Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless! Antara pelakon muda yang selalu tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan adalah Eyka Farhana.

Biarpun sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.

Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna.

Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari

Artikel Lain:Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik!

Dia juga tidak lokek berkongsi rutin harian penjagaan wajah apabila berkongsi di laman TikToknya.

Dalam perkongsian itu, dia menyapukan beberapa produk pada wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.

IKLAN

Ternyata pemakaian pelembap muka, krim mata dan pelindung matahari yang berterusan menyebabkan kulit kita dijaga dengan sebaiknya.

Artikel Lain: Lepas Empat Bulan Buat Bariatrik, Hasilnya Penampilan Melly Goeslaw Makin Cantik & Langsing

“Disebabkan ramai tanya, ini rutin harian penjagaan wajah saya. Bersederhana lebih baik,” tulisnya di kapsyen.

IKLAN

Selain itu, dia turut menyenaraikan produk kecantikan berjenama mewah yang dipakainya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memuji kulit wajah Eyka yang cantik dan mengatakan kecantikannya asli.

“Serius cantik doh kulit dia. Nak macam tu jugak.

IKLAN

“Natural beauty.

“Wajah dan kulit sama cantik dan gebu. Sedap mata memandang,” komen netizen.

Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless!

Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless!

Tak Skip Pakai Pelembap Muka & Pelindung Matahari. Rahsia Kulit Eyka Farhana Cantik & Flawless!

Artikel Lain: Usia Dah 63 Tahun, Tapi Aktif Senamrobik. Ini Rupanya Rahsia Datin Maria Arshad Kekal Cantik & Langsing!

Selain itu:  Sedar Lepas 7 Hari Koma. Ibu Hamil Positif Covid-19 Selamat Lahirkan Anak Melalui Pembedahan!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI