Salah satu beauty hacks yang anda boleh cuba adalah menggunakan 2 bahan sahaja iaitu kopi dan susu tak kisah lah jenama apa pun.
Ya, perlukan jadi masker dulu untuk sapu keseluruh wajah. Eh, jom baca tip cantik daripada wanita ini, katanya berkesan!
Kopi Dan Susu Bantu Buat Kulit Glowing
Menurut perkongsian saudari Nimasy, anda boleh campurkan kedua bahan ini, kemudian sapu dekat bahagian yang perlu. Kalau rajin buat memang cepat hasil glowing.
Ads
Kebaikan guna kopi memang boleh exfoliate kulit jadi glowing dan cerah, kurangkan lingkaran mata hitam dan melembutkan kulit.
Ads
Bila tambah susu, proses pencerahan itu lebih cepat dan molek. Jangan lupa cuba! Bajet pun jimat, tak sampai RM5 dah boleh dapat kulit sihat berseri.
Anda boleh sapu bahan yang dah siap tadi pada bahagian yang perlu macam ketiak, pelipat di belakang lutut dan kaki juga. Ikut kehendak dan keperluan anda.
Jadi jika nak kulit cantik tanpa kusam, anda kena rajin dan konsisten pakai masker. Selamat bercantik-cantik, semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perasan tak, ada arahan untuk sapu Micellar Water guna kapas, kemudian baru gosok pada muka? Haa… ada sebabnya kenapa anda kena guna kapas.
Sebenarnya membersihkan wajah tidak cukup hanya menggunakan pembersih yang dibilas dengan air. Kadang anda perlukan cucian tambahan dengan melakukan double cleansing untuk memastikan kulit bebas daripada sisa kotoran dan mekap.
Double cleansing boleh dilakukan dengan memakai cleansing oil atau micellar water sebelum pembersih wajah. Pemakaian kedua jenis pembersih yang tidak dibilas itu memang selalu jadi isu pun.
Tidak hanya memberikan keselesaan pada kulit, tetapi pakai micellar water guna kapas juga dikatakan beri kesan pada kulit wajah. Kononnya pemakaian micellar water yang diusap menggunakan kapas ke wajah akan membuatkan garisan kecil pada wajah. Eh, betul ke?
Katanya geseren yang dibuat secara rutin akan memberikan kesan buruk kepada kulit. Malah menurut pakar kulit, Yessica Tania, geseran kapas yang terlalu kasar pada kulit sama dengan pemakaian physical exfoliator seperti skrub.
Jangan risau, kesan sampingan itu masih boleh dielak dengan pemakaian kapas yang lembut.
“Jangan terlalu tekan kapas itu, tapi cukup sapu manja dalam beberapa minit beberapa untuk hilangkan mekap. Then let it glides on your skin,” jelas Yessica dalam komen Instagram.
Sebenarnya, efek sampingan geseran yang disebabkan pada pemakaian micellar water dan kapas juga boleh berlaku ketika tidur.
Kulit anda akan bergeser dengan permukaan tilam atau bantal, sehingga menyebabkan kedutan dan tanda penuaan jika dibiar setiap hari.
Apa yang menariknya tentang Micellar Water ini dan kenapa lebih bagus berbanding air biasa atau sabun, dia attract minyak dan minyak effortlessly. Juga selamat biarkan atas muka, tak perlu bilas dan hydrating. Lepas lap, tak perlu bilas pun. Tapi ikut kulit juga.
Kalau muka sangat sensitif, kena pilih bahan yang betul. Ada juga Micellar Water yang campur dengan additional oil and ingredients which boleh buat kulit muka tak ngam. Boleh buat patch test dulu, try and make sure serasi baru guna okay. Try and error itu lumrah.
Micellar water bukanlah pencuci muka jadi jangan wipe pakai ni je and dah tak buat apa-apa lagi. Tetap kena amal cuci muka, moisturizer, lindungi dengan sunscreen dan minum air yang cukup. Sekarang tengah panas terik. Kurangkan terdedah dengan matahari dan jaga diri okay!
Kesimpulannya, pemakaian micellar water dan kapas atau cleansing oil tetap memiliki manfaat. Anda boleh memilih pembersih yang paling sesuai untuk digunakan agar kulit tetap bersih dan terhindar dari masalah kulit.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya mesti ramai tak tahu yang retinol ini banyak manfaatnya. Antaranya ialah dapat menghilang banyak masalah kulit seperti pigmentasi, parut jerawat dan kemerahan.
Kalau rasa masih tak yakin nak guna retinol dalam rutin kecantikan, jom baca perkongsian daripada Miss Lizy dulu…
Retinol ada dalam pelbagai jenis macam serum, face wash dan banyak lagi. Sebelum pakai retinol, anda kena research dulu. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dicampur dengan retinol kerana retinol ini bahan aktif.
Jom semak cara nak pakai retinol dengan betul.
Okay, selepas ini anda yang masalah wajah berparut, jeragat dan muka kusam, boleh lah cuba berbaik dengan retinol. Pastikan ikut syaratnya, baru berkesan dan muka tak breakout!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasanya masih ramai yang belum tahu macam mana nak pakai skincare dengan betul bagi kulit berseri tanpa cela.
Kali ini bukan tentang urutan skin care tetapi cara pemakaian yang betul dan juga macam mana langkah-langkah pakai set penjagaan pada wajah.
Tak perlu produk maham pun tetapi cukup jika anda boleh amalkan waktu pagi dan sebelum tidur. Sebagai contoh, apa yang perlu dibuat sebelum mencuci muka dan sebagainya.
Sebelum bersihkan wajah, tangan mestilah bersih kan? so cuci tangan dulu barulah apply cleanser pada wajah.
Untuk dapatkan kulit yang extra bersih perlulah buat double cleanser. Tetapi macam mana nak bersihkan wajah dengan betul? Jom teruskan membaca.
•Buat buih
•Mula membersihkan muka dengan cleanser
•Cuci muka
•Ulang langkah yang sama sekali lagi.
• Elakkan dari menggunakan kain dengan permukaan yang kasar agar kulit tidak luka dan juga menipis.
• Sebaliknya, lap wajah dengan tisu atau kain yang lembut agar kulit tidak tegang.
• Jangan sapu toner secara kasar.
• Sapu toner dengan lembut agar terkena seluruh permukaan wajah.
• Mula-mula sapukan moisturiser pada wajah.
• Kemudian sapu sambil mengurut wajah.
• Jangan gosok secara kasar supaya bawah mata tidak kering.
• Jangan lupa sapu eyecream secara perlahan sahaja ya.
Begitu mudah rutin jaga kulit wajah pada waktu pagi dan malam, jadi kenapa masih malas nak konsisten pakai? Nak kulit tanpa cela kena rajin, tau!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.