Rahsia awet muda masuk Usia 50. Kakak Kris Dayanti rajin pilates & pakai masker cegah kedut wajah! Seperti adiknya Kris Dayanti, kakak penyanyi popular Indonesia ini, Yuni Shara juga sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi bergelar selebriti, Yuni Shara turut mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal jelita dan awet muda walau usia sudah mencecah 50 tahun.
Baik Yuni Shara atau Krisdayanti masing-masing memiliki raut wajah yang cantik dan seakan-akan sama. Keduanya bukan sahaja sekadar cantik, tetapi masing-masing sangat menjaga penampilan diri dan tidak mahu kalah dalam berfesyen.
Apa yang menariknya tentang pelantun lagu ’50 Tahun Lagi’ ini, ialah biarpun usianya bakal menginjak 50 tahun tetapi Yuni Shara sering tampil elegan dan gemar berkongsi OOTD di Instagram. Bukan saja penampilan, Yuni Shara juga amat menitikberatkan soal kecantikan.
Bagi ibu anak dua ini, semua wanita dilahirkan cantik dan memiliki kecantikan tersendiri. Lebih senang memilih cara alami dengan menjadikan daun lidah buaya sebagai masker.
Ads
Seperti kita tahu bahawa lendir daun lidah buaya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kulit wajah. Salah satu kebaikannya adalah boleh membantu melambatkan proses penuaan.
Kakak Kris Dayanti Rajin Pilates
Menurutnya, masker daun lidah buaya dapat mencegah kedutan termasuk jerawat jika diamalkan secara konsisten. Selain digunakan sebagai masker, Yuni Shara turut memakan isinya pada setiap pagi yang dicampur bersama madu.
Dan bagi mengekalkan tubuh badan yang fit dan bertenaga, Yuni Shara juga tak pernah meninggalkan rutin senamannya setiap hari antaranya yoga dan pilates.
Namun sejak pernah mengalami kecederaan, Yuni Shara kini hanya melakukan senaman ringan seperti push up, sit up dan plank.
Pakai Masker Cegah Kedut Wajah
Wanita jelita ini juga turut berpesan kepada wanita-wanita di luar sana agar mengubah mindset tentang senaman. Tambahnya, senaman bukan semata-mata untuk kurus atau awet muda tetapi untuk jadi lebih sihat.
Yuni Shara atau nama sebenarnya Wahyu Setyaning Budi turut menambah kerjaya turut mempengaruhi agar sentiasa menjaga penampilan diri.
Salah satu gayanya yang sering menjadi perhatian ialah gaya kasualnya yang ringkas tapi stylish. Contohnya, padanan seluar ripped jeans yang menyerlahkan ‘sisi muda’ Yuni Shara.
Bagi Yuni Shara, untuk nampak awet muda bukan hanya bergantung kepada amalan petua saja. Berfikiran positif dan saling memberi motivasi juga salah satu rahsianya. Hal yang kecil tetapi besar manfaat dan ganjarannya bukan saja buat followers bahkan dirinya sendiri.
Ya, suatu masa semua orang akan berkedut juga tetapi sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk elak wajah cepat tua daripada umur. Bukan habiskan duit beribu untuk cucuk sana sini tetapi cukup 3 langkah ini sahaja.
Elak Wajah Cepat Tua, Pakar Kulit Kata Cukup 3 Langkah Ini
Menurut sumber tentang kecantikan wajah, ada tiga produk siang hari yang pakar dermatologi jelaskan ada cara yang berkesan untuk meminimumkan kesan penuaan mengikut jenis kulit masing-masing.
Ingat ya, anda wajib melakukan rutin secara konsisten di bawah ini pakar dermatologi memecah tiga produk yang anda perlu lakukan dalam harian.
1. Pembersih yang lembut
Cuci lah muka tu walau cuma sekali sehari. Tetapi jika anda jenis pakai mekap tebal, pastikan dua kali cucian dibuat, itu paling selamat untuk elakkan jerawat muncul.
Pastikan bersihkan wajah dengan sabun lembut dan tidak keringkan kulit, ini penting untuk mengeluarkan sisa produk yang telah anda gunakan seharian.
2. Serum antioksidan dengan vitamin C dan asid ferulik
Mencipta penghalang untuk melindungi kulit daripada radikal bebas adalah kunci. Pakar mencadangkan menggunakan serum yang mengandungi kedua-dua vitamin C dan asid ferulik hasil gabungan kuasa antioksidan dan keupayaan untuk membawa sinaran pada kulit.
Vitamin C pada kepekatan sekitar 12 peratus membantu dengan pigmentasi dan menyokong sintesis kolagen. Selain menjadikan vitamin C tersebut lebih berkesan, asid ferulik juga akan membantu meningkatkan ketegasan kulit sambil melembapkan dan memberikan kesan anti-radang. Dan jika kulit anda sangat kering? Cari formula dengan vitamin E.
3. SPF yang cukup
Kalau dah pakai pencuci dan pelembap, pastikan anda ada juga sunscreen untuk melindungi kulit pula! Inilah anti penuaan paling utama, guna yang ada SPF tetapi persoalannya, adakah anda perlu menggunakan pelembap juga sebelum sapu sunscreen? Ia bergantung pada kulit anda.
Sebagai contoh, menggunakan SPF spektrum luas dan bukannya pelembap, sama ada untuk menggunakan krim tambahan bergantung pada perasaan kulitnya setiap pagi. Jika anda menggunakan pelembap, pastikan mengandungi asid hyaluronik atau seramida dan letakkannya selepas serum anda tetapi sebelum SPF.
Hah, dah tahu cara macam mana nak elak wajah cepat tua dari umur anda, maka amalkan tip ini ya!
Nampak manis Scha Alyahya bertudung selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu.
Namun pelakon dan pengacara, Awal Ashaari tidak mahu memaksa isterinya itu untuk melakukan perubahan bertudung sepenuhnya.
Manis Scha Alyahya Bertudung Lepas Balik Umrah, Awal Ashaari Tak Paksa Pun
Memetik Kosmo, Awal mengakui isterinya itu kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab namun hanya mendoakan yang terbaik.
“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan. Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” katanya.
Menurut Awal lagi, isterinya perna menolak tawaran sebagai model bertudung tetapi semakin terbuka bagi menerima peluang tersebut selepas pulang dari umrah.
“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.
“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” katanya.
Bagi Awal, penghijrahan bukan perkara mudah serta menyerahkan kepada Scha untuk membuat keputusan. Tambahnya lagi, dia bukan tidak ingin memaksa isterinya namun dia yakin ianya akan datang dengan sendiri.
“Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.
“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.
“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.
“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” katanya.
Apa pun, Rapi doakan moga Scha terbuka hati untuk kekalkan gaya penampilan baru ini dan istiqamah dalam penghijrahan. Mari doakan yang baik-baik buat isteri Awal ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mood raya masih ‘on’, jadi jom sambung deko langsir kabinet dapur rumah dengan menggunakan tiga bahan ini.
Sesuai untuk anda yang nak jimat tetapi nak rumah cantik, boleh cedok idea yang dikongsikan daripada Puan Ayza Nur yang telah ‘dipanjangkan’ oleh Puan Suzana Asmazul.
Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja
Kabinet dapur bawah sinki nampak kurang kemas kalau dibiar terbuka tanpa langsir, malah semua barang yang tersimpan dibahagian ini akan terdedah dengan habuk dan binatang juga boleh masuk.
Akan kelihatan buruk juga bila tidak disusun dengan elok, jadi lebih cantik jika anda cuba buat tirai.
Mak-mak yang ada anak kecil pun boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya jimat poket, tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah di bawah.
DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)
BARANG-BARANG DIPERLUKAN:
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
CARA MEMBUATNYA:
Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
Selaraskan panjang curtain bar.
Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
Kemaskan dan siap!
Selamat mencuba! Kongsikan andai bermanfaat untuk korang.
Sumber: Ayza Nur
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!