Oleh kerana sering mengikuti page di media sosial Diet Suku-Suku Separuh memberi kesedaran kepadanya untuk menurunkan berat badan cara lebih sihat.
Setelah lima bulan melakukan diet, wanita ini akhirnya berjaya meleyapkan hingga 18 kg berat badan berbanding sebelum ini.
Malah dia juga kini sudah boleh menukar size baru dari 42 kepada 36 saja. Bukan itu saja badan juga jadi ringan dan lebih penting dapat dukung anak tanpa rasa penat.
Ayuh ikuti perkongsian sahabat Diet Suku-Suku Separuh, Siti Farah yang mengamalkan cara lebih sihat.
Terima kasih sangat2 group ni SBB menyedarkan saya. Best rupanya diet ini. Bila follow dsss ni..
Alhamdulillah ada sedikit perubahan sepanjang 5bulan ++ .Ada penurunan Dari weight Dan banyak jugak fat/inch loss.
Sebelum
Seluar Dari saiz 42 sekarang dah tukar ke 36 now dah rasa longgar Sikit 36 Pon. Syukur Alhamdulillah badan Pon Rasa ringan sangat.
Ads
Bila berjalan dah boleh dukung anak kecik. Dulu memang kalau boleh tak mahu dukung anak sambil jalan Sebab memang tak larat,penat, dan mengah bila jalan..
Banyak lagi nak kena buang lemak ini. Moga saya dan kita semua yang sedang berjuang terus bersemangat untuk terus sihat
Ada perubahan
Edit post: – Senaman yang hari-hari saya buat Zumba,skipping,brisk walk – Pagi, petang kadang-kadang Malam Pon buat sekejap – Makan memang follow dsss ini kadang-kadang eat clean,Ada Hari kelaut jugak kadang-kadang – Air Manis memang cut terus, air yang ada caffeine pun memang tak ambik langsung – Ini saja yang saya amalkan. Jangan fokus dekat loss weight tapi fokus dekat inch/fat loss – Yang penting Jangan stress-stress. Diet santai dann enjoy ja..nak makan apa makan saja ikut calories badan masing-masing ok..
Sebenarnya ada cara ukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online, nak-nak zaman sekarang lagi jimat poket dan masa kalau tak keluar rumah.
Namun cabarannya, risau tak muat atau terlebih besar bila main beli tak cuba dulu. Jadi anda oleh cuba tip ini untuk selamat dan dapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan lepas itu kita tekapkan saja.
2. Ukur
Bila dah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 cm
Lepas tu kita tambah 1 cm daripada ukuran tu. Jangan tambah lebih-lebih tau! Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran cm ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh save dalam handphone terus supaya mudah nak bila nak guna nanti.
Pernah melalui pengalaman pahit dan memalukan apabila terkena perbuatan body shaming dek kerana bentuk fizikal yang tidak menarik.
Biarpun begitu, wanita ini tetap memilih untuk menjadikan kutukan diterima sebagai motivasi untuk menurunkan berat badan.
Meneruti perkongsian di laman twitter menggunakan nama akaun @Nadiahdidi bercerita pengalamannya yang pernah diejek gemuk.
Biarpun tidak setuju dengan perbuatan body shaming, tetapi menjadikannya sebagai motivasi untuk mendapat berat badan idaman.
Berkongsi langkah diamalkan sehingga berjaya menurunkan sehingga 21 kilogram. Mengingatkan untuk proses itu adalah dengan memotong memotong pengambilan gula dalam makanan serta minuman, dan menghentikan memakan processed food dan fast food.
Orang cakap mustahil, tapi jangan sesekali give up
Moga perkongsian dapat beri motivasi pada orang lain
Semuanya bermula dengan perbuatan body shaming, badan besar lah, tak muat kereta
Apa-apa pun sentiasalah positif
Hati kena kental & sentiasa jadikan ia motivasi
Terus stop minum air manis, fast food & process food
Anda tahu tak pakai produk ini ketiak tak berbau dan kulit jadi glowing! Patutlah laku keras dan viral. Serius, body oil ini sangat best.
Okay, biasanya orang sapu selepas mandi di badan dan ketiak. Apa yang best boleh ganti deodorant tau.
Ketiak Tak Berbau Tanpa Deodorant, Kulit Pun Jadi Glowing!
Hasilnya badan dan ketiak jadi tak berbau dan kurang berpeluh. Yang penting walaupun nama dia oil tapi tak ada melekit-lekit yang tak selesa tu pun, licin dan cepat menyerap.
Selesa betul. Kulit lembut dan glowingjadinya! Patutlah viral. Kalau anda nak cari di kedai hijau ngan oren memang susah, selelau habis di rak. Yang mana dapat jumpa, elok terus ambil jadikan salah satu koleksi untuk cantik dan wangi.
Owh ya, nanti pastikan anda dapatkan hydrate replenish body oil jangan tertukar okay! Sebab packaging dia semua lebih kurang sama. Jadi baca dulu dan tengok elok-elok sebelum beli
Ada orang buat layer untuk perfume. Jadi tahan lama katanya. Nanti cuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!