Perkongsian Public Health Malaysia ada memberitahu mengenai kesan penggunaan pinggan mangkuk warna-warni yang diperbuat secara tradisional dengan tanah liat ini.
Gambar sekadar hiasan.
Bahaya Guna Pinggan Warna-Warni
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Ads
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah – Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat – Pinggan dengan corak yang dilukis dan menarik – Permukaan pinggan yang tidak rata, anda dapat rasa corak yang dilukis dengan tangan – Pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui) – Pinggan dengan pelbagai bentuk
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya – Elakkan meletakkan makanan panas – Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave – Jangan simpan makanan terlalu lama – Jangan letak makanan berasid seperti tomato, limau, teh, kopi dan jus buah – Elakkan basuh dengan sabun, menyental permukaan pinggan dengan dawai kerana ia akan merosakkan permukaan dan menyebabkan bahan plumbum lebih mudah bocor – Jangan hidangkan untuk kanak kanak dan warga hamil
“Assalamualaikum, doKtor. Baru-baru ini jari dan pergelangan tangan saya sebelah kanan saya mengalami kekejangan dan lenguh. Saya memang ada bermain game dalam handphone. Adakah ia berkaitan? Terima kasih”
JAWAPAN:
Bermain permainan, terutama pada telefon bimbit (henfon) adalah aktiviti santai yang banyak dilakukan oleh anak muda sekarang. Ia bagus sebagai melepaskan kebosanan tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.
Bermain dalam jangka masa yang terlalu lama boleh menyebabkan sindrom Quervain yang melibatkan pergelangan tangan dan ibu jari.
Tangan dan jari kita bergerak dengan bantuan tulang, otot, dan tendon untuk memegang henfon dan menekan butang pada henfon. Berlebihan penggunaan tendon akan menyebabkan ia membengkak.
Tendon yang membengkak boleh menyebabkan rasa sakit dan merebak sehingga ibu jari dan pergelangan tangan. Keadaan ini dipanggil sindrom Quervain atau de Quervain tenosynovitis.
Tanda yang paling biasa dirasakanadalah rasa sakit yang melampau di pergelangan tangan dan bahagian bawah ibu jari anda. Rasa sakit ini dirasakan apabila memegang atau mencubit sesuatu.
Kesakitan ini lebih kuat apabila menggerak-gerakkan ibu jari memutarkan pergelangan tangan.Kesakitan ini boleh merebak ke seluruh lengan.
Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan rasa sakit ini. Pesakit boleh menekapkan ais pada bahagian yang sakit jika rasa sakit tidak berulang. Jika masih tidak berkurangan, doctor akan menyuntikkan steroid sekeliling tendon bagi mengurangkan kebengkakan.
Pesakit boleh berurut secara perlahan-lahan di bahagian yang sakit bagi mereda bengkakan pada ibu jari dan pergelangan tangan.
Jika masih tidak selesai, pembedahan akan dilakukan boleh membuka pelapis tendon bagi menyebabkan tendon bergerak tanpa rasa sakit.
Ada tanggapan memberitahu jika kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.
Adakah ianya benar dan apakah kesan bahayanya jika kerap dilakukan setiap hari.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di laman sosial Facebook penjelasan perkara ini dan penyebab utama masalah paru-paru berair.
Beliau juga turut memberitahu kebaikan mandi malam ini dapat menghilangkan stres setelah seharian bekerja.
Air di dalam paru paru, atau turut dikenali dengan nama efusi pleura ataupun pleural effusion merupakan satu keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.
Kawasan di antara lapisan tisu ini dipanggil ruang ataupun rongga pleura (pleural space).
Selalunya, kawasan tersebut mengandungi sedikit cecair yang bertindak sebagai pelincir sewaktu paru-paru mengembang ketika bernafas.
Paru-paru berair merupakan keadaan yang lazim berlaku. Menurut National Cancer Institute, sebanyak 100,000 kes didiagnosis di Amerika Syarikat setiap tahun.
Walaupun ia merupakan sesuatu yang kerap berlaku, efusi pleura boleh membawa maut. Dalam sebuah kajian, 15 peratus pesakit yang dimasukkan di hospital akibat masalah ini meninggal dunia dalam masa 30 hari.
Ramai yang berkata, mandi malam boleh menyebabkan peparu jadi berair. Menurut mereka, mandi malam boleh akibatkan air masuk ke dalam paru-paru.
Cecair dalam paru-paru boleh jadi kurang protein (transudative) ataupun kaya dengan protein (exudative).
Transudantive pleural effusion disebabkan oleh cecair yang bocor masuk ke dalam ruang plural akibat daripada peningkatan tekanan di dalam salur darah.
Antara penyebab utama transudative pleural effusion ialah sakit jantung.
Selain itu, exudative effusion pula berpunca daripada saluran darah yang tersumbat ataupun mengalami inflamasi, jangkitan, kecederaan pada paru-paru ataupun tumor.
Pneumonia, tuberkulosis, limfoma dan arthritis boleh sebabkan individu mengalami exudative effusion.
Individu yang mempunyai kanser seperti kanser paru-paru dan kanser payudara juga mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap efusi pleural.
Kadang-kadang, cecair tersebut sendiri boleh menjadi malignan (kanser). Selain itu, paru-paru boleh jadi berair disebabkan oleh rawatan kanser seperti kemoterapi.
Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan peparu berair termasuklah:
1. Merokok dan minum minuman keras.
2. Tekanan darah tinggi.
3. Pernah terdedah kepada asbestos.
Tidak ada lagi bukti yang mengaitkan mandi malam dengan peparu berair. Malah, mandi pada waktu malam terbukti boleh membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak.
Individu yang mengalami peparu berair mungkin akan alami simptom berikut:
1. Sesak nafas
2. Batuk kering
3. Rasa ketat pada kawasan dada
4. Tidak boleh berbaring
5. Tidak boleh bersenam
6. Kerap rasa tidak sihat
Namun, bukan semua pesakit yang mengalami peparu berair mengalami simptom yang sama seperti di atas.
Jika anda rasa tidak selesa pada kawasan dada, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Setakat ini, tidak ada lagi bukti kukuh yang boleh mengaitkan mandi malam dengan paru-paru berair.
Seperti yang digariskan di dalam artikel di atas, individu yang mempunyai kanser, sakit jantung, pneumonia, ataupun tuberculosis merupakan antara yang berisiko untuk mendapat paru-paru berair.
Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, anda boleh elak paru-paru berair dengan cara:
1. Jangan merokok
Merokok boleh menambah risiko anda untuk mendapat penyakit jantung, kanser dan sebagainya. Jika anda tidak mampu untuk berhenti sendiri, cuba dapatkan nasihat daripada pakar.
2. Makan makanan yang sihat
Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan makanan tinggi kandungan gula, garam dan berlemak.
3. Pantau kadar kolesterol dalam darah
Kadar kolesterol yang tinggi dalam darah boleh membuatkan anda menghidap pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit jantung dan juga kanser.
Dengan cara mengubah gaya hidup, anda boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Mandi pada waktu malam tidak mungkin menjadi punca paru-paru berair. Berdasarkan penjelasan di atas, sakit kanser, sakit jantung dan lain-lain merupakan punca sebenar penyakit ini.
Tidak ada masalah untuk mandi malam. Malah, mandi waktu malam amat digalakkan terutama sekali untuk menghilangkan rasa stres setelah seharian berkerja.
Sebagai seorang wanita, kita bukan saja digalakkan untuk menjaga bahagian luaran, tetapi juga dalaman.
Kebiasannya untuk dalaman kita boleh cuba petua tradisional yang berasaskan tumbuhan herba seperti kunyit, halia ataupun asam jawa untuk dibuat jamu.
Jadi apa kata anda cuba buat sendiri jamu asam kunyit yang dikongsi oleh Puan Ct Mazni untuk memantapkan bahagian dalaman supaya badan lebih bertenaga. Bukan saja berkhasiat tetapi juga selamat dan menjimatkan.
Selamat pagi Badan rasa tidak bertenaga?
Lesu, lemau? Kerap mengantuk?
Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.
Bahan-bahan: – 1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender) – Segenggam temu kunci (ketuk) – 1/2 genggam asam jawa – 1 biji gula melaka – 4.5liter air – 1/3 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan. 2. Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api. 3. Tapis dan simpan.
Cara minum: Panaskan dan boleh diminum ketika panas. Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.
– Menghilangkan sakit-sakit badan – Melancarkan peredaran darah – Mengurangkan lemak dalam badan – Memberi tenaga – Membuang angin dalam badan – Melancarkan darah haid & nifas – Merawat masalah senggugut – Menghilangkan bau-bau badan – Memberi kecergasan tubuh – Melawaskan pembuangan
Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.
Kos; Kunyit hidup (RM6/kg) Temu kunci (RM10/kg) Asam jawa (RM3.5/500g) Gula Melaka (1biji/RM0.70)
Info Tambahan: Temu kunci saya beli dekat Pasar Besar Klang. Bahagian sayur kampung. Rasa Air Jamu Kunyit ni sedap. Tak pahit langsung. Tapi jangan terlebih temu kunci, nanti boleh pahit.