Oleh kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di mana kes mencecah lebih 20 ribu sehari, jadi kita perlu sentiasa membuat persediaan dalam menghadapi segala kemungkinan.
Salah satu persediaan adalah dengan menyediakan ubat yang sesuai jika dijangkiti virus merbahaya ini.
Agaknya ubåt apa yang sesuai ada dalam peti ubat di rumah kita. Senang atau tidak untuk mencari stok ubat ini kerana pasarannya laku seperti pisang goreng.
Bagi mereka yang mahu kurus tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan berat badan ideal hanya dengan mengamalkan diet extrem.
Ini hanya akan memudharatkan kesihatan dan gara-gara nak kurus boleh mendatangkan penyakit lain nanti.
Satu perkongsian di laman twitter gadis yang menggunakan akaun nama Raehanas_ berjaya capai misi mendapat berat badan ideal dalam masa singkat menggunakan kaedah diet atkins.
Melalui kaedah ini, dia tidak mengambil sebarang makanan karbohidrat sebaliknya memperbanyakkan sayur serta sumber protein.
Siapa sangka hanya dalam masa tiga minggu berjaya menghilangkan 5 kg dan cara ini berkesan dalam masa singkat.
Untuk memastikan diet atkins menjadi, dia hanya mengambil makanan sebanyak 1000 kcal sahaja sehari.
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan, Dr Noordin Darus, ini 10 sayuran terbaik untuk kesihatan yang wajib diambil dalam seminggu.
Ujarnya, pengambilan secara harian juga digalakkan. Boleh juga bertukar-tukar menu dalam seminggu.
Memakan bawang putih yang mentah atau yang telah dibakar mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
Bawang merah kaya dengan serat yang baik bagi pertumbuhan bakteria baik dalam usus, ia membantu melancarkan sistem penghadaman dan memastikan pergerakan usus yang baik.
Ia juga mengandungi bahan kimia saponin yang boleh membantu mengurangkan sakit dan kekejangan perut. Bawang merah juga membantu membuang toksik di dalam badan, seterusnya membantu melambatkan lagi proses penuaan.
Ia dikatakan kaya dengan vitamin C yang juga sejenis antioksidan. Vitamin C ini membantu melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel-sel di dalam badan.
Risiko penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser dapat dikurangkan. Ia turut mengandungi selenium, yang dipercayai mampu membantu meningkatkan sistem imun.
Selain harganya murah, kubis kaya dengan pelbagai komponen penting yang boleh memberi khasiat kepada kesihatan kita.
Antara komponen yang dapat ditemui di dalam kubis termasuklah vitamin A, C, dan E, mineral, serat dan antioksidan. Vitamin-vitamin ini bertindak samada secara sendiri atau secara bersama bagi melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit.
Di samping itu, kubis juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti kalium, magnesium, dan mangan yang bagus untuk fungsi badan. Ia juga tinggi dengan zat besi yang memainkan peranan penting dalam proses pembentukan sel darah merah di dalam badan.
Boleh dibuat jeruk. Bila ia disimpan lama-lama menjadi probiotik bagus untuk bakteria.
Lada atau cili benggala adalah antara sayuran yang sangat sihat. Ia membekalkan serat, zat besi dan juga folat yang mampu menyokong kesihatan usus selain berfungsi baik untuk sistem kardiovaskular. Lada benggala juga merupakan sumber kalium dan vitamin A yang baik untuk tubuh.
Menerusi kehadiran kalium, ia membantu menjaga kesihatan jantung dengan cara menurunkan tekanan darah dan mengurangkan penampilan perut buncit dengan mengurangkan pengekalan air di dalam tubuh.
Kubis Brussel atau brussel sprouts mengandungi kandungan antioksidan seperti vitamin C dan beta-karotena (vitamin A) serta sebatian nitrogen yang dikenali sebagai indole yang dikatakan mampu mengurangkn risiko beberapa kanser tertentu.
Ia juga kaya dengan serat pemakanan, mineral dan vitamin. Kehadiran vitamin C dan beta-karotena dalam kubis brussel juga dikatakan mampu mencegah jangkitan penyakit. Kekebalan tubuh dapat diperbaiki dengan pencegahan jangkitan.
Kubis bunga kaya dengan serat, folat, air, rendah lemak dan rendah karbohidrat. Ia mempunyai beberapa fitokimia yang banyak terdapat dalam keluarga kubis yang memberi manfaat kepada kesihatan manusia.
Malahan, ia juga kaya dengan vitamin C, vitamin K, vitamin B-6, tiamin, riboflavin, niasin dan alfatokoferol. Kubis bunga juga menyediakan sejumlah mineral penting seperti kalsium, magnesium, kalium dan mangan.
Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah.
Daun salad mampu mengurangkan penghasilan nitrik oksida, salah satu pencetus utama kepada keradangan. Kandungan antioksida yang tinggi di dalam daun salad seperti vitamin C dapat menyokong sistem pertahanan badan lalu menjadi benteng perlindungan daripada penyakit.
Salad juga mengandungi kalsium (nutrien yang menguatkan gigi dan tulang, mbantu fungsi urat, saraf, dan penggumpalan darah), vitamin K, (mencegah keretakan tulang), vitamin B9 (bantu hasilkan DNA dan bahan genetik) dan kalium (turunkan tekanan darah).
Brokoli mengandungi kaempferol di mana komponen ini bersifat antioksidan dan mampu untuk mencegah penyakit jantung, kanser dan keradangan. Ia juga sayur yang kaya dengan kandungan vitamin C.
Brokoli juga kaya dengan sulforaphane iaitu sejenis komponen yang melindungi tubuh dari pelbagai jenis kanser.
Tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95 peratus dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat.
Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Paling penting, tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.
Pengambilan makanan tinggi nutrisi seperti avocado secara kerap boleh membantu melindungi jantung.
Vitamin, mineral, lemak sihat dan serat yang terdapat dalam buah ini, memainkan peranan dalam memastikan sistem kardiovaskular sihat. Penemuan kajian mendapati, diet yang lengkap dengan buah avocado boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Buah avocado juga membantu meningkatkan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikaitkan dengan pembentukan plak di sepanjang dinding arteri.
Selain vitamin, mineral, lemak sihat dan serat, avocado sarat dengan sebatian bioaktif termasuk karotenoid, vitamin C, vitamin E dan sebatian fenolik.
Jadi untuk mengelakkan risiko serangan penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi, jadikan 10 sayuran terbaik ini dalam menu harian kita. Semoga bermanfaat!
Seperti kita makum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberitahu bahawa produk ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’ mengandungi racun berjadual iaitu Tretinion.
Jadi kita diingatkan supaya elak untuk membeli atau menggunakannya jika sayangkan kulit wajah.
Walaupun ada antaranya memberitahu produk dipakai ok, tetapi perlu diingat produk pemutihan yang mereka gunakan ini mengandungi racun terlarang.
Dalam satu perkongsian di laman sosial FB, Public Health Malaysia memberitahu kesan penggunaan produk mengandungi racun berjadual ini terutama untuk kulit wajah.
Menurut PHM untuk kesan jangka pendek produk yang mengandungi Hyroquinone dan Tretinoin memang nampak kesan, tetapi tidak untuk hasil selepas itu.
“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk Briliant Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang
“Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya pula sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.
“Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun,” menurut PHM.
Dan kesannya akan menyebabkan masalah kulit kronik yang dipanggil Ochronosis
“Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.
“Jika anda adalah pengguna produk,
-Briliant Skin Care Rejuvinating Facial Toner
-Briliant Skin Care Rejuvenating Facial Cream
-Briliant Skin Essential Whitening Facial Cream
“Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, jangan sesekali kita terus membeli atau menggunakan produk ini kerana begitu membahayakan kulit wajah. Jika masalah ini berterusan teruskan berjumpa pakar konsultasi untuk rawatan selanjutnya.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.