Masih terasa dengan kehilangan abangnya baru-baru ini selepas disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad meninggalkan pesan yang sangat mendalam untuk pengikutnya.
Berkongsi di laman Instagramnya Uyaina mengakui dirinya juga turut didiagnos menghidap dua jenis masalah jantung.
Malah dia yang ketika itu jatuh pengsan terpaksa berehat seketika dari aktiviti seni akibat masalah jantung.
“Tahun 2018, Yana sendiri I was diagnosed with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degup jantung Yana laju.
Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) orang normal ada tiga tapi Yana ada empat,” ujar Uyaina dalam live di Instagramnya semalam.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak yang sememangnya menjadi minat Uyaina sebelum ini.
Seorang Yang Aktif Bersukan
Ads
“Saya seorang yang workaholic and enjoy working. Saya juga sukakan aktiviti berlari. Ketika di bangku sekolah saya memang aktif dalam aktiviti sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
‘Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
“Pada Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor yang merawat, ianya berlaku kerana jantung ‘dipaksa’ untuk bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan tahun lalu saya terlalu bekerja keras, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan.
“Selain itu, saya turut amalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan,” katanya yang masih bersedih dengan kehilangan mengejut abang sulungnya itu.
Uyaina Pesan Pentingnya
Tambah Uyaina lagi, sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Oleh sebab itu dia meninggalkan pesanan buat pengikutnya.
“Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan. Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar. Ingat, badan kita bukan mesin.
“Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia. Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
Ads
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.
Kongsi Uyaina, faktor penyakit jantung ini juga boleh berlaku disebabkan oleh keturunan atau genetik yang tidak boleh diubah seperti yang dialaminya dan arwah abang tercinta.
Justeru kita perlu sentiasa ingat sakit datang tidak mengira usia, siapa, bila dan bagaimana ia terjadi.
Oleh itu, hargai kesihatan kerana ia adalah harta paling berharga selagi kita diberikan nikmat untuk bernafas di muka bumi ini.
Tidak dinafikan hanya mereka yang pernah alami sakit batu karang akan dapat merasai kesakitan yang sebenar. Dan kebanyakan pesakit lelaki mudah terkena masalah ini.
Dikatakan sakitnya seperti mahu mati. Itulah yang digambarkan deritanya seperti perkongsian Dr Samhan di laman twitter yang memberitahu pengalamannya berdepan masalah pesakit yang diserang batu karang.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
Derita Sakit Batu Karang, Apa Perlu Dilakukan
Doktor tolong,sakit sangat ni. Rasa nak mati.
Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.
Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil.
“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”
“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”
“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”
Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.
Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.
Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
Apabila ia tersumbat, ia akan menyebabkan saluran ureter ini mengembang. Pengembangan saluran ini akan merangsang reseptor sakit dan menyebabkan sakit belakang yang tak boleh bawa bincang!
Gambar sekadar hiasan.
APA PUNCA BATU KARANG?
1. Kurang minum air Air kencing berkurangan dan lebih pekat daripada biasa menyebabkan kompaun-kompaun seperti kalsium, oxalate lebih mudah untuk membentuk batu.
2. Vitamin C yang diambil secara berlebihan Vitamin C diperlukan badan 80-100mg sehari dan maksimum 2000mg. Vitamin C diurai menjadi oxalate dan disingkirkan melalui air kencing seterusnya membentuk batu karang.
3. Banyak ambil garam Banyak garam menyebabkan penyingkiran kalsium ke dalam air kencing meningkat. Kalsium ini pula boleh berkumpul membentuk batu di dalam saluran kencing.
4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega-6 Makanan tinggi lemak omega-6 seperti jajan, fastfood dan maggie akan peningkatan kompaun oxalate di dalam air kencing dan kandungan citrate di dalam air kencing semakin berkurangan.
Untuk mengelakkan dari terkena batu karang, ikut langkah mudah ini: – Banyakkan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari(2.5 liter). – Jangan ambil vitamin megadose yang berlebihan – Kurangkan garam dalam makanan – Elakkan makan fastfood dan snek ringan.
APA RAWATAN JIKA DISERANG BATU KARANG?
– Penggunaan ubat tahan sakit seperti Diclofenac(Voltaren). – Antibiotik(jika mengalami simptom kencing kotor). – Ubat untuk melarutkan batu karang(ural sachet).
#Share info kesihatan batu karang sebab ramai yang kurang minum air dan mudahlah batu karang terbentuk.
Nampak muda lagi Yuni Shara walaupun usianya sudah memasuki 51 tahun, seolah-olah berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an.
Namun hakikatnya dia sudah berusia, tetapi orangnya jenis rajin pakai mask, inilah hasilnya. Kalau anda nak tahu apa yang penyanyi Indonesia ini amalkan, jom kita selongkar bersama.
Yuni Shara Nampak Muda, Rupanya Setiap Hari Pakai Aloe Vera
Buat yang tertanya-tanya apa yang Yuni Shara lakukan untuk kekal awet muda, inilah rahsianya.
Menurutnya, “Rutin penjagaan wajah saya adalah dengan menggunakan aloe vera atau lidah buaya sejak berusia 45 tahun. Saya akan gunakan sebagai mask, sapu dari muka hingga ke leher setiap hari.”
Berkongsikan rahsia kecantikannya, Yuni Shara mendedahkan yang dia sering menggunakan aloe vera dalam rutin penjagaan wajah. Menggunakan aloe vera sebagai mask sebelum tidur, Yuni mengatakan teknik ini berkesan dan menangani masalah penuaan.
Caranya adalah sapu gel aloe vera dalam kuantiti yang mencukupi, bermula daripada wajah hingga ke leher. Setelah kering, boleh bilas atau biarkan semalaman. Ini kerana wajah dan leher mudah alami tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan.
Kalau anda nak tahu, daun lidah buaya ini kaya dengan kandungan air dan pelbagai mineral serta komponen tumbuhan yang dipanggil karbohidrat kompleks menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk mencegah keradangan dan meningkatkan kelembapan kulit.
Haaa.. yang nak cantik dan awet muda, cubalah teknik Yuni Shara ini. Biasanya orang yang rajin pakai mask memang kulitnya lebih anjal dan sihat kalau konsisten amalkan 2-3 kali seminggu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan selain topeng muka, penggunaan hand sanitiser sangat berguna masa ini sebagai salah satu cara bagi mengekang penularan virus Covid-19.
Bagi mengelak tertinggal, kita biasanya akan letakkan hand sanitiser ini dalam kereta bagi memudahkan guna selepas keluar membeli barang.
Namun begitu, disebabkan cuaca panas kini, adakah selamat jika hand sanitiser ini dibiarkan lama dalam kereta di bawah pancaran matahari.
Malah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada keberkesanan hand sanitiser akan berkurang jika terdedah kepada sinaran matahari dalam masa yang panjang.
Jawapannya adalah ya. Hand sanitiser yang dibiarkan di bawah panas terik akan menjadi kurang berkesan, lebih-lebih lagi jika dibiarkan dalam satu tempoh masa yang lama.
Semua bahan kimia boleh melerai jika dibiarkan di bawah cuaca panas, begitu jugalah dengan bahan yang terkandung dalam hand sanitiser.
Sebagai contoh, alkohol di dalam cecair hand sanitiser boleh melerai dan tersejat jika dibiarkan di bawah cahaya matahari.
Perkara ini akan menyebabkan peratusan alkohol di dalam hand sanitiser tersebut berkurang lalu menyebabkan penggunaannya kurang berkesan.
Menurut CDC, hand sanitiser perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk berfungsi dengan baik.
Semakin tinggi peratusannya, semakin berkesanlah ia dalam mengekalkan tangan anda bebas daripada bakteria dan virus.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah penghalang untuk anda terus menyimpan cecair hand sanitiser dalam kereta.
Cuba letakkan botol tersebut di tempat yang teduh dan jauh daripada sinaran matahari seperti di dalam laci atau di dalam poket belakang tempat duduk.
Info Tambahan:
Selain cuaca panas, cuba periksa tarikh tamat tempoh hand sanitiser yang anda gunakan sekarang.
Selalunya, cecair ini boleh digunakan selama 2 hingga 3 tahun sebelum ia tamat tempoh.
Walau bagaimanapun, setelah digunakan berkali-kali, mungkin cecair pensanitasi tangan anda sudah menjadi kurang efektif.
Cuba ingat kembali, pernahkah anda tinggalkan penutup hand sanitiser anda terbuka selepas menggunakannya? Jika ya, hand sanitiser tersebut mungkin sudah tidak berkesan lagi.
Untuk panduan anda, cecair hand sanitiser akan menjadi lebih pekat dan sukar untuk kering jika ia sudah tamat tempoh.
Selain itu, perhatikan juga bau hand sanitiser tersebut. Jika ia sudah berbau pelik, mungkin sudah sampai masanya untuk anda beli botol baharu!