
Isi Kandungan
ToggleBuat anda yang nak cantik cara jimat, boleh cuba kisar timun dan jadikan ala toner untuk sembur pada muka.
Namun tip yang dikongsikan Puan Huda Seman kali ini tidak hanya menggunakan timun tetapi turut memerlukan sedikit aloevera. Susah ke nak buat tu?
Jom jenguk cara nak buat pula, tapi sediakan bahan-bahan dulu ya.
Bahan yang diperlukan:
Timun separuh jer
Gel Alovera (beli di guardian)
Botol kosong
Penyagat buah
Penapis tea
Cara-caranya:
Anda hanya perlu sagat timun. Lepas itu asingkan sebab nak air timun tu sahaja. Perah bagi dapatkan air timun.
Letak dalam mangkuk asing dan campurkan dengan alovera. Kacau air timun dengan alovera tu sebati dulu.
Baru masukkan dalam bekas spray atau bekas untuk anda senang guna. Dan simpan kat dalam peti ais. Tahan lama dalam 2 minggu atau sebulan.
Cara pakai waktu anda nak tidur atau masa lapang, boleh spray saja, tak ada masalah. Esok bangun tidur mesti pegang muka ohhh bestnya gebu gebas rasa.
Pesanan: Anda perlu sembur pada muka secara konsisten.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senarai Stok Ubat Kena Ada Di Rumah. Sebagai Persediaan Jika Dijangkiti Virus Covid-19!

Isi Kandungan
ToggleOleh kerana kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di mana kes mencecah lebih 20 ribu sehari, jadi kita perlu sentiasa membuat persediaan dalam menghadapi segala kemungkinan.
Salah satu persediaan adalah dengan menyediakan ubat yang sesuai jika dijangkiti virus merbahaya ini.
Agaknya ubåt apa yang sesuai ada dalam peti ubat di rumah kita. Senang atau tidak untuk mencari stok ubat ini kerana pasarannya laku seperti pisang goreng.
Artikel Lain: Rupanya Ubat Simpan Lama Boleh Jadi Racun. Ini Saranan Doktor Elak Mudharat Pada Kesihatan!
Malah ada juga beberapa jenis stok ubat sukar untuk didapati di farmasi berdekatan.
Perkongsian di lama twitter Farmacora memberitahu 6 bat boleh kita makan waktu terkena jangkitan Covid-19 ini.
1. ASPEN Selezink Tablets
2. NuvaLectranal Activated Astragalus Root Extract
3. Betadine Gargle & Mouth Wash
4. Betadine Nasal Spray
5. Paracetamol
6. Vitamin C
Apa pun jangan lupa ikut SOP, pakai mask & jaga jarak sosial
Artikel Lain: Pakar Farmasi Senaraikan Jenis-Jenis Ubatan Sesuai Diambil, Jika Diserang Selesama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Positif Covid-19. 10 Hari Wanita Tahan Diri Peluk & Cium Anak Elak Jangkitan!

Isi Kandungan
ToggleSebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Demam On Off & Sesak Nafas
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Hanya Duduk Rumah Tapi…
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.

“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Syukur Akhirnya Bebas Jangkitan
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.

“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan

Tip Elak Anak Negatif:
1. Pakai mask dalam rumah 24 jam sehari
2. Kerap mandi and cuci tangan
3. Pastikan sanitize barang/mainan dalam rumah
4. Kurangkan sentuh anak seperti peluk dan cium

Artikel Berkaitan:
Dapat Jangkitan Di Hospital, Nenek Elfira Loy Meninggal Dunia Lepas Disahkan Positif Covid-19
“Covid Survivor Tak Payah Tunggu Lama…” Nabila Huda Selamat Terima Vaksin Lepas Sebulan Positif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Baru-baru ini ramai yang agak keliru keputusan jadi negatif apabila membuat Kit Ujian Kendiri negatif pada hari pertama bergejala.
Namun begitu, keputusan jadi positif bila ujian dilakukan pada hari ketiga.
Ramai tertanya-tanya hari ke berapa sepatutnya melakukan ujian kit ini bag membuktikan sahih keputusan berkenaan.
Perkongsian Dr Izzar Anwari memberitahu bila waktu betul untuk membuat ujian kendiri Covid-19 guna ujian antigen (RTK-AG) pika tahu anda menjadi close contact mereka yang positif Covid-19.
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
– Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
– Buat ujian apabila bergejala
– Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Sebelum itu, dia juga beritahu cara betul baca keputusan Kit Ujian Kendiri sebelum upload di MySejahtera.
Dr Izzar turut mengingatkan orang ramai supaya membeli dan menggunakan Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA.
Di kit ujian tu, garisan akan muncul di Control iaitu ‘C’, dan di Test iaitu ‘T’. Macam ni cara kita baca keputusan:
– Keputusan POSITIF – Kedua2 garisan C dan T muncul. Walaupun garisan T tu samar dan tak sepekat garisan C tu, ia masih dikira dan keputusan adalah positif.
– Keputusan NEGATIF – Hanya garisan C yang muncul. Tiada garisan T.
– Keputusan TAK SAH – Hanya garisan T sahaja muncul dan tiada garisan C. Atau tiada apa2 garisan langsung. Maka kena buat ujian balik dengan kit baru la.
Keputusan kit tu hendaklah dibaca dalam masa 15-30minit. Kalau lebih 30 minit baru nak baca keputusan, dikhuatiri akan memberi keputusan tak tepat.
Dan selepas buat ujian kendiri ni, sila kemaskini keputusan di aplikasi mysejahtera walaupun keputusan tu negatif. Memang kita boleh rekod keputusan kita di Mysejahtera.
Apa2 pun baca arahan penggunaan betul2 dan belilah Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA. Hati2 dengan produk palsu. Gunalah bila ada keperluan dan belilah lebih letak di rumah.
Semoga bermanfaat. Jaga diri semua #drizzarshares
Kredit Foto: Instagram Dr Izzar Anwari
Artikel Lain:
Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI