Setiap kali masuknya bulan puasa, aktiviti paling seronok dan ditunggu adalah membeli juadah di bazar Ramadan.
Pelbagai makanan yang tersedia dan menggamit selera orang berpuasa.
Tetapi tidak semua makanan dijual itu sesuai untuk kita. Ada yang elok dan ada juga boleh buat perut meragam.
Untuk mengelakkan masalah ini setiap kali membeli juadah di bazar Ramadan, Pakar Nutrisi Puan Syaza berkongsi tip memilih makanan ketika membeli di sini.
Gambar sekadar hiasan.
Bazaar dan bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan.
Cuma anda pernah terfikir tak tentang cara macam mana nak memilih makanan yang lebih sihat bila berada di bazaar?
Harap maklum lah bila dah ada kat bazaar ni terus jadi rambang mata. Banyak sangat makanan yang semuanya nampak sedap.
Tapi bila fikir pasal nak diet di bulan Ramadhan ni selalu fail semua sebab makanan.
Ha.. kini anda tak perlu risau lagi, sebab kat sini kami bagi tips pemilihan makanan di bazaar.
Ads
Pilih lauk yang lebih sihat dan tidak bergoreng, contohnya ayam bakar dan ulaman
Elakkan juga beli ‘side meal’ yang bergoreng, santan dan bergula. Jika beli kuih, belilah 1 atau 2 biji sudah memadai.
Lagi satu elak beli air balang yang manis. Belilah air fresh yang tidak dibancuh gula atau susu pekat seperti air tebu, air soya.
Ads
Tidak salah beli di bazar tapi belilah dengan bijak supaya tak ambil kalori berlebihan.
Salah satu rahsia jadikan kulit flawless, sapu masker sireh dalam tiga kali seminggu. Sangat membantu dan jimat poket!
Tak perlu keluar modal yang besar. Hanya perlukan sedikit je kerajinan nak buat muka tu cantik berseri. Jom baca perkongsian Puan Fazreen Saini yang mana dia menggunakan daun sireh sahaja untuk jaga kulit wajahnya.
Daun sireh ni memang masker terbaik untuk wajah. Kandungan anti baketeri, anti inflamasi, serta minyak esensial pada daun sirih mampu menghilangkan jerawat dan mempercepat proses pengeringan bekas jerawat tu.
5 helai daun sirih.
Air hangat secukupnya.
Cara:
1. Blend daun sirih dengan tambahan air hangat.
2. Sapu dan ratakan ke muka.
3. Biar kurang lebih 15 minit.
4. Bilas dengan air bersih.
Jumlah yang diblend ni boleh diguna sampai 3 kali. Simpan dalam peti dan habiskan dalam masa seminggu.
Buat 3 kali seminggu pun dah cukup ok.
Sebelum menggunakan masker daun sirih, pastikan muka tu dalam bersih.
Dengan sedikit kerajinan buat rawatan muka guna daun sirih ni, kulit muka tu akan kembali bersinar, berseri dan flawless.
Selamat mencuba petua ni dan selamat peloles ya. Meh cantik sama-sama. Boleh kongsi petua ni untuk info sahabat yang lain juga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon Fazura dikenali sebagai seorang selebriti yang sangat menjaga penampilan dirinya sejak zaman sebelum berkahwin dan bergelar ibu.
Penampilan yang sentiasa kelihatan cantik dan anggun ini terus dibawa sehinggalah Fazura bergelar seorang ibu kepada cahayamata.
Ternyata pengalaman selepas melahirkan anak tidak menjadikan alasan untuknya tidak menjaga saiz badan agar kembali langsing.
Namun begitu, pelakon yang sentiasa mengukir senyuman paling cantik ini mengakui proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
“Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya lagi.
Isteri kesayangan pelakon Fattah Amin ini juga sering menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg.
Apabila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi yang kini turut bergelar usahawan.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya sambil tersenyum.
Usaha menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan atau diet sering menemui jalan buntu apabila gagal mencapai sasaran.
Biasanya diet dilakukan adalah dengan menghindarkan pengambilan nasi, tanpa karbohidrat atau mengawal kemasukan lemak ke dalam tubuh.
Kegagalan ini mungkin berpunca apabila terpaksa mengelak makanan kegemaran dan mudah lapar kerana nutrien yang masuk ke tubuh telah diserap menjadi tenaga.
Apa kata cuba diet Intermittent Fasting.
Intermittent Fasting adalah cara mengatur pola makanan dengan cara berpuasa dalam tempoh tertentu. Namun, diet cara ini membenarkan pengamalnya untuk minum air.
Diet cara ini bukan mengurangkan pengambilan jumlah makanan tetapi mengatur bila perlu makan dan bila boleh mengelak pengambilan makanan seperti berpuasa.
Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Namun, keistimewaan intermittent fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;
Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.
Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaanya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air.
Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki.
Kaedah ini tidak menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut.
Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta difisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.
Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.
Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.
• Banyak minum air kosong untuk mencegah dehidrasi sepanjang masa Intermittent Fasting.
• Dicadangkan untuk mula diet puasa ketika waktu malam yang memudahkan untuk berpuasa dalam waktu tidur.
• Sentiasa berpesan berpuasa bukan bermakna menahan lapar tetapi memberi tubuh berehat daripada sebarang aktiviti pencernaan.
• Digalakkan untuk mula diet puasa ketika anda sedang sibuk dengan tugasan agar dapat melupakan sebentar tentang pengambilan makanan.
• Usaha lebih efektif apabila diiringi dengan senaman yang bersesuaian.