Sebagai wanita jangan sesekali abai jika terasa ada ketulan keras di bahagan payudara.

Ketulan ini boleh jadi yang jenis merbahaya dan tidak. Tetapi paling menakutkan bila ketulan ini sebenarnya tanda anda menhidap kanser payudara.

Penjelasan Dr Samhan memberi peringatan kepada kaum wanita mengenai ketulan ini.

Artikel Lain: Guna Cara Mudah Hilangkan Stretch Mark, Tak Perlu Stres Memikirkannya

Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc?

Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista(fibrocystic) dan fibroadenoma.

Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit.

Wanita Kena Tahu 2 Jenis Ketulan Payudara Tak Bahaya & Bukan Petanda Kanser

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.

Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.

Fibroadenoma adalah ketulan licin pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).

Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payu dara’.

Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).

Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign) dan jarang bertukar jadi kanser.

Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payu dara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payu dara dalam jangka hayat mereka.

Semua wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid pada setiap bulan.

Wanita Kena Tahu 2 Jenis Ketulan Payudara Tak Bahaya & Bukan Petanda Kanser

Artikel Lain: Rahsia Jadi Cantik Lepas Bangun Tidur, Amalkan Rutin Ini Setiap Hari Sebelum Lelap Mata

5 Langkah Pemeriksaan Payudara Sendiri

– Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.

– Angkat tangan keatas dan perhatikan perubahan yang sama.

– Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).

– Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.

– Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.

Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Jangan segan untuk jumpa doktor dan dapat rawatan awal.

Wanita Kena Tahu 2 Jenis Ketulan Payudara Tak Bahaya & Bukan Petanda Kanser

Bantu saya untuk #share info penting ini sebab ramai wanita tak ambil berat dengan ketulan di payudara dalam lambat dapatkan rawatan doktor.

Dr. Ahmad Samhan
Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya

Artikel Lain: Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI