
Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah wanita yang hidup dalam tekanan kerana bulu-bulu halus seperti misai tumbuh di atas bibir. Kurang selesa jadinya!
Keadaan ini menyebabkan mereka malu untuk menonjolkan diri sehingga sukar untuk berkenalan dengan lelaki dan bertemu jodoh.
Bagi kaum Hawa yang berdepan masalah itu, apa kata cuba tiga petua mudah yang dikongsi menerusi laman Facebook Sis Beautysecret.
1. Susu Kunyit
Campur satu sudu serbuk kunyit dan satu sudu susu untuk membentuk pes. Sapu pes pada bahagian atas bibir dan biarkan kering, kemudian baru dibilas.
Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.
2. Putih Telur
Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu pada misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit, baru tanggalkan masker tersebut. Lakukan empat kali seminggu.
3. Tepung Jagung
Campurkan 10 mililiter (ml) jus lemon, 150 ml air, dengan 30 gram tepung jagung. Ia akan menjadi larutan yang likat.
Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sampai kering dalam 15 minit. Peel off dan bilas dengan air bersih.
Paling penting, kaum Hawa dinasihatkan agar tidak mengambil jalan pintas dengan mencukur misai kerana khuatir ia akan tumbuh lebih lebat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Senaman Ini Legakan Sakit Sendi, Boleh Lakukan Hanya Di Rumah

Isi Kandungan
ToggleBagi menjaga kesihatan tubuh badan, kita digalakkan untuk melakukan senaman. Senaman rutin biasanya boleh membantu melegakan sakit sendi dan simptom rheumatoid arthritis (RA) lain, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Adakah mengurangkan pergerakan boleh mengurangkan kesakitan? Terdapat sedikit kelemahan bersenam, para penyelidik menyimpulkan, faedah yang berharga untuk terus aktif termasuk fungsi fizikal yang lebih baik, kurang kesakitan pada sendi dan kawasan lain, dan peningkatan kualiti hidup.
Ini senaman oleh diamalkan bagi mengurangkan sakit sendi dan antaranya boleh dilakukan dala rumah saja.
1. Berjalan
Ia percuma, anda boleh melakukannya di mana sahaja, tiada latihan khusus diperlukan, dan mudah pada sendi sakit. Percubaan kecil yang diterbitkan pada bulan Mac 2016 dalam jurnal Musculoskeletal Care mendapati bahawa orang yang ditugaskan berjalan tiga hingga empat kali seminggu umumnya telah meningkatkan perasaan kesejahteraan dan keberkesanan diri, sementara orang dalam kumpulan kawalan tidak.
Faedah berjalan lain termasuk penurunan berat badan, yang seterusnya membantu mengurangkan tekanan dan kesakitan pada sendi. Ia juga menggalakkan kesihatan jantung.
2. Berbasikal
Terutama bagi orang yang mengalami arthritis, gerakan lumba basikal yang lebih halus akan mengurangkan jogging tradisional, menurut Brian Lamoreaux, MD, seorang pakar rheumatologi bersama Jabatan Rheumatologi di Ohio, Ohio.
Sayangnya, sesetengah orang dengan RA mungkin mengalami kerosakan tangan yang boleh mengehadkan keupayaan mereka untuk mengambil bahagian dalam berbasikal. Jika tangan anda boleh mengendalikannya, cuba beberapa kali seminggu.
3. Latihan Kekuatan
Bagi pesakit dengan RA, sesetengah pesakit sakit sendi menjadikan simptom lebih teruk. Tetapi semakin kuat otot anda, kurang ketegangan pada sendi anda. Oleh itu, jangan takut dengan berat, kata Hensley, kerana ia adalah cara terbaik untuk mendapatkan lebih kekuatan dan meningkatkan jisim otot.
Satu kajian yang diterbitkan pada bulan April 2017 dalam Penjagaan Musculoskeletal mendapati bahawa latihan rintangan yang lebih intensif sepanjang enam minggu meningkat hasil untuk orang yang mengalami arthritis.
4. Berenang
Berada di dalam air adalah bagus untuk meregangkan otot dan melegakan sendi anda, jadi pilih kolam untuk senaman aerobik. Berenang atau cuba kelas aerobik air. Satu kajian yang diterbitkan pada bulan Mac 2017 dalam American Journal of Physical Medicine & Rehabilitation mendapati bahawa latihan berasaskan air selama 16 minggu pada wanita dengan RA menyebabkan peningkatan yang signifikan dalam sakit sendi dan lain-lain, serta menurunkan aktiviti penyakit, jika dibandingkan dengan keberkesanan latihan aerobik berasaskan darat.
Berenang membantu mengawal berat badan, meningkatkan mood, dan meningkatkan tidur, dan ia adalah baik untuk kesihatan secara keseluruhan, kata Madhoun.
5. Sihat Di Rumah
Anda tidak perlu ke gimnasium untuk senaman yang baik. Terdapat banyak senaman yang ada di sekitar rumah anda. Lakukan pembersihan rumah menyeluruh atau kerja di halaman anda seperti menarik rumput, menyapu daun, atau memotong rumput.
Semasa berada di rumah, bersenam mengimbangi satu kaki untuk meningkatkan kekuatan dan keseimbangan, menurut Hensley. Meningkatkan latihan kekuatan dengan menggunakan kerusi untuk bergerak daripada duduk kepada berdiri, atau angkat beban tangan untuk beberapa latihan kekuatan yang ringan.
Kredit: HelloDoktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lewat Usia 40an Mampu Naik Motor, Menyelam & Tunggang Kuda. Rahsia Fauziah Latiff Kekal Cantik & Fit!

Isi Kandungan
ToggleLewat usia 40an mampu naik Motor, menyelam & tunggang kuda. Rahsia Fauziah Latiff kekal cantik & fit! Sejak awal kemunculan di era 90an hingga kini, penampilan penyanyi ini masih sama. Tetap cantik, cergas dan menawan biarpun usia sudah mencecah 50 tahun.
Dia antara selebriti yang dikenali ‘tak makan tua’ kerana sentiasa tampil jelita dan energetik.
Fauziah Latiff yang lahir tahun 1970 ini masih aktif dalam dunia seni terutamnya menjadi juri untuk program realiti. Sering tampil cantik biarpun hanya duduk di kerusi saja sambil memberi komen dengan persembahan artis.
Lewat Usia 40an Mampu Naik Motor
Artikel Lain: Habis Ribuan Ringgit Tapi Hasilnya Teruk. Rupanya Zara Zya Serasi Guna Skrub Beras Pulut Nak Cantik
Senyumannya yang kekal manis cukup terserlah dengan kelembutan personaliti yang menyenangkan mata memandang.
Memasuki usia 30an, 40an dan kini 50an, pastinya pemilik nama penuh Siti Fauziah Abdul Latiff atau mesra dipanggil Gee ini sangat menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya mengikut fasa berbeza.
Menyelam & Tunggang Kuda
Dalam satu temubual di Astro Gempak dua tahun lalu, Gee memberitahu memasuki fasa hujung 40an dia sangat mementingkan aspek kesihatan.
Malah memberitahu apabila usia sudah memasuki begini, pemeriksaan kesihatan itu lebih baik dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Menurutnya dia cuba kurangkan dan paksa diri untuk kurangkan makanan berminyak. Walaupun sangat enjoy untuk makan tetapi dalam masa cuba setkan dalam fikiran untuk sekat atau kawal makanan/minuman yang manis dan berkalori tinggi.
“Bukannya saya tak makan langsung, contoh jika makan di luar teringin untuk makan chicken wing atau crab with salted egg atau butter prown, cuba kawal pengambilan dalam kuantiti sederhana.
“Oleh kerana saya juga adalah Coffee drinker jadi akan gantikan gula dengan stevia dan ada kalanya terlajak juga minum yang 3 in 1.
“Manakala pengambilan nasi pula saya ambil sekali sehari dan dalam seminggu lebih kurang tiga ke empat kali saya makan nasi. Saya juga kurangkan pengambilan daging dan ayam dan lebihkan makan ikan. Kaedah memasaknya pula saya lebihkan kepada teknik mengukus untuk kurangkan penggunaan minyak.
“Kalau guna minyak pun saya tukar guna minyak zaitun dan banyakkan makan sayur-sayuran.
“Ada yang berpendapat makanan untuk diet ini tidak menyelerakan tetapi sebenarnya jika kita sudah mulakan dan memahami keperluan tubuh, pasti ia jauh tidak mudah sekaligus kita boleh mempelbagaikan kaedah dan menu dalam diet seharian,” katanya turut mengambil Vitamin E dan C sebagai suplemen bagi menguatkan tulang.
Artikel Lain: Abah Ajar Guna Masker Beras. Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik Walau Usia Dah 54 Tahun!
Rahsia Fauziah Latiff Kekal Cantik & Fit!
Selain itu, Jee juga suka mendapatkan rawatan urutan badan di spa. Tetap menurutnya hanya berkesempatan melakukan jika masa mengizinkan.
“Kalau badan terasa lenguh atau sakit-sakit, saya akan ke pusat refleksologi untuk mendapatkan rawatan mengurut.
“Dari segi rawatan pula saya akan memilih spot massage dan kadang-kala memilih relaxing massage,” katanya yang mula menjaga kecantikan wajah dan tubuh secara berperingkat mengikut perubahan usia.
Dan ramai juga tahu Fauziah Latiff juga memang sangat gemarkan aktiviti lasak dan bersukan untuk membantu mengekalkan kecergasan tubuh badan.
“”Seperti semua tahu saya gemar melakukan aktiviti luar dan lasak misalnya berenang, menyelam, menunggang motosikal, menunggang kuda dan sesekali masuk hutan bersama kawan-kawan. Dan terbukti aktiviti ini memberi manfaat pada tubuh.
“Aktiviti yang dekat dengan alam semulajadi itu yang saya gemari. Misalnya aktiviti menyelam dasar laut kemudian berenang pula di permukaan ia memerlukan penggunaan pelbagai otot.
“Malah menunggang kuda pula membantu daripada segi imbangan selain mendapatkan postur badan yang baik,” katanya yang sentiasa memastikan wajahnya sentiasa terjaga dan tidak berdepan dengan masalah kulit yang teruk.
Dia turut berpesan bagi kaum wanita itu bukan saja menjaga kecantikan luaran, dalaman juga penting.
Caranya adalah bersihkan hati dengan bersikap ikhlas dan sebolehnya sematkan aura positif kerana kecantikan ini akan terpancar jua pada wajah. Tidak guna cantik bersolek, tetapi hati di dalam yang merana.
Kredit Foto: Instagram Fauziah Latiff
Artikel Lain: Tak Malu Amal Petua Lama Nak Cantik. Elvina Guna Air Beras Cuci Muka & Putih Telur Buat Masker
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Tip Senaman Larian Atas Treadmill, Untuk Dapat Manfaat Sama Seperti Mendaki Bukit

Isi Kandungan
ToggleBerjalan atau mendaki bukit memang banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Sebenarnya anda silap. Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
ADAPTASI GUNA TREADMILL
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
BAKAR LEBIH BANYAK KALORI
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
KELAJUAN TREADMILL
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Artikel Berkaitan:
Berjaya Hilangkan 101 KG Dalam Setahun Tanpa Produk, Rahsianya Jaga Makan & Lakukan Senaman!
5 Senaman Ini Legakan Sakit Sendi, Boleh Lakukan Hanya Di Rumah
Kekal Cergas 7 Hari Seminggu, Ini Senaman Boleh Diamalkan Walaupun Hanya Duduk Rumah Musim PKP Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI