Bukan senang nak pudarkan jeragat tetapi kalau anda rajin, tak perlu pun habiskan duit beribu semata-mata nak cantik. Cukup guna petua orang lama pun boleh!
Ini salah satunya, perkongsian Puan Eja Safar di laman sosial Facebook memberitahu cara mudah untuk menghilangkan jeragat dan juga parut jerawat. Dengan hanya modal tak sampai RM5 dan menggunakan tiga jenis bahan saja, masalah ini dapat diatasi.
Tip Pudarkan Jeragat Dan Parut, Modal Tak Sampai RM5 Pun
Namun begitu syaratnya kena dilakukan secara konsisten dan kalau boleh dibuat sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah lama kelamaan jeragat akan pudar.
Caranya :
Gaul semua bahan sampai sebati & apply di muka. Sebaiknya buat 3 kali seminggu. Eja pakai sejam je. Lepas tu bilas. Kulit rasa lembut je. Jeragat pun makin pudar.
Jeragat ni biasanya jadi sebab kulit kering atau mungkin disebabkan salah pakai produk. Jadi pastikan kulit kita cukup lembab dan elakkan terdedah kepada matahari.
Kalau anda nak cerahkan wajah cara jimat dan selamat, boleh cuba guna buah sengkuang jadikan krim.
Tak payah habiskan duit beli set penjagaan wajah kalau anda rasa payah nak cari yang sesuai dengan kulit, cuba petua ini sahaja. Berkesan juga.
Cerahkan Wajah Guna Sengkuang, Senang Bila Jadikan Krim
Kaedah ini lebih selamat dan kos yang digunakan juga tidaklah besar. Paling penting tak ada bahan kimia. Jom kita cuba!
BAHAN-BAHAN:
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu atau minyak zaitun
1 gelas air
Langkah Membuatnya:
Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan ke dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga warna air berubah menjadi pekat.
Kemudian tapis dengan penapis dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.
Simpan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.
Keesokkan harinya anda akan dapati ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang.
Buang air yang ada di permukaannya dan ambil mendapan itu saja.
Kemudian masukkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati dan jadi krim.
Masukkan krim ke dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.
Okay, anda boleh gunakan krim ini sebagai krim pelembab muka dan pakai secara teratur iaitu 2 kali sehari. Nanti lihat hasilnya beberapa minggu selepas anda amalkan secara konsisten.
Kumpulan BLACKPINK antara artis Korea Selatan yang bukan sahaja terkenal di negara mereka, namun juga di seluruh dunia. Tak pelik lah kalau jumlah pengikut mereka di Instagram seramai 50 juta!
Selain berbakat dalam menari dan menyanyi, ahli BLACKPINK iaitu Rose, Jisoo, Lisa dan Jennie ini juga popular dengan kecantikan mereka yang tersendiri.
Jom kita selongkar apa rutin kecantikan yang mereka amalkan dalam kehidupan harian.
Cara Penjagaan Kulit Ahli Kumpulan BLACKPINK, Patutlah Cantik Dan Glowing!
1. Jisoo memiliki kulit kering jadi penjagaan kulitnya memerlukan pelembap. Namun dia juga sangat suka pakai masker untuk membantu membuang sel kulit mati yang ada pada kulit, jadi hilanglah masalah kusam.
2. Jennie pula lebih peka dengan menjaga tubuh badan serta kulit wajahnya. Dia juga suka menggunakan lulur badan. Jika ada masa terluang, Jennie juga akan menjaga pengambilan makanannya untuk memastikan berat badan yang stabil.
Selain itu Jennie juga cukup gemar menjaga bibirnya agar kelihatan lembap dan tidak menggelupas. Malah dia mempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa cantik.
3. Rose pernah bongkar rahsia penjagaan kulitnya yang mana dia sebelum ini kurang membersihkan wajahnya sampailah suatu hari kulitnya jadi kasar. Bermula dari saat itu dia kerap mencuci muka walau pun dia tidak bersolek.
Kongsinya lagi, dia cukup menjaga waktu tidur kerana kulitnya akan kelihatan glowing dan lembut jika dapat tidur yang cukup.
4. Lisa selalu berkongsi petua solekan dalam YouTube, yang mana dia lebih suka mekap nipis dan menekankan bahagian matanya dengan menggunakan eyeliner.
Kagum dengan perubahan yang dibawa oleh pengacara dan pelawak popular yang terkenal di Malaysia, Nabil Ahmad. Daripada pelawak dia berubah menjadi insan yang lebib baik dari segi penampilan.
Personaliti beliau yang peramah dan suka membuat lawak menyebabkan ramai yang meminatinya.
Sepanjang kerjaya dalam industri hiburan, beliau mengakui sudah melepasi zaman kejahilannya dan sudah tiba masanya untuk beliau berhijrah.
Dalam satu temubual bersama pihak media, Nabil Ahmad menyatakan sendiri hasrat beliau untuk berhijrah dan memperbaiki diri. Beliau berusaha untuk menggantikan solat yang pernah ditinggalkannya dulu ketika terlalu sibuk dengan urusan dunia.
Dalam temubual tersebut juga, beliau berkata, dia berusaha mengamalkan solat 17 rakaat (2 rakaat Subuh, 4 Zohor, 4 Asar, 3 Maghrib dan 4 Ishak) pada setiap pagi sebelum masuk subuh bagi menggantikan solat yang pernah ditinggalkannya pada waktu beliau jahil dahulu.
“Ketika awal sertai usaha sebarkan dakwah, saya memang seorang yang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai. Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam.
Saya cuba untuk solat 17 rakaat sebelum Subuh bagi menggantikan semula waktu solat yang tertinggal. Bagaimanapun seorang sahabat nasihatkan agar tidak terlalu memaksa diri. Apa yang penting adalah istiqamah,” ujar beliau.
Sepanjang proses penghijrahan, Nabil kerap mengikuti jemaah tabligh untuk keluar berdakwah. Sehubungan dengan itu, beliau mengakui terdapat cabaran tertentu yang perlu dihadapinya, salah satunya ialah untuk memahamkan isterinya, Nazirah Ayub.
“Antara ujian yang saya hadapi sepanjang usaha dakwah ini adalah untuk buat isteri sendiri faham. Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.
Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini,” jelasnya.
Kekal Berada Dalam Dunia Hiburan Untuk Sebarkan Dakwah
Walaupun sudah memilih untuk berhijrah, namun Nabil masih ingin berada di dunia hiburan kerana mahu menyampaikan dakwah kepada orang ramai.
Baginya, pentas pengacaraan merupakan salah satu medium untuknya menyampaikan kebaikan ketika menjalankan tugasan sebagai hos.
“Tidak semestinya dengan perubahan sekarang ini saya perlu tinggalkan pekerjaan yang saya dah lama buat. Saya boleh selitkan zikir-zikir mudah ketika mengendalikan program. Itu antara salah satu cara untuk sampaikan dakwah. Selain itu saya anggap diri saya sebagai wakil golongan orang berdakwah yang tidak berpeluang untuk keluar TV,” katanya.
Kita semua manusia yang tak sempurna dan bila melihat situasi Nabil, sebaiknya kita ikut contoh baik yang ada dalam dirinya. Semoga penghijrahan beliau memberikan inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk sentiasa memperbaiki diri.
Mestilah semua wanita tak nak jeragat muncul di wajah, nak-nak masih muda. Kadang bukan sebab salah pakai produk pun tetapi disebabkan langsung tak amalkan set penjagaan kulit.