Bagi mereka yang mahu kurus tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan berat badan ideal hanya dengan mengamalkan diet extrem.
Ini hanya akan memudharatkan kesihatan dan gara-gara nak kurus boleh mendatangkan penyakit lain nanti.
Satu perkongsian di laman twitter gadis yang menggunakan akaun nama Raehanas_ berjaya capai misi mendapat berat badan ideal dalam masa singkat menggunakan kaedah diet atkins.
Melalui kaedah ini, dia tidak mengambil sebarang makanan karbohidrat sebaliknya memperbanyakkan sayur serta sumber protein.
Siapa sangka hanya dalam masa tiga minggu berjaya menghilangkan 5 kg dan cara ini berkesan dalam masa singkat.
Untuk memastikan diet atkins menjadi, dia hanya mengambil makanan sebanyak 1000 kcal sahaja sehari.
Berjaya hilangkan 5 kg dalam 3 minggu
Mempunyai ketinggian 170 cm dengan berat pernah cecah 66 kg
Hanya amalkan diet atkins, tak makan apa-apa jenis karbohidrat. Sebaliknya banyakkan protein dan sayuran.
Ads
Proses bakar lemak
Hanya ambik 1000 kcal & bersenam 3 kali seminggu
Ini tip kalau betul-betul nak berjaya dalam diet ini. Kena kawal nafsu makan & kalau boleh cari kawan teman diet
Kena rajin bersenam. Boleh cheat day tapi ambik tak lebih dari 1/2 sudu gula saja
Minum air panas/suam dan cubalah untuk tidur seawal jam 10 malam
Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Melakukan sesi pemanasan badan penting kerana ia membantu otot mengembang dan mengecut dengan baik. Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku:
Walaupun masalah ini sering dianggap remeh, terdapat beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan ia berlarutan. Berikut cadangan daripada Doctor On Call dan Physiomobile Malaysia:
Hentikan segera aktiviti fizikal apabila tubuh memberikan isyarat kejang otot. Jangan paksa diri kerana ia boleh memburukkan keadaan.
Sentiasa lakukan regangan dan pemanasan badan sebelum memulakan sukan. Regangan selepas aktiviti juga membantu otot pulih lebih cepat.
Urutan lembut pada bahagian otot yang kejang dapat membantu melegakan ketegangan. Boleh juga menggunakan beg ais atau rawatan haba untuk mengurangkan rasa sakit.
Dehidrasi adalah antara punca utama kekejangan otot. Pastikan anda minum air putih yang mencukupi sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti fizikal.
Pengambilan makanan yang kaya dengan mineral seperti kalium, kalsium dan magnesium sangat penting. Contoh makanan baik termasuk bayam, jagung, lobak merah dan epal.
Biarpun ada banyak cara untuk mengatasi kekejangan otot, masalah yang berterusan boleh menjejaskan kualiti hidup. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar fisioterapi atau doktor untuk rawatan lanjut.
Rawatan berkala dan gaya hidup sihat dapat membantu mengurangkan risiko kekejangan otot daripada berulang. Jadi, jangan ambil mudah masalah ini.
Artikel ini untuk tujuan informasi kesihatan sahaja. Sila rujuk pakar perubatan untuk nasihat yang lebih tepat.
Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.