Selain penjagaan wajah, kuku sepatutnya bahagian anggota badan yang juga perlu diberi perhatian. 

Ini kerana kuku yang sihat memberi kelebihan untuk kita melakukan tugasan lain dengan lebih cepat.

Jika bahagian ini kotor, busuk dan bermasalah akan menyebabkan urusan kerja jadi terbantut. Malah keyakinan juga sedikit tergugat dek kerana masalah ini.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tanda-tanda jangkita kulat pada kuku dan cara berkesan untuk merawatnya.

Bau Busuk & Tanggal Dari Isi, Tanda Jangkitan Kulat Pada Kuku. Doktor Syor Rawatan Berkesan Atasinya!

Tanda-Tanda Jangkitan Kulat Pada Kuku

“Doktor, kuku saya ni dia tumbuh tak cantik. Kenapa eh?”

Saya pun periksa kuku dia satu persatu. Rupa-rupanya dia menghidapi onychomycosis, atau jangkitan kulat pada kuku. Tahu tak apa tanda-tanda jangkitan kulat pada kuku?

– Kuning gelap / hitam
– Menggerutu dan tebal
– Melengkung ke atas
– Tertanggal dari isi
– Rapuh dan bergerigi
– Berbau busuk

IKLAN

Jangkitan kulat pada kuku ni berlaku atas beberapa sebab, antaranya kerana terdapat kecederaan pada kuku, masalah kebersihan, imuniti rendah, kencing manis dan lain-lain.

Macam mana nak rawat jangkitan kulat pada kuku ni?  Sejujurnya, rawatannya tak sukar tapi ramai tak sanggup nak turuti saranan doktor kerana:

Ubat anti-kulat(antifungal) topikal disapu atau dititiskan pada kuku pada setiap hari, selama 4-6 bulan atau sehingga kuku baru yang bebas jangkitan tumbuh sepenuhnya. Ia perlukan disiplin tinggi.

Ubat  anti-kulat oral (pil) dimakan setiap hari selama 2-4 bulan. Pil ini tak sesuai jika anda ada masalah hati. Jika anda diberi pil ini, kadangkala doktor perlu pantau fungsi hati.

Kombinasi ubat anti-kulat topikal dan oral. Gabungan dua jenis ubat ini boleh menambahkan keberkesanan rawatan, namun lazimnya masih perlukan masa berbulan-bulan.

IKLAN

Cabut kuku yang dijangkiti kulat dan menyapu ubat anti-kulat pada isi di bawah kuku yang dicabut tadi. Prosedur ini biasa dilakukan untuk kes jangkitan kulat pada kuku yang agak parah.

Bau Busuk & Tanggal Dari Isi, Tanda Jangkitan Kulat Pada Kuku. Doktor Syor Rawatan Berkesan Atasinya!
Gambar sekadar hiasan.

Laser atau rawatan cahaya. Ia jenis rawatan yang masih baharu dan belum tersedia di kebanyakan fasiliti kesihatan di Malaysia. Biasanya terdapat di pusat rawatan pakar kulit.

Rawatannya memakan masa yang lama dan perlukan keazaman yang tinggi. Jadi, adalah lebih elok jika kita cegah jangkitan kulat pada kuku. Macamana nak cegah masalah ini?

Jaga kebersihan: pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan dicuci bersih setiap kali mandi. Gunakan pengetip kuku yang bersih ketika memotong kuku.

Jaga kuku: elakkan risiko kecederaan kuku dengan memakai sarungan tangan dan kasut yang sesuai ketika melakukan aktiviti lasak.

IKLAN

Jaga kesihatan: penghidap kencing manis, atau apa-apa penyakit yang mengakibatkan imuniti menurun akan meningkatkan risiko jangkitan kulat.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Ukuran Payudara Memang Besar Sebelah, Namun Awas Soal Saiz. Boleh Jadi Petanda Awal Kanser

Jangan Kongsi Tuala Atau Stoking, Cara Elak Kurap Akibat Jangkitan Kulat

Hidung Tersumbat Berpanjangan Penyebab Resdung & Boleh Bawa Maut. Doktor Kongsi Rawatan Atasinya!

Asma Boleh Ancam Nyawa Jika Tak Dirawat. Doktor Kongsi Punca & Ubatan Terbaik Perlu Diambil!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI