Setiap kali melihat aktiviti sihat dilakukan di laman sosial, dapat mengagak selebriti ini pasti sangat menjaga kesihatan diri.
Rajin melakukan aktiviti larian bersama teman-teman, pemilik nama Vanidah Imran ini sememangnya kelihata cukup fit dan bertenaga biarpun usia hampir mencecah 50 tahun.
Ketika ditanya rahsia bagaimana menjaga kecantikan dan kesihatan diri, Vanidah atau mesra dipanggil Vee tidak lokek memberi beberapa tip menarik.
Menurutnya dia sangat mengutamakan pengambilan makanan dan minuman dalam menjaga menjaga kesihatan.
“Memang menjadi amalan saya seiak dulu lagi akan minum air selepas bangun tidur. Selain itu saya juga Memang rajin lakkan exercise untuk peredaran darah jadi lebih lancar selain mengekalkan kekuatan otot.
“Setiap minggu jika ada masa terluang memang Vee akan ambil peluang buat aktiviti larian ini berama teman-teman,” ujarnya yang juga sangat menjaga pemakanan bagi mengelak masalah kencing manis, kolesterol dan juga jantung.
“Selain lain bagi mengekalkan kesihatan, saya juga akan ambil suplemen yang diperlukan sesuai untuk tubuh badan masing-masing.
“Manakala untuk perawatan wajah pula, selain rutin harian cuci muka, saya juga buat senaman dan urutan di wajah. Buat perlahan-lahan dan jadikan rutin harian.
“Dan jangan lupa sesekali penggunaan moisturizer dan sunblock walaupun hanya berada di rumah. Amalkan selalu dan kesannya akan menjadikan wajah lebih halus dan bebas cela,” tambahnya yang baru sahaja berjaya menggengam ijazah Sarjana Seni Persembahan sempena konvokesyen ke 61 di Universiti Malaya.
Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20 ini terlebih dahulu bergelar graduan ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Motivasi Dari Ayah Untuk Berjaya
Kata bintang filem Red Kebaya itu, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian itu bukan sesuatu yang mudah.
Ads
Apatah lagi perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
Vanidah juga beruntung kerana faktor motivasi lain diterimanya datang daripada ayah tercinta.
Bapanya selama ini sebenarnya seakan tidak gemar melihat diri beliau memilih jalan sebagai anak seni. Bagi bapanya, kerjaya seni dilihat tidak mampu menjamin masa depan dan berharap suatu hari nanti Vanidah akan membuat keputusan atau benda lain.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas. Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya. Saya tak pernah menyangkaakan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
Ads
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” katanya yang akan meneruskan pula pengajian di peringkat PHD.
Bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos pertama bagi vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C).
Ini bermakna tarikh akhir pemberian vaksin COVID-19 dos pertama di bawah Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) ditetapkan pada 15 Mei ini.
Perkara ini diberitahu oleh Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
“Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia, manakala bagi vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta.
“Bagaimanapun, keputusan ini tidak membabitkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada 2017 dan belum mencapai usia lima tahun 15 Mei 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Azmi berkata, kanak-kanak dalam kategori yang dinyatakan itu boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai perkara itu akan diperjelaskan dalam masa terdekat.
Beliau berkata, tindakan memutuskan tarikh akhir untuk pemberian vaksin itu dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun.
“KKM sudah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids, permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi.
“Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir bagi dos pertama dan kedua perlu dibuat,” katanya lagi.
Dr Noor Azmi berkata sehingga semalam sebanyak 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 dan 195,865 sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin dos pertama sekitar 4,500 dos sehari sejak tujuh hari yang lalu.
Katanya, ibu bapa yang sudah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi masih belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan sama ada melalui telefon, media sosial atau lawatan ke rumah bagi menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada anak-anak mereka.
Pusat Perubatan Sunway Velocity, Lancar Pusat Kesuburan Penuhi Keperluan Komuniti Setempat. Diketuai oleh pakar berpengalaman, pusat kesuburan ini menawarkan pelbagai rawatan dan teknologi perubatan terkini untuk menyelesaikan masalah ginekologi dan kesuburan.
Mendapatkan zuriat semestinya menjadi impian pasangan yang sudah berkahwin. Walaubagaimanapun, tidak semua pasangan mudah mendapatkan zuriat disebabkan masalah yang berkaitan dengan kesuburan.
Selalunya apabila timbul masalah ini, golongan wanita sering dipersalahkan. Mereka dianggap punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan.
Pusat Perubatan Sunway Velocity
Hakikatnya, masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun wanita.
Seiring perubahan zaman, pelbagai teknologi diwujudkan bagi mengatasi masalah sukar mendapatkan cahaya mata.
Antara yang sering menjadi pilihan adalah teknologi persenyawaan in vitro (IVF) atau rawatan bayi tabung uji.
Sejajar dengan komitmennya untuk memenuhi keperluan komuniti yang semakin berkembang baru-baru ini , Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) melancarkan Pusat Kesuburan Sunway di hospital tersebut.
Lancar Pusat Kesuburan Penuhi Keperluan Komuniti Setempat
Terletak bersebelahan dengan Pusat Wanita dan Kanak-Kanaknya, fasiliti seluas 7,222.5 kaki persegi ini dilengkapi dengan kemudahan yang komprehensif seperti bilik konsultasi, dewan bedah, bilik rawatan, bilik pengumpulan sperma, makmal andrology, makmal embriologi, bilik pengawetankrio, bilik dan wad pemulihan harian (daycare) serta teknologi dan sistem terkini untuk pelbagai prosedur kesuburan dan sakit puan (ginekologi)
Diketuai oleh Dr Farah Leong Rahman dan Dr Ashley Chung Soo Bee, Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan, perkhidmatan lain di Pusat Kesuburan Sunway di SMCV.
Ini termasuklah ujian penilaian kesuburan, inseminasi intrauterine (IUI), persenyawaan in-vitro (IVF), suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI), ujian genetik plaimplantasi (PGT), pengawetankrio, analisis penerimaan endometrium (ERA), pembedahan laparoskopi serta rawatan untuk penyakit sakit puan.
Dengan pelancaran pusat kesuburan baharu ini, SMCV kini boleh menyediakan pelbagai rangkaian perkhidmatan berkaitan kesuburan serta penjagaan wanita dan kanak-kanak di bawah satu bumbung yang sama, serta menyelaraskan pengalaman rawatan kesuburan kepada pasangan yang ingin menimang cahaya mata.
Buat masa ini ramai yang bimbang dengan penularan penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) terutama di kalangan kanak-kanak.
Malah kes dikatakan telah meningkat sehingga menimbulkan kebimbangan pada ibu bapa kerana bahayanya boleh memudharatkan kesihatan.
Selain mendapatkan rawatan di hospital, kita juga sebenarnya boleh mencuba kaedah petua tradisional.
Cara ini dikatakan berkesan untuk menyembuhkan penyakit HFMD ini tanpa mengeluarkan modal yang tinggi.
Menerusi laman Facebook, seorang ibu bernama Azma Abdul Jamil telah berkongsi pengalaman merawat anaknya yang mengalami penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Azma juga telah berkongsi tentang petua yang menggunakan 100% rawatan tradisional mengikut cara masyarakat India yang dikongsikan oleh jirannya.
Menurut perkongsian, anaknya baharu sahaja pulih daripada penyakit HFMD selepas seminggu bertarung dengan keadaan tekak, tonsil, tapak tangan dan tapak kaki yang dipenuhi ruam yang melepuh.
Guna Petua Tradisional Pulihkan HFMD
Alhamdulillah kakak dah pulih. Tenkiu doakan dekat kakak. Tenkiu kak ina & bff Norashikin Saad bagi petua ni. Sekali mandi ja terus hilang. Menjadi.
Petua ni kakjema buat untuk kakak time kakak kena HFMD aritu.
Anak saya baru je baik.seminggu kena. dia jerit2 sakit x leh makan.sbb jadi penuh dlm mulut.. Mula2 ingat kena demam campak.tapi tak sangka kena HFMD.
Saya guna 100% rawatan tradisional cara org india.jiran kat rumah saya bg petua ni. alhamdulillah..dah ok sgt2.sampai saya bawak p hospital swasta dokter pakar kanak2 pon puji..dia cakp pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu…
Ini ada sedikit petua..
1. Ais Krim Vanilla First saya bagi anak saya makan ais krim vanila.ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda..cubalah.memang sangat-sangat berkesan.
2.Daun Mambu & Serbuk Kunyit Kedua : ambil sebesen air paip.letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1ptg ).masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam.
Masukkan juga daun mambu ke dalam air tersebut. Lepas tu bg anak kita mandi guna air ni. jangnn bilas dengan air paip. biarkan air kunyit dan daun mambu ini di badan anak. jadikan penawar.
3.Daun Mambu & Bedak Sejuk Ke tiga : ramaskan daun mambu@neem dengan bedak sejuk.lumurkan ke tangan ,kaki kat bahagian yang kena sakit ni.jangan masukkan dlm mulut tau.yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je. Insyaallah.selepas 2-3 hari pasti akan hilang .cubalah sebab saya sendiri dah alami.
Sebenarnya, bukan mudah untuk merawat anak yang terkena penyakit HFMD ini kerana apabila anak anda sah dijangkiti, anak tidak perlu dirawat di hospital. Malah, anak perlu dikuarantin dan perlu dipantau oleh ibu bapa sepenuhnya. Jadi, jangan cemas, anda boleh cuba petua ini
Jom follow fb Azma Abdul Jamil #copypaste #hfmd #petua