Hah, jangan suah hati sebab anda boleh cuba sapu drying lotion, tak sampai 3 hari pun sudah nampak kesan jerawat makin mengecil.
Apa yang best sangat mudah digunakan, okay jom ambil tahu tentang drying lotion ini.
Apa itu drying lotion?
Satu produk penjagaan wajah yang jadi sensasi awal tahun 2017 dan dipopularkan dari jenama Mario Badescu. Sejak itu, muncul juga drying lotion jenama lain seperti Cosrx, Pink By Pure Beauty dan banyak lagi.
Ads
Produk ini sejenis pati cecair yang pekat dengan pelbagai bahan untuk membasmi bakteria, memulihkan kulit dan merawat keradangan kulit.
Biasanya drying lotion akan mengandungi bahan seperti salicylic acid, zinc oxide dan glycerin yang berkuasa mengeringkan permukaan jerawat dan akhirnya menghilangkannya.
Jangan khuatir, drying lotion sesuai untuk semua jenis kulit.
Ramai yang masih keliru cara menggunakan drying lotion. Nah, cuba belajar cara yang mudah dan paling penting mujarab.
Drying lotion digunakan sebagai rawatan penjagaan wajah pada waktu malam. Jadi sapu drying lotion ketika pada waktu malam, khususnya sebelum tidur.
Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan penyegar, serum, pelembap dan sebagainya. Tunggu dahulu semua produk krim atau gel meresap kedalam kulit.
Ads
Guna putik kapas yang bersih dan celupkan kedalam bekas drying lotion. Sapu cecair pada kulit berjerawat. Jangan gosok!
Awas, jangan pula celup guna putik kapas yang sama! Bimbang dijangkiti bakteria.
Petua paling penting, jangan gatal tangan mengoncang botol drying lotion. Tujuan utamanya ialah untuk mendapatkan pati pekat dasar bawah botol.
Serius! Bila guna drying lotion anda akan rasai perbezaan. Jerawat lebih mudah kecut dan parut samar-samar sahaja.
Sebelum pakai, anda kena ambil tahu cara pilih shade foundation yang sesuai untuk kulit anda.
Seperti yang dikongsi oleh saudari Tira, betulkan cara baru lah wajah anda tak nampak ‘kelabu’ semasa pakai. Jom semak!
Tip Pilih Shade Foundation
1) Jangan pilih warna yang terlalu gelap supaya kulit muka tidak bercapuk dan kelabu.
2) Jangan pilih warna yang terlalu gelap supaya muka tak nampak kusam.
3) Pilih warna yang lebih kurang sama dengan kulit asal.
4) Pilih foundation yang matte supaya tahan lama.
5) Boleh cari satu tone lebih cerah supaya bila dah oxidize, tidak makin gelap.
Senang je kan? Nak cari foundation ni mula-mula memang susah sedikit tapi jangan risau, kalau ambil yang terang dari kulit asal masih boleh dipakai tau! Selamat mencari shade yang sesuai!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika seseorang itu mengalami gejala ringan seperti demam dan selesema, eloklah segera melakuka ujian swab test di klinik atau hospital berdekatan.
Akan dilakukan ujian saringan menggunakan air liur kerana lebih sensitif, pantas dan mudah dilakukan.
Namun begitu sebelum melakukan ujian, anda diingatkan agar tidak melakukan beberapa perkara satu jam sebelum itu kerana bimbang sample ditolak makmal.
Menurut informasi Public Health Malaysia saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah.
Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan. Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan.
Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi. Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,
Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:
– Air liur bercampur dengan bahan asing lain
– Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)
– Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)
– Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
– Berbuih buih, sisa ubat gigi
Info Tambahan:
Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16, bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu disahkan positif atau tidak untuk jangkitan virus covid-19.
Jadi sangat digaakkan bagi setiap rumah untuk kita membelinya sebagai stok jika berlaku gejala awal seperti demam dan boleh terus lakukan sendiri ujian berkenaan.
Kit ini mudah digunakan kerana hanya memerlukan sampel air liur. Ia mampu dilakukan sendiri individu, dengan keputusan diperoleh cepat selepas 10 hingga 15 minit.
Waah, rupanya hanya dengan picit hujung jari anda akan dapat lipstik yang sesuai untuk bibir! Apa yang lagi menarik, nampak warna bibir itu natural dan sesuai dengan kulit anda.
Lagi pun zaman sekarang, ramai wanita yang memilih untuk bersolek secara semula jadi, tak suka pakai warna terang yang mungkin nampak over di mata orang yang memandang.
Nah, kalau ada yang kurang yakin nak pakai lipstik warna nude dan tak begitu pandai cari gincu yang sesuai, tengok video TikTok Sephora Asia, yang mana anda boleh padankan warna lipstik yang terbaik hanya dengan picit hujung jari.
Mungkin selama ini anda pening untuk tentukan warna lipstik paling elok bukan sahaja pada bibir bahkan tona kulit. Mungkin dari video TikTok anda boleh mengubah koleksi warna lipstik anda.
Mudah sahaja, picit hujung jari anda dan padankan warna-warna lipstik yang paling seakan warna darah yang terkumpul. Atau anda boleh calitkan beberapa warna lipstick pada hujung jari dan lakukan teknik yang sama.
Hah, senang kan?
Kredit: Sephora Asia
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!