Tidak dinafikan bagi mereka yang sering memasak, kebiasaannya akan menggunakan semula minyak masak yang telah digunakan sebelum itu.
Ini adalah kerana faktor jimat dan merasakan minyak berkenaan masih elok untuk digunakan. Adakah benar ia selamat digunakan atau sebaliknya.
Perkongsian di laman Facebook oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu mengenai penggunaan semula minyak masak di kalangan kita.
Beliau turut menasihatkan bahawa penting untuk menjaga kesihatan dan salah satunya tidak gunakan minyak masak berulang kali
JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI
Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari dua atau tiga kali untuk menggoreng.Yang terbaik menggunakannya hanya sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan menggunakanya lagi beberapa kali sebelum dibuang.
Ads
Selain itu dalam kajian yang pernah dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ke atas 19 jenama minyak masak mendapati bahawa kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Oleh itu masyarakat diingatkan agar berhati-hati menggunakan minyak masak dalam peket 1kg. Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.
Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah.
Ads
Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.
Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, masyarakat mestilah mengurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.
Ads
Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Jangan gunakan minyak masak berulang kali. Minyak yang dikitar semula hanya sesuai dijadikan biodisel untuk bahan bakar.
Teruja melihat kehidupan penyanyi, Wany Hasrita dengan suami dan anaknya tersayang. Melihat perkembangannya di media sosial, itu sudah cukup menggambarkan wanita ini cukup bahagia.
Sentiasa menghiburkan hati peminat dengan lemak merdu suaranya, Wany juga terkenal dengan kemanisan ayu raut wajahnya.
Sempat berkongsi tip kecantikan dan kesihatan menerusi portal Hijabista, Wany mengakui yang dirinya kini lebih mengutamakan soal itu kerana sedar kepentingannya untuk masa akan datang.
Petua Cantik Wany Hasrita
Selain daripada menjaga pemakanan, Wany juga mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara setiap hari.
“Di samping itu, saya juga selalu bersenam. Kita kena work on our muscle sebab sudah makin berusia ni muscle kita akan makin mengecut dan sebab itulah kita kena bermula dari sekarang. Kita tak boleh menghalang penuaan tapi kita boleh melatih muscle kita,” kongsinya.
Bab Sarapan, Selalu Ambil Tanpa Skip
“Sebenarnya Wany kalau bab sarapan ini memang ‘tak ngam’ dengan sebarang jenis bijirin, oatmeal. Wany juga bukannya seorang pemakan sayur. Jadi, untuk top-up balik khasiat itu, Wany cuba mengambil supplement.”
“Sarapan itu memang kita wajib ambil. Dulu Wany selalu abaikannya sebab waktu sarapan kita biasanya nak nasi lemak dan sebagainya tapi mana boleh makan dalam kereta kan dek kerana jadual yang sibuk. Jadi, alhamdulillah Wany akhirnya boleh makan bijirin dan tak lagi skip breakfast sampailah hari ini,” ceritanya lagi.
Hati Sensitif Jadi Ibu
Sejak bergelar ibu pada Julai lalu, Wany mengakui adakalanya sangat tersentuh apabila melihat anak perempuannya yang diberi nama Aishah Al Iman ‘meragam’, terutama pada waktu malam.
Kata penyanyi berusia 31 tahun itu, dia menangis kerana tidak tahu apa yang sebenar yang diinginkan si kecilnya itu.
Kata pemilik nama lengkap Nurshazwany Hasrita Hasbullah itu lagi, perasaan sedih bagaimanapun hilang apabila anaknya kembali tersenyum walaupun ketika tidur.
Bagitulah rutin seorang wanita apabila bergelar seorang ibu, sibuk dengan anak tetapi bab penampilan tetap dijaga rapi untuk tatapan suami.
“While waiting for my next appointment. A quick make up Sebab foundation pun malas pakai.. Saja je nak try the new eyeshadow palettes from #NarsMalaysia,” tulisnya.
Melihat kecantikan hasil solekan pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangannya menerusi ruangan komen.
Malah, rata-rata peminatnya turut menyifatkan Farah mempunyai kecantikan yang semula jadi biarpun tanpa sebarang solekan.
Sebelum ini, Farah telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Andre Omar, 3.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau anda nak hilangkan bau ketiak dengan cara yang selamat dan jimat, coleh cuba tip ini. Cukup cuma ada daun limau purut!
Hilangkan Bau Ketiak Guna Daun Limau Purut, Kulit Sensitif Pakai Deodorant Wajib Cuba!
Ya, sebab ada sesetengah orang memang mempunyai kulit yang cukup sensitif apabila menggunakan pewangi ketiak (deodorant).Kulit mudah merengsa kemerahan, lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan alkohol.
Sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan bau ketiak ini dengan hanya menggunakan daun limau purut.
Ikut petua mudah yang dikongsikan oleh Puan Leha Yusufini sebagai panduan.
Hanya guna daun limau purut je untuk hilangkan bau ketiak. Cuma satu bahan sahaja tapi kesan nye, In Shaa Allah hilang terus bau yang kurang menyenangkan tu.
Meh Kak Ya nak share macam mane nak hilangkan bau ketiak tu.
Cara-Caranya:
1. Ambil beberapa helai daun limau purut, potong halus lepas tu ramas sehingga keluar bau.
2. Gosokkan daun limau purut tadi pada ketiak semasa mandi.
3. Semasa menggosok, pada mulanya akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat.Lama-kelamaan bau akan semakin hilang.
4. Amalkan selalu, nanti akan mendapat kesan yang menakjubkan.