Selalunya kaum wanita yang sangat mengambil berat soal penjagaan badan. Maklumlah siapa saja yang tidak mahu tampil cantik di mata suami.
Tetapi bagi wanita ini Darina Sekeri, dia bukan saja mengambil berat penampilan dirinya, tetapi juga suami tercinta.
Perkongsian yang mana dia telah menyediakan pelbagai menu sihat sebagai bekal untuk suami turunkan berat badan sejak tahun 2019 hinggalah 2020.
Lebih menggembirakan dia berkata dengan menu yang disediakan, suaminya kini berjaya turunkan berat sebanyak 20 kgdan kini boleh memakai baju dari saiz baju XL ke S.
Sebelum.Selepas.
Bantu Suami Dari Saiz Xl ke S
Setelah berjaya membantu suami saya lost 20 kg, dari size XL ke size S, dari seluar size 36 ke size 28, dari 85 kg ke 65kg dan maintain dari tahun 2019-2020.
Ini antara menu bekal suami isteri, saya suka bekal ulam sebab lebih senang nak prepare
Ayam/ikan goreng guna airfryer (tanpa minyak)
Nasi itu nnampak putih saja, saya ada simpan budu sebotol kat ofis. Nak mkn letak budu. Letak sikitt tak ada masalah. Asalkan ada rasa
Ini selera org kampung. Kang kata eat clean orang kata salah pulak sebab makan budu
Air dan minuman manis kena stop. Sekali sekala makan karipap itu ok, sekali sekala minum starbucks pun boleh.
Ads
Tapi tiap hari kena minum air kosong, kopi o kosong, limau kosong (semua tanpa gula)
Kena juga bersenam untuk badan fit baru la badan tak menggelebeh bila dah kurus.
Ini Menu Sihat Yang Disediakan
1. Nasi putih + ayam goreng + ulam pegaga
2. Nasi putih + ulam pucuk paku dicelur + ikan goreng
3. Nasi putih + ulam pegaga + ayam goreng
4. Nasi putih + ulam kacang botol + ayam goreng
5. Nasi putih + telur rebus + ayam goreng + kacang botol
Ads
6. Nasi putih + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
7. Nasi putih + ayam penyet + kerabu daun pudina
8. Nasi putih + ikan rebus air asam + ulam raja
9. Nasi putih cili + daun pegaga + ayam goreng
10. Nasi putih cili + ikan goreng + pucuk ubi dicelur
11. Nasi putih + kerabu daun pudina + ikan rebus
Ads
12. Nasi putih + ulam + telur rebus
13. Nasi putih + sambal cili tumbuk + ulam pegaga+ ikan rebus
14. Nasi putih + ayam goreng + cili tumbuk + bayam dicelur
Sukar Tidur, Pening & Rehat Atas Katil. Cabaran Dialami Madammu Sebelum Hamil Lepas Buat IVF. Setiap wanita pastinya memasang impian untuk memiliki cahaya mata hasil perkahwinan dengan suami tersayang.
Namun ada insan yang mengalami kesukaran untuk hamil secara semulajadi walaupun setelah beberapa lama berkahwin.
Kata orang belum ada rezeki dan selagi itulah kita akan terus berusaha untuk hamil walau dengan apa cara sekalipun.
Begitu juga situasi bagi pemilik nama Eriyca Baiduri atau dikenali dengan nama Madammu apabila mencuba kaedah rawatan In Vitro Fertilization (IVF) untuk hamil anak pertamanya.
Ternyata rezeki selepas tujuh tahun berkahwin akhirnya pasangan ini disahkan hamil anak pertamanya melalui kaedah IVF ini.
Namun begitu, proses menjalani IVF ini bukanlah mudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi empunya diri dalam pengorbanan mendapatkan zuriat sendiri.
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurut wanita cantik ini, fasa itu agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar.
Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).
Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
“Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental.
“Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
“Bukan mudah untuknya mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberi kekuatan,” ujarnya yang turut mengalami perubahan emosi sepanjang menjalani proses ini.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.
Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.
“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
“Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Madammu perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022.
“Pada tarikh ini bakal menentukan keputusan positif atau sebaliknya,” tambahnya memberitahu jika berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Ternyata segalanya sudah ditentukan oleh Allah. Dirinya sah mengandung 5 minggu hasil prosedur IVF yang dilakukan. Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil.
“Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya. Buat masa sekarang kalau scan tidak nampak apa-apa dan akan membuat rawatan susulun minggu berikutnya,” ceritanya lagi.
Sebelum Hamil Lepas Buat IVF
Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home,” pesan pakar yang merawatnya.
Bila Yuna disoal pasal anak, dia lebih bersikap terbuka dan menganggap itu soalan biasa untuk seseorang artis yang dikenali.
Bukan menolak untuk hamil tetapi Yunalis Zarai dan suaminya, Adam Sinclair masih berusaha untuk menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga lima tahun lalu.
Yuna Disoal Pasal Anak, Tak Terasa Pun Anggap Saja Sebagai Doa
Tidak tertekan atau tersinggung dengan asakan pertanyaan, Yuna memaklumkan, dia dan suami masih berusaha dan menyerahkan perkara itu kepada Yang Maha Esa.
Kata Yuna, dia mengharapkan semua untuk sama-sama berdoa agar dia dikurniakan zuriat.
“Kami tidak pernah merancang, cuma masih belum ada rezeki. Saya juga teringin nak jadi ibu.
“Dua wanita yang memberi inspirasi saya untuk menjadi ibu terbaik adalah ibu saya dan kakak ipar, Aishah Sinclair.
“Saya seronok melihat caraAishah mendidik anak-anaknya yang bijak dan comel. Disebabkan itu, saya mahu menjadi ibu sepertinya,” ujar Yuna.
“Peminat juga saya lihat ramai yang turut mendoakan kami dan saya berterima kasih serta teruslah berdoa untuk kami.
“Apa-apa pun kami (dia dan suami) mahu bergembira dahulu sebelum membawa seseorang ke dunia ini.
Apabila ditanya adakah dia pernah terasa setiap kali soalan mengenai anak diajukan kepadanya, Yuna memberitahu dia hanya menganggap ia sebagai doa yang baik buatnya.
“Saya tak terlalu berfikir sangat dan kalau orang tanya pun tak tersinggung kerana sebagai artis saya dah biasa ditanya soal peribadi.
“Bila orang tanya, saya selalu jawab kalau ada, ada la dan minta doakan. Tak terasa apa pun bila orang bertanya kerana saya ambil itu sebagai doa,” ujarnya.
Dah Bekeluarga Nanti Baru Pulang Malaysia
Yuna yang menetap selama 12 tahun di Amerika Syarikat itu kini berada di Malaysia sempena sambutan Syawal yang lalu sekali gus mempromosikan single terbaharu berbahasa Melayu berjudul Menanti.
Penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu memberitahu, dia belum ada perancangan untuk kembali ke Malaysia selagi belum berkeluarga.
“Setakat ini belum lagi, saya masih mengusahakan banyak perkara di sana (Amerika Syarikat). Memang terfikir bila dah settle down nanti nak pulang ke Malaysia, tapi belum ada perancangan.
“Mungkin jika saya dah berkeluarga (mempunyai anak) nanti saya akan berfikir lebih untuk pulang ke Malaysia,” kongsinya.
Bagus Yuna menyambut soalan ‘cepu emas’ orang ramai, sebagai artis dia sangat bersikap terbuka dan memberikan jawapan yang cukup positif dan kita juga mungkin boleh bertindak begitu. Tidak ambil hati dan menganggap pertanyaan soal anak atau jodoh sebagai satu doa.
“Oleh sebab itu saya akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga setiap kali memakainya. Saya akan pastikan kalau peluh tidak biarkan berkepam.
“Saya lebih prefer menggunakan pelitup muka yang pakai buang kerana jika yang fabrik agak leceh untuk mencucinya setiap kali lepas digunakan.
“Ada yang percaya jika sudah dijemur bakteria akan hilang, tapi bagi saya memang lebih selesa pilih pakai buang,” ujarnya yang ditemui ketika dilantik menjadi duta pelitup muka premium Himaya di sebuah hotel baru-baru ini.
Menurut selebriti yang sudah berusia 46 tahun ini, Erra turut berkongsi rahsianya sentiasa kekal sihat dan cergas.
“Untuk sentiasa kekal sihat, kita kena titik beratkan semua aspek kesihatan, fizikal, senaman, pemakanan, cukup tidur ke tidak, ada tak ambil suplemen bersesuaian.
“Tapi jangan sesekali over do, bila kita over do sesuatu perkara itu akan ada side effect yang lain pulak. Contohnya vitamin, kita tak kenal body kita jadi perlu ke tidak ambil. Jika berlebihan diambil akan mendatangkan penyakit lain pulak nanti.
“Jadi kena ada kebijaksaan dan knowledge untuk menjaga badan kita. Dan paling penting saya percaya adalah jangan stress.
“Stress ini adalah pintu kepada segala banyak penyakit dan ketuaan,” katanya yang mula alami masalah jerawat ketika usia 40 tahun.
“Bila saya tanya mak saya, dia pun mula alami masalah naik jerawat ketika berusia 40 tahun.
“Justeru saya sekarang ni, kalau dulu-dulu masa muda shooting lah dari pagi tambah-tambah mekap tak ada masalah.
“Tapi sekarang kulit saya dah mula sensitif. Berubah-ubah ikut masa dan hormon kita. Saya kini di era kulit sensitif, jadi apabila mekap bertambah-tambah, kulit berminyak dan kulit akan naik jerawat. Ini yang saya lalui sekarang.
“Dan jika mengalami masalah ini memang kena ada extra effort. Saya berjumpa doktor, tanya apa kena buat. Kena buat treatment ke. Saya juga kenal pasti produk yang saya apply kat muka.
“Ada orang sesuai pakai serum, serum bantu untuk lembapkan muka. Jadi saya hanya pakai sedikit saja terutama waktu malam. Dan selebihnya pakai pelembap untuk jaga kulit wajah.
“Sebab itu saya cakap kena ada knowlegde jika berhadapan degan masalah kulit, kalau tak pergi jumpa doktor dan minta nasihat mereka,” katanya lagi memilih warna Blue Lagoon bergandingan dengan Wany Hasrita untuk pelancaran pelitup muda Himaya ini.
Menurut Erra dia memilih jenama Himaya kerana memang pengguna Himaya sebelum ini. Selain keselesaan yang ditawarkan dengan pelitup muka mediakal ini, dia juga yakin dengan produk Himaya kerana kualiti sangat tinggi dan paling penting ia cukup bergaya dan elegan.