Cukuplah sekali mengalami pertambahan berat badan mendadak yang amat menakutkan.

Kalau boleh tidak mahu pengalaman itu berulang kerana mahu kekal dengan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat.

Bagi Sizzie Muhammad, dia pernah mengalami situasi di mana berat badannya mencecah 93kg.

Artikel Lain: Guna Kaedah Intermittent Fasting Untuk Capai Berat Ideal. Akhirnya Gadis Ini Teruja Gayakan Baju Raya!

Menurutnya kalau diberi peluang dia tidak mahu keadaan ini berulang. Justeru dia mengambil inisiatif untuk belajar ilmu diet dengan betul.

Tidak susah pun untuk belajar diet dengan betul kerana apabila sudah tahu caranya, tidak mustahil badan akan kembali langsing dengan cepat.

Berat Naik & Wajah Kusam. Wanita Ini Belajar Ilmu Diet Betul Untuk Kembali Cantik!

Tak Ambil Produk & Senaman

“Saya kembali dapat berat ideal tanpa sebarang pengambilan produk. Sebelum itu berat sekitar 93 kg dan kini sudah 67kg. Lebih kurang 26kg lenyap dalam masa 5 bulan.

IKLAN

“Sepanjang proses diet itu selain tidak ambil produk, saya juga tidak buat apa-apa senaman.Tetapi lebih kepada cara belajar ilmu diet yang betul.

“Semuanya bermula waktu PKP lalu di mana seorang teman mencadangkan kepada saya untuk belajar ilmu dengan Coach Izi Yahya,” ujarnya yang terpanggil untuk menguruskan badan disebabkan sebelum itu sering diejek dan dikeji orang sekeliling.

Ditambah dengan masalah kesihatan apabila sering mengalami masalah sakit belakang walaupun usia masih muda dengan wajah yang kusam serta tidak cantik.

Berat Naik & Wajah Kusam. Wanita Ini Belajar Ilmu Diet Betul Untuk Kembali Cantik!

Artikel Lain: Amal Makan Pisang Untuk Kembali Langsing. Kisah Diet Wanita Ini Jadi Sumber Inspirasi!

Makan Apa Saja Disukai Dengan Teknik Betul

“Saya diajar oleh Coach dengan ilmu pemakanan sihat dan makan apa saja kita suka makan tetapi dengan teknik yang betul.

IKLAN

“Misalnya waktu pagi, saya akan ambil telur rebus dua biji dengan kopi kosong tanpa gula.

Selain itu:  Power, Umur Dah 50 Tapi Tak Ada Uban. Kisaran Daun Kari Dengan Yogurt Rahsia Rambut Hitam Berkilat!

“Untuk lunch pula saya makan ayam sambal bersama sayur dan nasi. Coach tak pernah ajar makan makanan yang direbus, grill atau bakar. Boleh makan apa saja kita mahu tetapi kena jaga portion.

“Untuk snack pula saya ambik kekacang atau buah. Dan makan malam pula saya akan makan dua biji telur rebus bersama timun,” ujarnya yang mengamalkan cara pemakanan diajar oleh Coach terlatih.

Berat Naik & Wajah Kusam. Wanita Ini Belajar Ilmu Diet Betul Untuk Kembali Cantik!

IKLAN

Kini Jadi Lebih Cantik & Fit

Hasil sepanjang lima bulan proses diet bermula Oktober tahun lalu, dia akhirnya berjaya mendapat berat idaman.

Bukan itu saja malah kesan lain juga turut kelihatan hasil mengamalkan diet yang betul. Antaranya perut buncit sudah hilang, peha dan lengan yang besar juga mengecil.

Menurutnya lagi bagi mereka yang mahu kurus dengan sihat dan selamat, tidak rugi belajar ilmu diet yang betul kerana ia sangat berbaloi.

Dan tambahnya paling penting gembira dengan perubahan pada diri kerana kini jadi yang lebih cantik dan fit.

Berat Naik & Wajah Kusam. Wanita Ini Belajar Ilmu Diet Betul Untuk Kembali Cantik!

Artikel Lain: Berat Naik & Wajah Kusam. Wanita Ini Belajar Ilmu Diet Betul Untuk Kembali Cantik!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI