
Isi Kandungan
ToggleMasih ada lagi tak orang yang sapu minyak zamzam untuk atasi masalah rambut gugur? Okay, kalau anda mempunyai masalah rambut yang kurang lebat dan selalu gugur, elok lah cuba tips mudah ini tanpa perlu mengeluarkan bajet besar.
Sapu Minyak ZamZam, Ini Rahsia Wanita Dulu-dulu Rambut Lebat
Kalau kita tengok rambut orang dulu-dulu tahun 70-an dan 80-an, rambut mereka memang lebat dan teramat cantik. Lihat lah dalam filem-filem melayu lama seperti filem P. Ramlee, rambut pelakon wanita mereka lebat, panjang dan boleh didandan pelbagai gaya.
Nak tahu tak apa rahsia yang mereka amalkan?
Minyak ZamZam ini legend dipakai orang dulu-dulu untuk mengurangkan rambut gugur dan melebatkan rambut.
Kongsi netizen yang sudah mencubanya, “Alhamdulilah sejak pakai konsisten dah 3 bulan memang berkesan”.
Kelebihan Minyak Zam-zam
Merupakan minyak rambut yang dihasilkan dari herba dan tumbuhan semula jadi untuk kecantikan dan kesihatan rambut.
Mengurangkan keguguran rambut
Membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar
Menebalkan akar-akar rambut
Menyelesaikan masalah gatal kepala
Menyelesaikan masalah kudis di kulit kepala
Merapikan rambut kusut
Struktur rambut menjadi lembut, sihat dan tidak bercabang
Kulit kepala menjadi sihat dan bersih
Minyak tradisional untuk kegunaan luar
Haa.. produk ini sesuai digunakan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak juga. Memang jimat banyak kalau beli, seisi keluarga boleh guna. Jadi jika anda salah seorang yang mempunyai masalah rambut nipis, sila lah cuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kegunaan Baking Soda Dalam Kecantikan, Rupanya Banyak Lagi Yang Menarik!

Mesti ramai lagi yang belum tahu kegunaan baking soda dalam dunia kecantikan, bukan? Bukan hanya untuk wajah, malah ketiak, gigi dan rambut pun boleh pakai baking soda saja.
Haaa.. anda sebenarnya patut cuba dan amalkan kalau nak cantik cara jimat poket. Nak-nak pula kalau anda jenis yang kurang rajin nak pakai skincare dan tak suka membeli produk.
Kegunaan Baking Soda Dalam Kecantikan
Jangan risau, anda boleh cuba kesemua tips yang ada. Lihat satu persatu dan sediakan bahan-bahan.
1. Deodorant
Campur baking soda dengan sedikit air , ini akan membentuk satu pes lembap. Sapukan di bahagian bawah lengan.
2. Mencegah Kelemumur
Campur sedikit baking soda dalam syampu dan gunakan seperti biasa. Kaedah ini jaga akan memberi volume pada rambut.
3. Dry shampoo
Tak perlu membazir beli syampu kering, tabur sedikit baking soda pada akar rambut dan ratakan.
4. Jerawat
Campur baking soda dengan madu dan letakkan pada jerawat selama 15 minit, kemudian bilas.
5. Putihkan gigi
i) Campurkan 1 sudu makan baking soda dan 5 titik hydrogen peroxide hingga menjadi satu pes. Tambah beberapa titik air jika perlu. Sapukan solusi ini ke gigi anda dengan rata menggunakan berus gigi dan biarkan selama 5 minit
Gosok gigi seperti biasa dengan menggunakan ubat gigi.
ii) Campur baking soda , strawberry, dan jus lemon . Gunakan pes untuk menggosok gigi.
6. Eksfloitasi kulit
Campur dengan sedikit air di tapak tangan anda dan gosok pada muka untuk menanggalkan sel kulit mati. Boleh juga dicampur dengan pembersih muka anda.
7. Mengatasi nafas berbau
Masukkan 1 sudu kecil baking soda dalam setengah gelas air dan kumur.
8. Membersih alat kecantikan
Sikat anda boleh dikotori dengan minyak pada rambut. Cuci sikat dengan air suam bercampur dengan 3 sudu makan soda.
9. Manicure Pedicure
Campur dengan peroxide dan skrub pada kuku. Untuk kaki, campur 2-3 sudu makan dengan air untuk merendm kaki . Anda boleh tambah minyak pati (seperti minyak lavender) untuk haruman dan rendam selama 20 minit. Skrub kaki menggunakan pes pekat campuran baking soda dan air.
10 . Mencerahkan kulit
Campur dengan 1 sudu makan jus lemon dan beberapa titik minyak zaitun. Selepas membersihkan muka, sapu pes pada muka dan biar selama 10 minit. Bilas.
Agak-agak yang mana satu anda nak guna dulu? Boleh pilih dan suaikan dengan diri dulu. Jadikan rutin dan anda akan dapat hasilnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kopi Dan Susu Bantu Buat Kulit Glowing, Wanita Ini Dah Dapat Hasilnya

Salah satu beauty hacks yang anda boleh cuba adalah menggunakan 2 bahan sahaja iaitu kopi dan susu tak kisah lah jenama apa pun.
Ya, perlukan jadi masker dulu untuk sapu keseluruh wajah. Eh, jom baca tip cantik daripada wanita ini, katanya berkesan!
Kopi Dan Susu Bantu Buat Kulit Glowing
Menurut perkongsian saudari Nimasy, anda boleh campurkan kedua bahan ini, kemudian sapu dekat bahagian yang perlu. Kalau rajin buat memang cepat hasil glowing.
Kebaikan guna kopi memang boleh exfoliate kulit jadi glowing dan cerah, kurangkan lingkaran mata hitam dan melembutkan kulit.
Bila tambah susu, proses pencerahan itu lebih cepat dan molek. Jangan lupa cuba! Bajet pun jimat, tak sampai RM5 dah boleh dapat kulit sihat berseri.
Anda boleh sapu bahan yang dah siap tadi pada bahagian yang perlu macam ketiak, pelipat di belakang lutut dan kaki juga. Ikut kehendak dan keperluan anda.
Jadi jika nak kulit cantik tanpa kusam, anda kena rajin dan konsisten pakai masker. Selamat bercantik-cantik, semua!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Senaman Perlu Dilakukan Sebelum Mula Aktiviti Pendakian, Persediaan Untuk Kuatkan Otot Kaki

Isi Kandungan
ToggleMendaki gunung sudah menjadi trend aktiviti riadah yang popular. Tiada kekangan gender atau usia dalam melakukan aktiviti sukan lasak ini.
Jika dahulu mendaki gunung hanya dilakukan oleh segelintir masyarakat tetapi kini ramai yang sudah mula menunjukkan minat.
Namun, masalah mula melanda apabila mereka yang baru (beginner) berjinak-jinak untuk mendaki ini tidak melakukan persiapan yang sempurna. Ya, persediaan fizikal adalah sangat penting untuk memulakan sebuah pendakian.
Tips senaman atau sukan yang boleh dilakukan sebagai persiapan sebelum mendaki gunung.
1. Bermula dengan senaman kardio
Kardio adalah senaman yang paling penting dilakukan sebagai persediaan sebelum mendaki gunung. Senaman kardio bukan sahaja boleh membantu membakar lemak di tubuh tetapi boleh memperbaiki sistem paru-paru, melatih otot jantung dan melancarkan peredaran darah. Jika dilakukan dengan betul, sistem pernafasan akan lebih teratur dan tubuh menjadi ringan untuk mendaki gunung. Antara yang boleh dilakukan adalah;
Joging setiap pagi atau petang
Jogging adalah senaman kardio yang paling mudah dan penting untuk dilakukan. Ini kerana dengan joging dapat memperkuatkan otot kaki dan menyediakan otot kaki ini dalam ekspedisi pendakian. Otot kaki menjadi kuat dan tidak cepat letih. Jika otot kaki tidak dilatih sejak awal pasti sukar untuk meneruskan pendakian lebih-lebih lagi jika melalui jalan yang sukar dan mencabar.
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum ekspedisi pendakian sudah mula joging setiap hari. Jika tidak pagi cuba joging di waktu petang atau malam. Namun, tips yang perlu dilakukan adalah setiap hari jarak yang ditempuh mesti bertambah setiap hari. Buat permulaan cuba sasarkan jarak larian sejauh 500 meter. Hari demi hari tambah jarak larian sehingga sekurang-kurangnya 800 meter. Pasti otot menjadi kuat dan bersedia untuk memulakan pendakian.
Kayuhan basikal
Selang empat hari sekali boleh diselang-selikan berbasikal dengan joging. Sebagai permulaan mungkin boleh berbasikal sekitar kawasan perumahan atau taman yang berdekatan. Tetapi, untuk sesi yang berikutnya cuba mengayuh basikal di kawasan yang berbukit. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan membiasakan kaki untuk melalui kawasan yang berbukit atau mendaki bukit. Memang jika ingin mendaki memerlukan aktiviti memanjat bukan?
2. Latihan ringan
Melakukan senaman kardio memang sudah memberi penyediaan kepada otot kaki dan tubuh untuk melakukan aktiviti pendakian. Namun, pasti akan lebih baik sekiranya melakukan latihan ringan lain agar dapat menguatkan otot kaki dan juga tubuh secara keseluruhan.
Latihan turun naik tangga
Fokus utama ketika mendaki dan menuruni gunung bukan hanya pada kekuatan otot kaki dan stamina semata-mata. Kekuatan kaki yang berjalan pada jalan, seperti tanah, batu dan pasir perlu dikuasai. Jika sudah mempunyai kekuatan ini, apa sahaja cabaran ketika mendaku pasti dapat ditempuhi.
Latihan turun naik tangga ini jika dijadikan sebagai rutin harian di rumah atau di pejabat boleh menguatkan otot kaki. Apatah lagi jika selepas berjoging, melakukan latihan turun naik tangga ini. Lakukan selama 10 minit setiap hari.
Otot paha kuat dengan squat jumps
Kemantapan kaki dan kekuatan otot paha juga boleh dilakukan dengan latihan squat jumps. Bila waktu yang sesuai dilakukan latihan ini. Sebaik sahaja selepas berjogging cuba lakukan lompatan ini. Jika dilakukan dengan konsisten pasti dapat memiliki otot paha yang lebih kuat. Tips, selepas selesai 1 set squat jumps rehat selama 10 saat untuk set yang seterusnya. Boleh lakukan sebanyak empat set.
Bina otot tangan dengan push up
Ketika mendaki bukan sahaja memerlukan kekuatan otot kaki malah mendambakan kekuatan otot tangan. Kekuatan otot tangan juga perlu dilatih untuk menyeimbangkan diri dan membantu memanjat atau merangkak ketika menempuhi sasaran untuk ke puncak. Latihan push up secara rutin setiap hari boleh membantu dan menjadi salah satu alternatif untuk menguatkan otot tangan. Selepas jogging atau mengayuh basikal lakukan latihan push up ini. Jangan memaksa diri melakukan di luar kemampuan. Lakukan perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Apabila sudah biasa mungkin hanya dengan satu tangan pun boleh melakukan push up.
Latihan back up untuk belakang
Mendaki gunung bukan membawa diri semata-mata. Perlu menggalas beg untuk membawa makanan atau apa sahaja keperluan di puncak gunung. Oleh itu, persediaan bahagian belakang juga perlu diperkuatkan. Latihan tambahan diperlukan untuk memperkuatakan bahagian belakang iaitu back up.
Latihan pernafasan
Pernafasan yang lancar dan teratur sangat penting ketika mendaki. Ini kerana berjalan dengan jarak yang jauh, membawa beban yang berat dan jalan yang mencabar pasti membuat nafas kencang dan tidak teratur. Itu belum lagi termasuk perbezaan tekanan udara yang berbeza ketika di awal pendakian sehingga ke puncak.
Cara yang paling baik dilakukan adalah dengan latihan pernafasan. Senaman pernafasan yang paling mudah adalah dengan aerobik. Cukup hanya dilakukan tiga kali seminggu untuk membantu pernafasan yang teratur.
Satu lagi cara yang membantu pernafasan yang teratur adalah dengan berenang. Berenang selama dua kali seminggu bukan sahaja membantu latihan pernafasan malah boleh membantu menguatkan otot kaki dan juga tangan.
Manfaat Mendaki Gunung
Meningkatkan kesihatan jantung dan paru-paru
Kebaikan mendaki gunung salah satunya adalah dapat meningkatkan dan menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Perjalanan mendaki sambil membawa beban akan mengepam jantung dengan lebih cepat dan memberi beban kepada paru-paru lebih daripada biasa.
Melatih daya tahan tubuh
Keadaan alam sekitar yang ekstrim, cuaca yang sejuk di atas pergunungan dan kekangan makanan yang terbatas melatih daya tahan tubuh. Pendaki gunung biasanya boleh membentuk diri keluar daripada zon selesa. Itu yang membuatkan pendaki gunung mempunyai daya tahan yang kuat untuk melawan cabaran dunia yang sebenar.
Meningkatkan daya ingatan
Mendaki gunung juga boleh membantu meningkatkan daya ingatan seseorang kerana mendaki gunung tergolong dalam sukan yang santai. Lingkungan ahli kumpulan yang pelbagai menemukan pengalaman baru dan meningkatkan perasaan yang riang gembira.
Ektra!
Jika berkesempatan cuba bersenam atau bersukan seawal pukul 4 pagi kerana untuk membiasakan tubuh pada cuaca yang sejuk. Ini kerana jika terpaksa bermalam di kawasan puncak biasanya udara sangat sejuk sehingga menusuk ke tulang.
Artikel Berkaitan:
Sebelum Cuba Aktiviti Berbasikal, Kena Tahu Pilih Jenis Basikal Sesuai Dengan Saiz Ketinggian
Rupanya Inilah Senaman Paling Sesuai Dilakukan, Untuk Yang Sering Stres & Ada Tekanan Darah Tinggi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI