Dikatakan minum teh dapat membantu seseorang itu meredakan rasa sakit atau tidak selesa pada tekak.
Ini keran kandungan teh yang mempunyai antiokdisan yang dapat membantu badan melawan sakit seperti demam dan virus.
Pada masa sama, ia membantu meningkatkan imunisasi badan, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.
Dalam artikel Detik Health turut memberitahu minum teh juga menjadikan seseorang kekal terhidrat supaya bahagian saluran pernafasan tidak kering dan pedih akibat sakit tekak.
Berikut beberapa jenis teh yang membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak:
1. Teh Chamomile Atau Teh Hitam
– Teh itu dikatakan dapat membantu tidur lebih nyenyak. Merujuk artikel Molecular Medicine Report, ia berfungsi melancarkan tekak untuk mengurangkan rasa sakit dan serak pada tekak.
– Ia juga bersifar antiradang yang mengurangkan bengkak dan kemerahan serta kandungan antioksidan untuk membaik pulih tisu.
– Mudah didapati dalam bentuk teh uncang atau bunga kering yang baru dibancuh. Bukan sahaja dinikmati sebagai minuman, tetapi dengan menyedut wap panas teh sahaja boleh membantu meredakan selsema.
2. Teh Kunyit
– Teh kunyit boleh disediakan sendiri iaitu dengan cara merebus kunyit bersama air, kemudian tapis serbuknya.
Ads
-Anda juga boleh campurkan madu sebagai pemanis semula jadi. Madu juga mengandungi agen antibakteria semula jadi yang boleh legakan tekak.
– Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Indian Journal of Research in Homoeopathy, kunyit mengandungi sifat antioksidan, antiradang dan antiseptik yang kuat.
-Gabungan ketiga-tiganya sangat membantu memulihkan tekak daripada sakit dan kerengsaan.
3. Teh Hijau
– Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan antiradang. Sesetengah orang percaya bahawa berkumur dengan teh hijau membantu melegakan sakit tekak.
– Hasil kajian yang diterbitkan Anesthesiology and Pain Medicine mendapati, berkumur teh hijau boleh mencegah gejala sakit tekak selepas pembedahan.
– Teh hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan lain yang boleh meningkatkan fungsi dan penyembuhan keseluruhan.
Ads
– Cara yang betul untuk menggunakan kaedah itu adalah dengan cara bancuh secawan teh hijau. Kemudian, biarkan sejuk. Setelah itu, kumur selama beberapa saat sebelum membuangnya. Ulang proses itu selama dua hingga tiga kali mengikut keperluan.
– Selain berkumur, boleh juga dibuat minuman, tetapi elakkan bancuh dengan air yang terlalu panas supaya khasiatnya tidak hilang.
4. Teh Lemon & Madu
– Mengamalkan teh lemon dan madu juga boleh meredakan batuk.
– Madu itu terkenal dengan sifatnya yang menjadi penawar pelbagai penyakit.
– Penelitian membuktikan madu lebih efektif daripada ubat batuk.
-Cara penyediaannya senang sahaja, anda perlu masukkan satu sudu madu asli dan perahan lemon ke dalam secawan rebusan air.
Ads
5. Teh Halia
– Teh halia juga boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Anda boleh menyediakan sendiri atau boleh mendapatkan teh halia yang telah siap di kedai.
– Pelbagai kajian menunjukkan halia mempunyai campuran antiradang dan antioksidan yang kuat. Kedua-duanya membantu memperbaiki keadaan tekak yang sakit.
– Selain itu, halia mengandungi komponen yang boleh mengendurkan saluran otot pernafasan. Hasil kajian terhadap haiwan pada tahun 2016 mendapati, ekstrak halia menghalang gejala batuk yang ketara dalam kalangan babi Guinea.
Puasa adalah cara diet terbaik boleh diamalkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat cara sihat.
Dan baru seminggu saja berpuasa ada antara geng Diet Suku-Suku Separuh yang berjaya hilang beberapa kilogram berat badan.
Menurut Afzan Eis sebelum ini beratnya 74 kilogram dan selepas seminggu berpuasa, beratnya terkini adalah 67.8 kg.
Hilang sekitar 6.2 kg dengan berpuasa dan mengamalkan beberapa menu untuk berbuka dan sahur. Malah akan mengurangkan portion makanan mengikut yang disarankn DSS tetapi dalam bahan masakan akan kurangkan garam dan bahan perasa.
Selain itu, dia juga akan gantikan minyak jagung bagi menggantikan makanan atau sayuran bergoreng. Untuk hidangan berbuka, dia lebih banyakkan sayuran dan buahan dan sahur pula lebih kepada pengambilan oat dicampur dengan susu dan buahan campur.
Dan bagi memenuhi keperluan air dalam badan pula, dia akan minum air masak ketika berbuka dan sahur secukupnya serta tiada pengambilan gula langsung.
Tidak lupa turut mengamalkan senaman 20 minit hingga 30 minit sebelum tidur sepanjang di bulan Ramadan ini.
Dia turut berkongsi menu yang diamalkan selama seminggu.
Pernah tak anda rasa seperti berada dalam persekitaran berpusing-pusing dan mahu tumbang. Malah kita juga terasa pening, loya dan mahu muntah.
Situasi ini dinamakan vertigo dimana gejala di mana seseorang berada dalam persekitaran atau diri sendiri berputar.
Dalam perkongsian di laman twitter Dr Samhan menerangkan apa itu vertigo.
“Doktor, dari pagi tadi saya pening. Rasa loya nak muntah”
“Rasa pening tu berpusing dalam kepala atau nampak sekeliling berpusing?”
“Duduk diam tapi sekeliling habis berpusing. Rasa macam kepala kena pusing. Jalan melelong-lelong”
Vertigo adalah suatu keadaan dimana merasakan pandangan di sekelilingnya berpusing-pusing dan merasakan dirinya berpusing tapi sebenarnya dia tidak bergerak.
Berbeza dengan pening biasa selalunya menyebabkan kepala rasa ringan, rasa nak pengsan dan pitam.
APA PUNCA VERTIGO?
1. VERTIGO PERIFERI
Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Ia berlaku disebabkan:
– BENIGN PAROXYSMAL POSITIONAL VERTIGO (BPPV)
Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal. Ia berlaku tanpa sebab dan mungkin berkaitan dengan umur.
– MENIERE’S DISEASE
Suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Ini menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.
– ACUTE PERIPHERAL VESTIBULOPATHY (APV)
Jangkitan(kebiasaanya virus) pada bahagian telinga dalam ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.
2. VERTIGO SENTRAL
Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.
Punca disebabkan:
– Angin ahmar
– Tumor pada bahagian cerebellum
– Migrain
– Multiple sclerosis
APAKAH RAWATAN VERTIGO?
Rawatan masalah itu bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat.
Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.
– Tarif nafas jangan panik.
– Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.
– Cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.
– Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.
– Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.
Masih muda tetapi Farisha Iris tak kedekut kongsi tip cantik yang dia amalkan dalam rutin hariannya kepada umum.
Pernah menjadi peserta Idola Kecil, Ceria Popstar dan Big Stage, Farisha mengakui sebagai selebriti adalah ‘crucial’ bagi dirinya untuk sentiasa tampil cantik dan bergaya.
Farisha Iris Kongsi Tip Cantik, Umur 20-an Dah Boleh Mula
Yelah, ramai peminat yang menjadikan dirinya sebagai role-model tidak kira dari segi fesyen hinggalah kepada rutin kecantikkan.
Haa… jom ‘gali’ rutin untuk kekal cantik yang sering diamalkan oleh si cantik manis Farisha Iris!
1. Rehat Yang Mencukupi
Menurut Iris, perkara yang paling penting untuk mengekalkan kecantikan adalah apabila tubuh badan mendapatkan rehat serta tidur yang mencukupi.
Jelasnya lagi, rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti bakal memberikan aura yang berbeza kepada tubuh badan seseorang.
“Paling penting adalah kena cukupkan rehat, tidur jangan lambat dan jangan terlalu banyak tengok handphone kerana lambat laun ia akan memberi kesan kepada kulit kita,” ujarnya.
2. Ambil Air Secukupnya
Iris berkata indikator kedua yang perlu dijadikan amalan adalah ambil tahu tentang kadar air dalam badan. Water intake yang cukup amatlah diperlukan untuk memenuhi keperluan badan seseorang.
Dengan cuaca di negara tropikal yang panas dan lembap serta tidak menentu kebelakangan ini. Malah, pengambilan air yang cukup dapat mengelakkan kita dari terkena strok haba!
“Jika nak kekalkan kecantikan harus minum air yang banyak, kerana ia membantu untuk memulihkan kembali tenaga tubuh badan anda,” ulas Iris.
3. Sentiasa Berada Dalam Lingkungan Positif
Kecantikan juga kadangkala dipengaruhi oleh persekitaran di sekeliling kita, kerana persekitaran yang baik akan membuatkan mood seseorang menjadi baik, lebih yakin dan ia sekaligus memaparkan persona cantik secara tidak langsung.
Namun, sekiranya seseorang berada dalam persekitaran yang negatif dan buruk. Maka, semangat akan merundum maka pemikiran negatif akan memakan diri seseorang dari dalam. Lantas membuatkan personaliti seseorang itu terlihat tidak cantik.
Tapi Farisha juga rajin pakai mask ya, ini yang dia amalkan.
Justeru, ini pesan Iris kepada hijabi di luar sana yang mendambakan kecantikan:
“Anda semua perlu kekal positif, sentiasa senyum jangan marah-marah nanti lekas tua!,” selorohnya.
Jangan kata anak dara tak perlu jaga kulit wajah sebab masih muda ya, sebaiknya pembaca Rapi kena mengamalkan tip yang disarankan oleh Farisha Iris ini. Barulah boleh maintain kulit berish tanpa cela biar pun umur dah meningkat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!