Bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan mendadak, selain melakukan workout cara terbaik untuk mendapat berat ideal adalah dengan menjaga pemakanan.
Hanya dengan pemakanan jika dilakukan secara konsisten dan berterusan tidak mustahil dalam sebulan boleh hilang beberapa kilogram.
Seperti perkongsian wanita ini Tuan Adriana Arissa yang lenyap lebih 5 kg hanya dalam masa 23 hari mengamalkan diet suku-suku separuh (dsss).
Dia turut menjadikan diet dsss ini sebagai lifestyle memandangkan sebelum ini pernah mencuba beberapa diet seperi atkins dan juga IF.
Ayuh kita ikuti sebahagian menu yang dikongsi sebagai panduan kepada mana-mana yang masih tercari diet sesuai.
Hilang 5KG Dalam Masa 23 Hari
Alhamdulillah hari ni hari ke 23 saya buat DSSS. Awal-awal permulaan ni penurunan sedikit laju maybe water retention. Plus saya breastfeeding baby.
Setelah lama tak betul-betul istiqamah, saya harap kali ini saya akan buat dsss sebagai lifestyle saya.
Macam-macam dah saya diet, atkins pon pernah buat. Dah pernah lost 10kg. IF pon saya pernah buat dan dah lost 6kg tapi lepas tu mengandung tapi saya nak jadikan dsss ini sebagai lifestyle saya sebab tak nak gemuk lagi lepas ni. Lps tu diet. Gemuk dan diet semula pah cerohhh
Selama 23 hari ini menu-menu saya makan. Alhamdulillah dah lost 5.3kg. Target 55kg. Walaupon berat zaman blm kawin dl 45kg
Suka tengok gigi Faezah Elai, tersusun cantik putih bersih. Ini mampu menambah keyakinan diri untuk berkomunikasi dan berhadapan dengan orang lain.
Salah satu punca gigi menjadi kekuningan pun sebab kerap pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh.
Jadi anda boleh cuba cara yang dikongsikan oleh pelakon Nor Faezah Md Elai,39 atau lebih dikenali Faezah Elai apa yang diamalkan setiap kali ambil minuman kafein seperti teh dan kopi bagi memastikan giginya kekal putih bersih.
Menurut pelakon ini, dia tidak menggunakan rawatan gigi seperti Veneer pun untuk mendapatkan gigi yang sihat, putih bersih. Sebaliknya menggunakan penyedut minuman (straw) setiap kali minum minuman berkafien seperti kopi dan teh dengan suhu air yang tidak terlalu panas.
“Pasai apa putih? Sebab when I drink tea or coffee, I will use straw to avoid colour caffeine tu direct kena gigi. Tak pecaya? Try sendiri..it works!
Kalau ayaq panaih tak payah straw! I dont really drink ayaq panaih. Kalau nak minum jugak suka hati hang lah! I drink teh tarik also I use straw. Tak dak masalah aihh!! Sunnah pun kata jangan makan or minum terlalu panaih sampai dok kena hemboih. Paham dak?
Jadi kalau nak pastikan gigi putih bersih, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Faezah Elai ini, guna straw jika nak minum minuman berkafien.
“Pada 2019, saya ada slipped disc dengan berat badan 85kg. Jadi, saya terpaksa turunkan berat sebab sudah terlampau sakit.
“Apabila buat pemeriksaan darah dan penyakit lain, doktor menasihati saya untuk mulakan penjagaan pemakanan. Alhamdulillah, saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis.
“Memandangkan saya memiliki rangka kecil, jadi kalau tidak buat apa-apa memang akan menjadi lebih teruk. Disebabkan itu saya berusaha. Mahu atau tidak dan sebab fikir kesihatan, saya buat secara perlahan-lahan. Bukan sebab nak cantik pun.
“Doktor memberi nasihat cara pemakanan yang sesuai dengan kumpulan darah saya. Saya ikut semua.
“Cuma tidak boleh buat senaman sebab slipped disc. Alhamdulillah sekarang berat kekal antara 48 hingga 50kg. Ia adalah berat asal saya dulu,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Shima, dalam tempoh enam bulan pertama, dia tidak mengambil nasi, gula dan hanya makan sayur-sayuran.
“Memang ‘sakit’ juga, tapi hasilnya berat saya turun daripada 85kg ke 75kg. Pada November tahun lalu berat saya sudah mencecah 48kg. Selepas itu, saya cuba kekalkan. Sekarang pun saya hanya gunakan gula merah. Makan nasi pun jarang dan jika ambil pun segenggam saja.
“Saya tak mampu sediakan makanan diet yang mahal. Saya hanya makan sayur, telur, ikan dan sumber protin lain.
“Saya nak sihat saja, tapi tidak ada jalan pintas. Ini pengalaman sendiri. Disiplin kena kuat. Semuanya saya masak di rumah sebab senang nak kawal,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya sekarang, Shima berkata, dia sudah tidak mengalami masalah sakit tumit dan lutut. Tetapi masih ada masalah slipped disc.
Dan ini antara menu diet yang disediakan oleh Shima sepanjang proses menurunkan berat badan.
Pernah atau tidak tiba-tiba saja anda diserang sesak nafas hingga menyebabkan dada terasa sempit. Jika situasi ini berlaku apa yang perlu dilakukan.
Perkongsian dari Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab terjadinya sesak nafas dan cara rawatan terbaik mengubatinya.
Sesak nafas mempunyai pelbagai punca. Mereka yang mengalami sesak nafas selalunya akan mempunyai pengalaman yang berbeza. Akan ada yang mengatakan susah untuk menarik nafas, ada pula yang mengatakan dadanya ditekan kuat hingga menyusahkan ia untuk menarik nafas dan ada juga yang mengatakan dadanya sakit.
Berikut adalah antara punca-punca yang menyebabkan sesak nafas :
Penyakit jantung koronari atau “acute coronary syndrome” merupakan spektrum termasuk serangan jantung. Ini adalah keadaan di mana saluran darah arteri yang membawa oksigen ke organ jantung sudah terlalu sempit. Apabila saluran ini sempit dan jantung akan rasa sakit.
Tahap pertama dalam spektrum ini adalah “angina” di mana sekatan di arteri tersebut masih membenarkan darah berlalu maka anda hanya akan sakit dada tetapi jantung tidak mengalami kerosakan. Serangan atau sakit jantung merupakan tahap terakhir dalam spektrum ini di mana organ jantung akan mengalami kerosakan.
Fungsi paling penting jantung adalah untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan bahan lain bagi organ-organ di seluruh badan. Ini adalah situasi di mana jantung tidak berada di prestasi yang optimum. Antara tanda yang anda akan alami ialah sesak nafas, batuk, kaki bengkak dan rasa lesu.
Seperti yang dinyatakan, asma boleh terjadi kepada kanak-kanak dan dewasa. Antara gejala asma adalah sesak nafas, batuk, dada rasa ketat. Antara perkara yang boleh menyebabkan asma adalah alahan. Antara perkara biasa yang mungkin punca alahan adalah habuk, bulu binatang seperi kuncing atau anjing, cuaca sejuk, pencemaran udara, senaman, stres.
“Chronic obstructive pulmonary disease” atau penyakit sekatan pernafasan kronik merupakan penyakit jangka panjang yang terjadi oleh kerana radang dalam tisu paru-paru yang membawa kerosakan. Ini menyebabkan sekatan dalam pernafasan dan membawa kepada simptom seperti sesak dan batuk. Penyebab utama ini adalah tabiat merokok tetapi pencemaran udara juga memainkan peranan.
Dalam jangkitan paru-paru, kuman akan menyebabkan keradangan dalam kawasan alveolar. Keradangan ini akan menyebabkan cecair terkumpul di dalam kawasan tersebut. Alveolar merupakan kawasan pertukaran gas. Apabila ia dipenuhi air, gas oksigen akan lebih susah untuk diserap masuk ke dalam salur darah.
Perkara ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam badan berkurangan dan pesakit akan bernafas dengan lebih laju.
Paru-paru manusia ditutup oleh dua lapisan dan terdapat ruang di antara dua lapisan ini. Pneumothorax adalah penyakit di mana terdapat kebocoran pada lapisan luar paru paru dan menyebabkan udara masuk dan menghimpit paru-paru.
Masalah ini boleh menyebabkan sesak nafas dan sakit apabila bernafas. Pneumothorax boleh disebabkan oleh kecederaan seperti tikaman atau patah tulang rusuk, penyakit seperti COPD atau terjadi tanpa sebab.
Ini adalah jangkitan kuman mycobacterium tuberculosis secara amnya. Kebanyakan jangkitan terjadi di paru-paru tetapi boleh juga membabitkan tempat lain seperti nodus limfa, lapisan otak, tulang, sendi dan bahagian abdomen. Antara gejala individu yang menghidap penyakit TB adalah batuk jangka panjang, batuk berdarah, sesak nafas, sakit dada, hilang berat badan, demam, berpeluh pada waktu malam, hilang selera dan lesu.
Kanser paru-paru mempunyai banyak gejala yang sama dengan penyakit TB dan imbasan x-ray boleh membezakan antara kedua-dua penyakit ini dan jika tidak, terdapat pemeriksaan lain yang boleh dibuat. Antara faktor yang memberi risiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah merokok, pendedahan kepada asbestos dan pencemaran udara.
Ini adalah keadaan di mana terdapat darah beku di saluran darah pulmonari arteri. Antara faktor yang menaikkan risiko penyakit ini adalah kanser dan tidak bergerak dalam jangka masa yang lama seperti mana berlaku apabila seseorang patah kaki.
Alahan boleh menjadi penyebab penyakit asma tetapi terdapat juga alahan yang membawa kepada situasi berbahaya iaitu “anaphylaxis”. “Anaphylaxis” amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Simptom termasuk sekatan nafas, bengak bibir dan tekak, tekanan darah rendah dan ruam yang gatal.
Jika terdapat kecederaan ke tulang rusuk, rasa sakit akan akan menyebabkan anda tidak menarik nafas sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa kepada “lung collapse” di mana paru-paru tidak kembung seperti yang sepatutnya.
Anemia adalah keadaan di mana darah anda tidak mempunyai haemoglobin yang mencukupi. Haemoglobin adalah komponen darah yang membawa oksigen. Jika haemoglobin terlalu rendah, anda akan rasa sesak nafas kerana tidak cukup oksigen.
Anemia mempunyai banyak penyebab termasuk pendarahan yang berlebihan(contoh adalah haid bagi wanita) dan pemakanan yang tidak mengandungi cukup zat yang diperlukan.
Penyakit gastrik iaitu penyakit yang melibatkan penghasilan jus gastrik yang bersifat asid lebih daripada biasa akan menyebabkan keradangan dibahagian perut.
Ini juga akan menjadi salah satu penyebab pesakit merasa sakit dada dan juga sesak nafas kerana saraf yang bersambung kepada kawasan dada dan perut ini adalah berasal daripada saraf yang sama
Dalam penyakit ini, asid dalam perut boleh ditolak balik naik ke saluran esofagus. Perkara ini akan menyebabkan sakit di bahagian dada dan jugak sesak nafas terutamanya apabila pesakit berada dalam keadaan baring.
• Bernafas laju
• Pernafasan yang berbunyi (wheezing)
• Kuku dan bibir menjadi biru
• Muka menjadi pucat
• Berpeluh dengan banyak
Untuk mengenal pasti punca sesak nafas, beberapa pemeriksaan akan dijalankan oleh petugas perubatan. Antaranya ialah :
1. Pengambilan darah: Untuk mengetahui bilangan sel darah, kandungan oksigen dalam darah berserta bacaan protein yang terhasil ketika serangan sakit jantung berlaku
2. X-ray dada: X-ray ini boleh melihat keadaan paru-paru dan juga jantung
3. Elektrokardiogram: Mesin ini dapat mengesan gelombang jantung yang tidak normal
4. Echocardiogram: Pemeriksaan yang menggunakan teknik “ultrasound” untuk melihat degupan jantung dan tisu paru-paru.
Selalunya pesakit akan dirawat seperti biasa bagi mereka yang sesak nafas. Iaitu pesakit akan diberikan gas oksigen melalui tiub. Jika keadaan terlampau teruk berserta bacaan oksigen yang rendah, pesakit akan ditidurkan dan tiub akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu pesakit.
Rawatan spesifik sesak nafas bergantung kepada punca masalah tersebut.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.