Jika dianugerahkan bulu mata yang lentik secara semula jadi, itu merupakan salah satu kelebihan yang boleh membuatkan wajah anda cantik dan berseri.
Namun ada beberapa cara untuk membuatkan bulu mata lentik dan lebat dengan lebih pantas. Salah satunya adalah dengan menggunakan pengepit bulu mata agar bahagian mata kelihatan lebih menonjol dan ekspresif.
Nak Lentikkan Bulu Mata, Jangan Sampai Rosakkan Dan Jadi Gugur
Haa.. hati-hati, mungkin ada di antara anda yang melakukan kesalahan ketika melentikkan bulu mata menggunakan pengepit.
Jom semak supaya anda dapat mengelakkan daripada melakukan kesalahan yang sama.
Ads
1. Melentikkan bulu mata selepas memakai maskara
Ini adalah perkara yang paling penting untuk dielakkan. Sebaik sahaja memakai maskara, bulu mata kita akan menjadi kaku dan melentikkannya dengan pengepit akan menyebabkan ia rosak dan gugur.
2. Kepit terlalu kuat
Cara yang betul untuk melentikkan bulu mata adalah dengan hanya mengepit secara perlahan-lahan selama tidak lebih daripada 10 saat. Apabila anda cenderung untuk menekan pengepit terlalu kuat semasa melentikkan bulu mata, ia cenderung untuk merosakkan bulu mata.
3. Tidak membersihkan pengepit bulu mata
Penggunaan yang kerap dan berterusan menyebabkan pengepit bulu mata cenderung untuk mengumpul bakteria dan kuman.
Sisa celak lama, sel kulit mati, bulu mata gugur, dan lain-lain boleh menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan baik, malah sebaliknya menyebabkan jangkitan mata.
Ads
Oleh itu, jadikan rutin untuk memastikan pengepit bulu mata sentiasa bersih.
Anda boleh menggunakan sedikit cecair penanggal solekan, tuangkan pada kapas dan bersihkan sisa kotoran pada pengepit.
Ads
4. Tidak menggantikan pad getah
Penggunaan terlalu lama akan menyebabkan pad getah ‘haus’ dan hilang keanjalannya. Ini menyebabkan pengepit tidak berfungsi dengan normal.
Sekali sekala, tukarlah pad getah pengepit bulu mata contohnya, tiga bulan sekali.
5. Membeli pengepit yang tidak berkualiti
Kebiasaannya, pengepit bulu mata yang sangat murah tidak memberikan hasil yang anda inginkan.
Apa yang lebih dibimbangkan adalah sekiranya pengepit tersebut hanya akan merosakkan bulu mata anda.
Usahlah terlalu berkira, belilah yang berkualiti agar bulu mata anda tidak rosak. Semoga bermanfaat! – Girlstyle.com
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda nak jimat, boleh cuba amalkan pelembap muka buat sendiri ini setiap hari. Kalau konsisten dan simpan dalam peti, mudah sangat nak jadikan rutin agar kulit muka lebih sihat tanpa masalah jeragat dan jerawat.
Ya, mudah sahaja sebenarnya nak jadikan kulit wajah bersih, lembap dan berseri seri. Tak perlu pun produk yang mahal-mahal.
Pelembap Muka Buat Sendiri, Gaul 3 Bahan Ini Sahaja Dah Cukup
Macam mana caranya? Haa.. guna saja tips Puan Iza Abu Bakar ini dengan sediakan bahan dapur sahaja. Jom selongkar dulu.
BAHAN BAHAN:
1 sudu madu
1 sudu gula perang
1 sudu perahan jus lemon
CARA PENYEDIAAN :
Campurkan kesemua bahan bahan tadi di dalam satu bekas. Gaul sebati sehingga menjadi pes.
Cuci muka dengan air biasa. Kemudian sapukan pes tadi ke seluruh kulit wajah. Ratakan.
Biarkan kering lebih kurang 2 ke 3 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Gabungan di antara madu, gula perang dan lemon akan buatkan kulit wajah korang lebih bersih, lembap dan semakin berseri seri.
Amalkan 2 kali dalam seminggu untuk kesan optimum.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Untuk turunkan berat badan tak perlu menahan diri berlapar. Kita masih boleh makan sedap asalkan menjaga portion pemakanan.
Kebanyakan bagi mereka yang sedang diet, mengamalkan pengambilan makanan ‘eat clean’ dan juga suku-suku separuh. Cara ini lebih sihat dan selamat untuk diamalkan.
Seperti perkongsian Scha EllCha Lee yang hilang 25 kg dalam masa 10 bulan dengan mengamalkan pegambilan diet suku-suku separuh.
Menurutnya dia melakukan diet cara santai tetapi masih boleh makan sedap. Dia juga masih boleh makan nasi dengan bermacam-macam lauk tetapi pengambilannya hanya suku.
Ayuh kita lihat pengambilan menu diet yang diambil sepanjang tempoh berdiet.
Nak tahu tip awet muda paling jimat kos? Ini lah yang selalu dikejar golongan wanita yang suka tengok benda cantik.
Nak berwajah polos tanpa mekap dengan aura natural beauty, betul tak? Jom ketahui cara jaga kulit muka yang betul perlu dipraktikkan supaya tidak mudah berkedut sebelum usia.
Ini ada 10 cara anda boleh cuba sejak dari usia muda supaya boleh nampak kesan yang maksima.
1. Pokok lidah buaya
Ramai yang tahu bahawa lidah buaya atau aloe vera merupakan salah satu bahan kecantikan yang sangat bagus untuk kulit. Jadi, boleh juga tanam pokok lidah buaya ini di rumah supaya mudah digunakan.
Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh. Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan.
2. Putih telur ayam kampung
Tidak seperti telur ayam biasa, telur ayam kampung mempunyai nutrisi Vitamin E yang tinggi. Bukan sahaja murah, ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.
Caranya: Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih. Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita.
3. Makan ikan
Cuba tengok kulit orang Jepun, semua cantik cantik bukan? Hal ini kerana dalam menu seharian mereka, ikan sering dijadikan menu utama. Jenis ikan terutama ikan salmon yang kaya dengan sumber asid lemak Omega 3 yang boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit sekaligus mengelakkan kedutan pada kulit wajah.
4. Madu
Bukan sahaja bagus untuk rawatan dalam pelbagai jenis penyakit, madu yang mempunyai ciri pelembap dan anti-bakteria sangat bagus dalam penjagaan kulit.
Caranya: Sapukan madu di muka secara menyeluruh dengan beberapa lapisan. Biarkan selamat 15 hingga 20 minit, kemudian di bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan pasti teruja dengan hasil kulit yang menegang dan bersinar. Pastikan madu yang di ambil merupakan madu asli tanpa bahan campuran atau madu kelulut yang punya fungsi yang sama.
5. Guna beras
Beras merupakan antara bahan yang digunakan dalam petua kecantikan orang lama dan orang Thai. Banyak petua menggunakan beras sering dikongsikan ramai.
Caranya: ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang. Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.
Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit. Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
6. Banyak makan buah-buahan dan sayur
Tidak ketinggalan, jadikan memakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, E dan C ini kebiasaan dalam menu harian kerana ianya mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering. Malah akan membuatkan kulit kita sihat dan lembap!
7. Tukar minuman berasaskan kopi kepada koko
Buat peminat kopi semua, nampaknya anda kena kurangkan pengambilan kopi dan tukar kepada koko. Hal ini kerana, kandungan antioksidan dalam koko membantu pengaliran darah di dalam badan dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan air serta menjadikan kulit sentiasa lembap.
8. Minum banyak air kosong
Ini sudah semestinya! Pengambilan air yang secukupnya mampu membuatkan kulit kita lembab malah meminum 8 gelas air sehari atau lebih dapat menyingkirkan segala kekotoran dan memenuhi keperluan kulit kita. Barulah cukup air dalam badan!
9. Guna krim pelembap
Penggunaan krim pelembap atau moisturizer yang mempunyai minimum SPF-30 dan ke atas bagi mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan. Jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.
10. Guna sabun atau cecair mandian yang sesuai
Selain pelembap, pastikan sabun atau cecair mandian yang digunakan mengandungi pH seimbang dan sesuai keadaan kulit. Anda perlu elakkan sabun yang sifatnya terlalu kuat yang boleh mengeringkan kulit serta akan menyebabkan kulit gatal.
Apa apa pun, diingatkan bahawa proses penjagaan kulit ini perlu dimulakan sejak awal iaitu dari muda untuk kesan yang maksima. Jangan usia sudah berumur baru nak jaga kulit, itu mustahil!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!