit wajah. Dinasihatkan untuk melakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur, biarkan jus lemon itu melekat pada kulit tanpa dibersihkan selama satu malam supaya kandungan jus lemon meresap ke kulit.
Susu
Susu antara bahan semula jadi yang dapat mencerahkan kulit wajah yang kusam, susu mengandungi bahan aktif seperti AHA dan BHA yang membantu menghilangkan bintik hitam serta membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam yang terjadi akibat sinaran matahari.
Cara: Basuh wajah dengan susu atau gunakan masker yang diperbuat daripada susu pada kulit wajah anda. Lakukan rutin ini dengan kerap untuk kesan yang lebih maksimum.
Minum air yang cukup.
Ads
Air
Bukan hanya penting untuk kesihatan tubuh kita, tetapi juga mampu membantu dalam memulihkan kulit wajah yang kusam dan kering. Dengan mengamalkan minum air secukupnya dapat membantu dalam menghidratkan kulit supaya tamapak bersinar dan tegang.
Cara: Minum 8 gelas air setiap hari untuk menjaga kelembapan kulit wajah kita.
Pisang dan Madu
Pisang mengandungi Vitamin B, B6, C, Magnesium, Kalsium, Fosfor dan zat Besi. Kandungan vitamin C dalam buah pisang dapat membantu dalam merawat kulit wajah yang kusam serta mencerahkan kulit.
Cara: Campurkan buah pisang yang telah dilumat halus dengan madu. Sapukan campuran tersebut pada kulit wajah . Biarkan selama 15 minit atau sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Yogurt
Lactic acid yang terkandung dalam yogurt merupakan natural hydroxyl acids yang membantu dalam pengelupasan, melembapkan dan melicinkan kulit wajah.
Cara: Campurkan yogurt dengan madu. Sapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih setelah selesai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti perkongsian wanita ini Nor Artika yang akhirnya berjaya menyingkirkan lemak dalam badan dan berjaya mendapat berat diimpikan.
Menurutnya bukan perkara mudah untuk melenyapkan berat daripada 78 kg ke 45 kg. Namun dek kerana keazaman untuk kelihatan langsing di majlis kahwin akhirnya dia berjaya dengan mengetepikan gula dalam pengambilan makanannya.
Road To Journey From 76 Kg – 45 KG
Sorry for those yang tanya pm semua nyaa. Since nak jadi adil untuk semua orang i will tell all of you how and what im do it for reduce all my ‘lemak’..
Harap apa yang aku bgitaw nie bole la amek sikit2 untuk diri anda sendiri… one thing yaa, please ikut cara awak sendiri macam mana nak kurus..
Ikut your condition body yaa. Lain orang lain diri dia…untuk diri aku yaa…dari 78 kilo ke 45 kilo bukan benda yang mudah…
Benda benda penting untuk journey diet kau 1st.. No more manis2 yaaa… gula coklat semua jenis tak payah ambik…
Cut Gula Terus & Buat Intermittent Fasting
Untuk 2 minggu pertama itu yang aku amalkan.. No sugar no air manis.. No cake semua.. Mungkin senang bagi aku sebab aku memang tak makan cake,
1 litre air for 25 kilo kita punya weight yaa. Jangan kau teguk air sampai 8 litre sehari konon boleh kurus..
Lepas 2 minggu aku cut sugar aku slow-slow.. Aku buat IF.. IF mcm lisa surihani tu buat..
Aku buat 16: 8 terus.. 16 jam pose 8 jam makan yaa..
Apa aku makan? Aku makan apa saja aku nak. Sebab aku memang tak reti nak makan eat clean semua..
Bila rasa badan dah adapt ngn IF aku terus tambah kan waktu IF aku..
Buat Kaedah OMAD & Water Fasting
Aku wat OMAD.. Apa OMAD? One meal a day 1 hari sekali makan..
Bila lama dah buat macam itu aku try buat WF..
Apa WF?.. Water fasting.. Aku buat IF 72 jam.. 3 hari tak makan ya cuma minum air masak je. .
Then lepas itu try buat 144 jam 6 hari tak makan.. Minum air masak je.. Orang tanya tahan ke tak makan..
That’s why ikut la badan kau apa kau mampu kau buat.. tak mampu jangan paksa…
Untuk 6 bulan pertama aku lost 32 kg, dr 78 kilo ke 46..
Dari bulan 6 ke bulan 12 sebab bulan 12 nak kawin kan.. Normal la kalau dia sat naik sat turun berat tu,
Fasa Maintain & Juga Lakukan Exercise
Sekarang dalam fasa maintain…Dah setahun aku dalam diet nie.. Moga terus istiqomah yaa..
One more thing kalau kau senam tapi makan serupa bela saka tak guna jugak yaa… 80 pemakanan, 20 exercise yaaa..
Untuk exersice pulak aku cuma rajin tabata joging dan cycling saja.
Lepas itu rajin sit up plank juga untuk flatkan perut yang tak berapa nk flat..
Harap sedikit sebanyak dapat membantu anda semua yaaa
Sebelum ini kisahnya yang menghidap kanser servik telah dipaparkan di sini untuk berkongsi pengalaman.
Sebaik mengetahui dirinya menghidap kanser servik terus mengambil langkah drastik membuat rawatan radioterapi dan kemoterapi atas nasihat doktor.
Dan setelah selesai menjalani beberapa rawatan berkenaan, Sarina atau Yna meneruskan pula dengan rawatan brachytherapy. Ini merupakan rawatan terakhir untuk rawatan kanser pangkal rahim dialami.
Sekali lagi Yna berkongsi pengalaman di laman sosial Facebook mengenai pengalaman menjalani rawatan ini di hospital sama.
Dalam pada itu wanita yang berulang lik dari Kuatantan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta tidak putus-putus menasihati wanita lain agar segera melakukan pemeriksaan Pap Smear untuk mengetahui jika mempunyai kanser servik atau tidak.
Bismillahirrahmanirrahim.
Pengalaman melakukan brachytherapy.
Alhamdulillah, selesai rawatan di Beacon Hospital (chemotherapy + radiotherapy), pihak Beacon terus buat reference letter ke Sunway hospital untuk treatment (brachytherapy). Ini merupakan rawatan terakhir untuk rawatan kanser pangkal rahim Yna.
Semalam Yna dah start buat brachytherapy untuk sesi pertama daripada 3 sesi di Sunway Medical center.
Yna start masuk ward hari jumaat petang. Masuk ward, macam biasa, buat line, ambil darah, cek jantung (ECG TEST) bla bla bla.
Procedure start jam 9am (sabtu) dan Yna kena start puasajam 12 Malam.
Selesai Mandi & solat subuh, nurse masuk bilik untuk pakai kan catheter urine bag. Mmg tak selesa dan sedikit sakit tapi wajib kena pakai sbb lepas procedure Yna tak boleh bangun dalam tempoh beberapa jam.
Dah siap tukar baju ‘ot’, Jam 830am (8/5/2021) diaorg dah bawak Yna turun untuk mulakan rawatan brachytherapy.
Secara jujur, Yna sangat2 berdebar untuk lakukan rawatan ni sbb ramai Yang cakap sakit sgt!!! ( Yang cakap sakit ni bukan pesakit). Bila tengok gambar rawatan ni pun, ngeri gila. Siang Malam Yna berdoa supaya rawatan ni tak de lah sesakit mana.
Sepanjang nurse tolak Yna ke ruangan procedure, Yna diam seribu bahasa. Yna Takut! Perasaan takut Tu X tau nak cakap macam mana. Sbb Yna mmg jenis Tak tahan sakit. Kalau rawatan sakit, automatic patient Akan jadi stresss. Jadi yna tak mau stress bila tgh treatment.
Dah sampai ruangan menunggu, pihak dari brachytherapy datang explain macam mana procedure & proses rawatan bla bla bla.
Lepas Tu datang pulak pakar bius, explain yang dia Akanon spinal (epidural) untuk kurangkan rasa sakit, on morphine bla bla bla bla.
Doc Jennifer pulak datang explain macam mana procedure brachytherapy bla bla bla.
Sebelum procedure tu, ko kena dengar 3 orang yang akan explain berkenan procedure untuk hari tu.
Bila dah abis dengar semua explain part masing-masing,
Yna ditolak masuk dalam ruangan ‘ot’. Doc bius ajak borak-borak sikit, mungkin untuk pesakit Rasa relaks sikit Dan tak takut sangat Dan slow-slow dia usap belakang dan start on spinal.
Time tu kaki tiba-tiba rasa panas, kebas dan berat ( yna tak pernah on epidural sebelum ni).
Kaki Yna kebas dan mmg tak boleh bergerak langsung. Diaorg naikkan kaki Yna (posisi macam orang nak bersalin), time Tu doc Jennifer dah take over dari dr biusYna pun dah tak sedar doc buat apa, tau-tau siap! Sakit?? Langsung tak!! Tak rasa apa. Tak rasa pun diaorg letak benda alah Tu Dalam serviks Kita, tak Rasa pedih, tak Rasa sakit Dan mmg tak Rasa apa-apa!! Buat penat je Yna dok mikir Rasa sakit Tu macam mana.
Lepas semuanya selesai, Yna dihantar ke ruangan CT simulation sebelum dihantar ke ruangan menunggu sekejap sebelum masuk ke bilik khas untuk teruskan procedure Yang berikutnya. Masa menunggu, Yna paksa gerakkan kaki Yna. Sikit Demi sedikit kaki Yna boleh bergerak. Badan Yna menggigil sbb sejuk.
Waktu niiiiiii, pinggang Yna dah mula rasa sakit. Lenguh-lenguh. Rasanya lama betul Dalam ruangan menunggu sebelum mereka masuk ke bahagian radiotherapy (bahagian ni diaorg just sambungkan cable pada bahagian adaptor bahagian serviks, biarkan 30 minit Dan selesai. Pun tak sakit Dan tak Rasa apa)
Total tempoh rawatan semua sekali dalam 3 jam lebih.
Naik ward, Yna dah mengadu sakit belakang. Rasa nak muntah dan tak selesa. Doc on ubat tahan muntah dan ubat tahan sakit.
Lepas treatment, Yna mmg rest betul2. Jam 830am tolak ke ruangan procedure, jam 6pm baru Yna sedikit ok. Semalam, sehari suntuk Yna tidur. Pagi ni baru rasa macam biasa.
Alhamdulillah semuanya OK. Alhamdulillah tak Ada rasa sakit Yang teramat sangat Dan alhamdulillah badan Yna masih mampu bertahan.
Alhamdulillah ya Allah kerana engkau memberikan aku ujian tanpa rasa sakit.
Esok brachytherapy sesi ke dua dan 12hb sesi terakhir. Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga semuanya dipermudahkan. Ameen ya Allah.
Kisah pelakon, Uqasha Senrose menjadi tular di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli.
Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dia pula tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”
Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”
Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.
Sementara itu, ini nasihat daripada Dr Imelda Balchin buat anda yang mengalami keguguran.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau anda tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, baik DIAM. Kalau anda hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, anda DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, anda DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Dan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang.
Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan sebelum bertawakal, tetapi apa yang tidak perlu ialah kata-kata kesat yang mengguris hati wanita dan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.