
Khas untuk anda yang nak lembapkan kulit, anda boleh cuba pakai petua ini, sejenis masker kunyit juga tetapi bahannya mungkin berbeza daripada yang lain.
Menurut seorang wanita yang kongsi petua ini, katanya petua ini daripada amalan orang India. Sebab itulah kebanyakan artis Bollywood mukanya bersih dan cantik.
Jom tengok macam mana cara nak buat ya.
Lembapkan Kulit Cara Jimat, Pakai Je Masker Beras Kunyit!
⠀
Bahan-bahannya:⠀
Segenggam beras (rendam 2jam)⠀
1 inci kunyit hidup⠀
1 sudu jus lemon/limau kasturi⠀
1/2 cawan air⠀
2 biji sengkuang cina (untuk lembabkan kulit). Kalau tak ada pun tak apa.
⠀
Cara-caranya:⠀
1. Blend semua bahan ini.⠀
2. Simpan selama 1 jam⠀
3. Buang air kat bahagian atas. Ambil mendaknya sahaja.⠀
4. Sapu kat muka sambil gosok-gosok seluruh muka kecuali mata.⠀
5. Biar 10-15 minit kemudian cuci bersih.⠀
Selepas anda bilas muka, anda akan rasa nak pegang muka selalu sebab muka jadi lembut dan gebu. Anda pakai seminggu pun dah rasa perubahan, yang menarik parut nipis-nipis pun boleh hilang.
Owh ya, kalau pakai masker ni jangan lama sangat ya. Takut kesan kuning tu melekat di wajah anda. CUkup dalam 10-15 minit.
Jadi mudah kan? Sambil masak tu boleh lah buat. Pakai sekejap pun boleh, janji hasilnya kulit lembap tanpa perlu pakai pelembap yang dijual di kedai. Jimat poket anda!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Saran Ambil 5 Makanan Ini Ganti Junk Food, Confirm Kenyang Sepanjang Hari

Bagi mereka yang mengamalkan diet, pasti akan rasa seronok jika terasa kenyang lebih lama.
Ada beberapa makanan yang dikenal pasti mampu membuatkan kita terasa kenyang lebih lama.
Situasi ini akan menyebabkan kita tidka terasa untuk terus mengunyah kudapan yang tanpa disedari boleh menyebabkan kenaikan berat badan mendadak.
Artikel Lain: Masuk Usia 40an, Ini Perlu Dibuat Untuk Kekal Sihat. Doktor Tak Lokek Kongsi Rahsia Awet Muda!
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar menyeneraikan senarai makanan yang boleh mengenyangkan atau dipanggil natural appetite suppressants.
Agak agaklah kan makanan apa yang bagi kurang rasa lapar?
Bila kita makan saja rasa kenyangnya lama? Best kan kalau ada makanan macam ni.
Makananan ini dipanggil ‘natural appetite suppressants’.
Bila makan saja dah tak rasa nak mengudap atau berjajan makanan tak sihat lagi.
Bila dah jumpa, rasa senang hati.
1. PISTACHIO
Tak hairan yang ini. Nama pun kacang cerdik.
Hanya 43 biji saja. Kajian oleh U.S. Agricultural Research Service. Kajian kata tambah cerdik bila makan pistachio ni.
Walaupun kecil, pistachio ni kaya dengan fiber. Fiber inilah beri kesan rasa kenyang yang lama. Lebih menarik lagi pistachio kaya vitamin B6. Vitamin B6 ini stabilkan gula dalam darah.
B6 juga penting untuk hasilkan hemoglobin darah – yang kerjanya naikkan oksigen dalam sel darah merah. ( https://neuroversiti.com/kacang-pistachio-serta-khasiatnya/ )
2. MINYAK ZAITUN
Campur dalam makanan yang telah siap dimasak.
Kajian dari Technische Universität München (TUM) dan the University of Vienna dapati kesan rasa kenyang atau satiety berlaku. Apabila neurohormon serotonin meningkat di dalam darah.
Serotonin adalah hormon yang jaga kestabilan mood, selera, memori dan aktiviti seksual.
Menurut pengkaji, rahsianya terletak pada dua jenis bau aroma minyak zaitun iaitu Hexanal and E2-Hexanal. ( https://neuroversiti.com/jenis-minyak-zaitun/ )
3. AVOCADO
Ni lah pemenang pertama. Avocado kaya denga lemak sihat dan fiber.
Dua anugerah utama sebabkan hormon lapar ghrelin menurun dan malu untuk naik dalam jangka masa panjang.
Lebih menarik lagi, avocado sebabkan dua peptide rasa kenyang naik iaitu peptide GLP-1 dan PYY.
Dalam jurnal Nutrients (2019) pula dapati peserta kajian yang obes hanya rasa lapar selepas 6 jam ambil avocado.
Satu perkara hebat tentang avocado.
Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba.
Artikel Lain: Patut Masih Cantik Di Usia Cecah 50 Tahun. Sofea Jane Pilih Jadi ‘Vegetarian’ Sejak 7 Tahun Lalu!
4. CAYENNE PEPPER
Ya betul. Tambahkan kepedasan dalam makanan guna serbuk cayenne.
Bantu boost metabolisma dan bakar 10 kalori dengan sendirinya. Bantu makan lebih perlahan dan sedikit. Kurus secara natural tanpa lapar.
5. KELEDEK
Keledek ni superfood. Pengganti sumber karbohidrat tak sihat yang ada ‘-putih’ di belakang.
Ada sejenis kanji yang halang enzim daripada cerna keledek dengan cepat. Bantu keledek duduk lebih lama dalam perut. Jadi tahan kenyang lebih lama.
Boleh amal?
#DrRizal
Artikel Lain: Bertahun Diet Tak Jadi, Terus Cut Sugar & Konsisten Senaman. Hasilnya Dapat Berat Ideal Lepas 2 Tahun!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Luna Maya Pakai Pelembap Sejak Umur 20-an Nak Kulit Cerah Dan Sihat

Memiliki kulit wajah yang cantik dan sentiasa menjadi inspirasi wanita, pelakon Luna Maya berkongsi cara dia menjaga kecantikannya di usia 39 tahun.
Memetik laporan Liputan6, dia mula menjaga kulitnya sejak usia 20-an dan antara benda wajib yang sentiasa dipakainya adalah pelembab wajah.
Menurut pelakon filem Bernafas Dalam Lumpur, dia juga sama seperti wanita lain yang mahukan kulit wajah cerah.
Pakai Pelembap Sejak Umur 20-an
“Menjaga kebersihan kulit sangat penting sebab ramai wanita kerap menggunakan alat solekan dan terkena sinaran matahari.
“Saya mula merawat dan menjaga kulit ketika usia 20-an. Selain mencuci wajah selepas solekan, saya juga sentiasa menggunakan pelembab wajah.
“Sama seperti ramai wanita, saya juga ingin kulit cerah. Bukan putih tapi cerah. Cerah itu tidak semestinya putih,” katanya.
Jangan salah faham pula, maksud Luna Maya bukan pakai sebab nak kulit putih ya tetapi lebih kepada nak cerah dan sihat.
Jadi anda pun boleh bagi pendedahan kepada anak-anak juga tentang penjagaan kulit wajah. Barulah kulit sihat dan bersih tanpa cela!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesakit Datang Rawat Gigi Penuh Berdarah, Doktor Dedah Rupanya Sembunyi Masalah Kesihatan

Isi Kandungan
ToggleKita sangat digalakkan untuk bersikap jujur apabila mahu bertemu doktor agar tidak berlaku sebarang masalah.
Misalnya perkongsian seorang Doktor Gigi, Dr Azila Mohd Kasim yang berdepan pengalaman seorang pesakit tidak memberitahu sejarah kesihatannya ketika datang membuat rawatan.
Pesakit yang mahu mencabut gigi tidak memberitahu mempunyai penyakit berjangkit menyebabkan dia mengalami pendarahan tanpa henti.

Ayuh, ikuti perkongsiannya
Datang ke klinik dengan tuala penuh berdarah, lepas cabut gigi
Setelah selesai sesi staff mengemas klinik di pagi hari. Tiba – tiba datang sepasang suami isteri. Si isteri menekup mulut dengan tuala, penuh berdarah sampai kena pada tudung dan bajunya.
Staff : Encik, kenapa dengan isteri encik?
Suami pesakit : Semalam pergi cabut gigi di klinik X tapi daripada malam tadi darah tak berhenti.
Staff : Boleh beri kad pengenalan isteri encik? Isteri encik ada masalah kesihatan? Contoh asma, darah tinggi, kencing manis, jantung, penyakit berjangkit atau apa – apa yang saya tak sebutkan?
Suami pesakit : Tiada, dia sihat saja..
Staff : Ok..tunggu sekejap. Saya panggil doktor.
Staff terus memanggilku dan menceritakan keadaan pesakit penuh berdarah itu. Aku bergegas ke bilik surgeri dan memanggil pesakit.
—————————————————————————–
Aku terus memeriksa pesakit, membersihkan dan mengawal hentikan pendarahan. Selepas darah berjaya berhenti, aku mula bertanya.
Doktor : Cabut gigi di mana? Ada tak mereka beri arahan selepas cabutan?
Suami pesakit : Di klinik X, doktor mereka ada beritahu arahan selepas cabutan.
Doktor : Puan ada berkumur atau meludah ke?
Pesakit : Ya doktor. Sebab saya tak selesa. Rasa berdarah.
Doktor : Puan ada usik-usik seperti cungkil bekas cabutan gigi ke?
Pesakit : Ada doktor..
Doktor : Sepatutnya puan tak boleh berkumur atau meludah. Apalagi cungkil tempat lepas cabut gigi. Puan ada masalah kesihatan ke?
Pesakit : Tak ada doktor.
—————————————————————————-
Rupanya setelah ditanya ada masalah kesihatan sebelum melakukan rawatan cabut gigi
Aku masih tidak puashati, lalu aku gasak lagi dengan soalan.
Doktor : Betul ni puan tak ada masalah kesihatan? Tapi, kenapa berdarah teruk sangat ni?
Pesakit : Sebenarnya doktor..saya carrier hepatitis B.
Doktor : Kenapa tak bagitahu? Dekat depan staff saya dah tanya, puan kata tak ada. Tak adil la bagi kami kalau puan tidak bagitahu. (suara ku agak tinggi)
Pesakit : Maaf doktor.
Doktor : Doktor yang cabut gigi awak tu tahu tak yang awak ada hepatitis B?
Pesakit : Tak tahu.
Doktor : Puan tak adil. Kesian pada mereka.
Lalu aku menerangkan kesan jangkitan penyakit nya pada perawat klinik gigi.
Setelah darah sudah berjaya di kawal, aku meminta pesakit tunggu di luar.
Jika tuan dan puan ada masalah kesihatan yang boleh berjangkit, tolong beritahu pihak klinik. Jangan aniaya orang yang bekerja di klinik.
———————————————————————-

Kena beritahu doktor jika adalah masalah kesihatan, jangan sembunyikan kerana boleh bahayakan petugas kesihatan dan diri sendiri
Sesetengah pesakit akan menyembunyikan sakit yang dihidapi kerana takutkan stigma, atau juga kerana bimbang doktor akan mengelak untuk merawat sekiranya doktor tahu mereka menghidap penyakit berjangkit. Jangan risau.
Tugas doktor memang untuk merawat anda. Cuma, sekiranya kita tahu anda ada penyakit berjangkit, sekurang-kurangnya kita mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam kawalan infeksi.
Jadi, jangan sekali-kali berbohong atau menyembunyikan riwayat kesihatan anda. Anda mungkin membahayakan diri anda sendiri dan petugas kesihatan yang merawat anda, juga orang lain. Beritahu riwayat kesihatan SEBELUM sebarang rawatan, BUKANNYA Semasa dan Selepas.
Selain untuk doktor dan anda, doktor gigi juga mungkin perlu melakukan langkah-langkah untuk mencegah atau mengurangkan risiko jangkitan kepada pesakit-pesakit lain.
Contohnya letak temujanji sebagai pesakit terakhir untuk hari itu, atau rawatan dibuat di bilik khusus (jarang berlaku). Ini semua untuk kawalan infeksi sahaja. Selain itu, rawatan dan layanan terhadap penghidap penyakit berjangkit sama saja seperti pesakit lain. Cuma, maklumkanlah.
Ya. Kita ada kawalan infeksi untuk semua pesakit. Tapi sekiranya kita tahu anda menghidap penyakit berjangkit tertentu, maka langkah lebih berjaga-jaga akan diambil.
Kita bukan mahu mendiskriminasi anda setelah mengetahui penyakit yang anda hidapi.
Begitu lah, Semoga bermanfaat.
Artikel Lain:
Hilangkan Sakit Gigi Guna Bawang Putih & Garam. Petua Simple, Tapi Berkesan!
Tertelan Jarum Peniti Gara-Gara Nak Bersihkan Gigi. Doktor Pesan Elak Juga Kepit Di Mulut!
Bahaya Rupanya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi, Doktor Ini Dedah Akibatnya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI